Sunday, December 25, 2016

SELEPAS DITENGKING ANAKNYA, SEORANG PAKCIK TUA MINTA SUNTIKAN UNTUK MATI CEPAT

Assalamualaikum,

COPY N PASTE


Sedih dan pilu hati apabila kami membaca cerita yang dikongsikan oleh saudara kita ini yang bernama Muhammad Uwais Al Qorni di laman facebooknya. Dia menceritakan tentang pesakitnya yang sudah tua dan uzur ditengking oleh anaknya ketika pemeriksaan pesakit dijalankan.
Inilah posting yang dikongsikan oleh Muhammad Uwais Al Qorni :
Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.
Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.
Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat
kencing manis dan darah tinggi beliau sy lihat sudah bercampur aduk.
Timbul rasa kasihan dan simpati, saya pun menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi dan kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.
Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pon bersetuju utk memberikan suntikan utk menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.
Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar2, dan suara yang lemah, pesakit itu berkata, “Doktor, injection kasi mati ada tak?”…Anaknya yang sedari tadi menengking2 kini terdiam. Termasuk saya.
Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya, “Kenapa pakcik mau itu injection?” Dia menjawab, “Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja”
Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.
Saya menenangkan pesakit dan anaknya lagi, ” Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik2 sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sedih2 ok?”
Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yg melampaui batas sebentar tadi.
Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti2 mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.
Wahai anak2, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata2 yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Bagi orang Islam, anak2 yang sering menengking ibu bapa dan melayan mereka seperti musuh...NERAKA lah tempat anak derhaka seperti itu.


Friday, December 23, 2016

PANDUAN MENJAGA ANAK SELEPAS BERSUNAT

Assalamualaikum.

COPY N PASTE FROM FB DR KHAIRUL F.
Thank you doctor! 

Sekarang ni musim sunat. 
Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " byk kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau  terutamanya mak mak.

Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping byk melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat. 

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat.  Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan. 

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan /  bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).


9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. 

Simpan untuk rujukan Syahmi bila bersunat nanti

Thursday, December 22, 2016

KEPUTUSAN PT3 FARAH

Assalamualaikum,



Terima kasih Alang kerana keputusan PT3 Alang adalah antara perkara yang membuatkan mommy rasa sedikit gembira, kerana pada hari yang sama terjadi perkara yang sangat mendukakan hati seorang ibu.

Mommy ada berkata didalam hati yang berdebar asalkan keputusan PT3 Farah atas dari 5 A pun jadilah, tak nak harapkan yang tinggi..takut kecewa. Alhamdulillah melepasi dari itu. Walaupun mommy ada membebel kecewa sikit itu semua untuk beri kesedaran kepada alang untuk berusaha lebih lagi SPM nanti. Seorang ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. 


kalau tidak kerana anak-anak yang masih belajar ini...sudah lama daku bawa diri... 


Wednesday, December 21, 2016

YATT HAMZAH SUKA TART NENAS ATI HOMEMADE

Assalamualaikum,





Tart Nenas ATI HOMEMADE yang sentiasa mendapat tempahan sepanjang tahun.
Hanya menggunakan premium butter. Inti pun banyak ya...kita buat macam untuk makan sendiri.







Alhamdulillah Yatt Hamzah dan suami pun suka Tart Nenas ini. Sangat comel dan peramah Yatt ni tau...bertuah suaminya dapat isteri yang solehah.

Berminat untuk menempah sila ke ATI HOMEMADE dan whatsapp untuk tempahan.
Terima kasih. 

Tuesday, December 20, 2016

ADIK TEMPAT MENGADU...

Assalamualaikum,




Terima whatsapp dari adik saya yang berada di Singapura. 

Terima kasih Ani... akak sangat hargai pesanan dan ingatan dari semalam lagi cuba menenangkan perasaan kakaknya yang sedang bersedih
Bertuah akak ada adik, walaupun jauh yet still the blood is strong.  

Ya...selagi kita tak tinggalkan solat, Allah jua tempat sebaik-baiknya untuk mengadu.
Thank you Allah! Alhamdulillah.



CANTIKNYA FASHA SANDHA BERTUDUNG!

Assalamualaikum,

Pada pertengahan tahun ini saya ada terjumpa artis Fasha Sandha di butik SBYH. Kebetulan dia menjadi tetamu undangan di situ. 

Manis sangat orangnya dan lebih manis bila dia memakai tudung. Orangnya sangat lemah lembut dan pandai melayan budak-budak. Sebab itulah Syahmi asyik membontot Fasha saja...hehe

Saya perhatikan juga Fasha Sadha ni seorang ibu yang penyayang dan perihatin. Walaupun dia sibuk melayan peminat tetapi matanya tak lepas melirik kepada anak-anaknya. Semoga suatu hari nanti terbuka hati Fasha untuk terus bertudung. 

