Tuesday, February 2, 2016

A close neighbor is better than a distant relative

Assalamualaikum,

Tajuk ini saya dapat dari kata-kata orang cina

Sesuai untuk kehidupan kita yang punya jiran..sentiasa buat baik dengan jiran ..bertegur sapa, kerana bila kita dalam kesusahan jiranlah yang akan membantu. Rasulullah pun pesan kita sentiasa buat baik pada jiran.

Alhamdulillah saya punya jiran yang baik-baik, walaupun bukan semuanya tapi yang baik-baik ini pun dah cukup buat kami sekeluarga. Sebenarnya saya kembali menulis ini lebih kepada untuk membuat catatan perjalanan majlis besar yang akan berlangsung tak lama lagi, sebagai kenangan.

Seringkali berdoa semoga Allah permudahkan segalanya dengan bantuan jiran-jiran dan saudara mara. Alhamdulillah diperkenankan, bila mula hanya nak buat seringkas yang boleh tapi tiba-tiba ibu mentua nak sponsor bunga telur. Jiran selang 2 buah rumah, kak ana pula nak sponsor telur 120 biji, jiran selang 3 buah rumah, kak win pula menghulur rm50 dan hari ini jiran selang sebuah rumah, kak shima pula kata nak sponsor acar buah.

Alhamdulillah syukur, untuk saya yang tak ramai saudara mara ini rasa sangat bertuah punya jiran yang perihatin. Ok sat lagi nak sambung kemas rumah walaupun badan mula tak sihat, tekak perit, kepala pening...semoga saya terus bertahan sehingga selesai majlis berlangsung nanti.  

2016 yang sibuk!

Assalamualaikum.

Baru sempat menulis untuk tahun 2016 ini.

Permulaan tahun baru yang sangat sibuk buat saya kerana akan mengadakan majlis besar pada awal bulan febuari ini.

Sepanjang tahun ini juga anak-anak sibuk dengan peperiksaan besar. 

Angah - final year..dah tentu sentiasa ada exam. Majlis besar pun dia tak dapat balik sebab ada exam. 

Farah - PT3...oh please anakku buat betul-betul, dia sentiasa sibuk dengan olahraga. Semoga gurunya faham dan dapat kurangkan aktiviti luar.

Insyirah - UPSR..sudah pun mula tuisyen  dari bulan januari. Sekolah pagi, sekolah kafa petang, pukul 6.30 mengaji, tuisyen sebelah malam pula. Setiap hari sabtu kelas tambahan di sekolah pagi dan di Kafa, petang...kesian anak mommy

Mommy pula insyaAllah nak sambung semula mengaji selepas bulan Mac nanti...semoga dipermudahan segala urusan kami...aamiin.