Syahmi pandai cari muslimah yang cantik je.
 
Fasha, Yatt, mom and Syirah

KISAH ABANG YANG DISERANG STROK TETAPI CEPAT PULIH


Assalamualaikum.

Pada akhir tahun lepas 2015, abang sulong saya telah di serang strok akibat tekanan darah tinggi. Akibat dari itu beliau lumpuh separuh badan dan bercuti sakit beberapa bulan.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana beliau boleh sembuh lebih cepat daripada keadaannya yang teruk pada ketika itu. 

1. Beliau sangat bersemangat hendak pulih dan mendapat sokongan dari keluarga.

2. Doa dari seorang ibu.

Sejak dari kecil abang saya adalah anak kesayangan emak. Dia tidak pernah meninggikan suara kepada emak kami walaupun ketika emak marah ataupun dia sedang marah. Abang akan keluar dari rumah seketika demi meredakan kemarahan. Kepada saya sendiri pun abang akan marah jika tertinggi suara.

Redha dan doa dari seorang emak yang tua inilah salah satu sebab abang cepat pulih. Sudah boleh bercakap, berjalan dan makan...walaupun tangan sebelah masih belum dapat di gunakan lagi. Saya sendiri banyak belajar dari sifat penyabar dan pemaaf abang saya ini kepada orang lebih tua.

Selagi kita punya emak, berbuat baik kepadanya dan jagalah hati dan perasaannya. Kita tidak akan rugi apa-apa pun malah pahala besar menanti buat anak-anak yang berbuat baik kepada ibu dan bapa. 

Ingatlah selagi ibu bapa kita masih hidup. Doa mereka sentiasa buat anak-anak, walaupun anak-anak membuat perkara yang menyakitkan dan melukakan hati mereka berulang kali. Kerana mereka tidak sanggup anak-anak hidup dalam dosa. Tetapi jika mereka sudah tiada nanti, DOA mereka sudah tiada lagi dan terhentilah peluang kita untuk mendapat pahala yang besar .

#peringatan utk diri sendiri yang sering membuat silap juga


Saya sayang abang saya. Abang 2 dari kiri bersama  emak, isteri dan anak2nya


Monday, December 19, 2016

RESEPI KEK MARBLE YANG MOIST DAN GEBU!



Assalamualaikum.

Hari ini mood mendung..tak pasal2 kena jerit ...wooooiii!! sambil hentak kerusi oleh seseorang.
Terperanjat makcik...maklumlah bukan muda lagi.. nasib baik masih dapat bernafas lagi

So disebabkan nak hilangkan rasa sedih dan terkejut ini saya nak share resepi Marble Cake yang biasa saya jual. 
Semoga pahala ini dapat menghilangkan rasa sedih tadi...Lillahitaala

BAHAN2:

250g butter (buttercup dalam tin..dah cukup sedap n moist)
200g gula (boleh kurangkan 180)
220g tepung naik sendiri (mesti di ayak) 
4 biji telur A
60ml susu segar
1 sudu teh esen vanila

CARA:

1.PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA GEBU

2.MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI ( PERLAHANKAN MIXER)

3.MASUK ESEN VANILA

4.MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA HABIS

5.MASUKKAN SUSU SEGAR SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA HABIS

6.ASINGKAN DALAM 3 BEKAS BERASINGAN DAN MASUKKAN WARNA KESUKAAN.

7. LOYANG YANG TELAH DISAPU MARJERIN, MASUKKAN SATU SENDUK WARNA MERAH, DI IKUTI WARNA HIJAU DIATAS WARNA MERAH TADI KEMUDIAN WARNA ASAL DAN TERUS ULANGKAN HINGGA ADUNAN HABIS. HENTAK SEKALI.

BAKAR SELAMA 1 JAM ...SUHU 160-170 BERGANTUNG PADA OVEN MASING2

JIKA MALAS NAK BUAT BOLEH ORDER DENGAN SAYA...selamat mencuba!

Untuk tempahan boleh lawati FB PAGE: ATI HOMEMADE




RESEPI APAM PISANG GEBU




BAHAN2 :

8 biji Pisang Emas / Pisang Berangan
4 biji Telur A
1 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
secubit garam


CARA PENYEDIAAN :

Panaskan kukusan

1. Ayah tepung gandum bersama bikarbonat dan baking powder.

2. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.

3. Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata / kaup balik.

4. Sudukan adunan ke dalam acuan dan pastikan acuan di sapu minyak dahulu.

5. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. Jika guna loyang besar masa kukus adalah 40-45 minit bergantung pada dapur masing2

* boleh letak hiasa hirisan pisang di atas apam atau pun coklat urai