Sunday, December 25, 2016

SELEPAS DITENGKING ANAKNYA, SEORANG PAKCIK TUA MINTA SUNTIKAN UNTUK MATI CEPAT

Assalamualaikum,

COPY N PASTE


Sedih dan pilu hati apabila kami membaca cerita yang dikongsikan oleh saudara kita ini yang bernama Muhammad Uwais Al Qorni di laman facebooknya. Dia menceritakan tentang pesakitnya yang sudah tua dan uzur ditengking oleh anaknya ketika pemeriksaan pesakit dijalankan.
Inilah posting yang dikongsikan oleh Muhammad Uwais Al Qorni :
Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.
Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.
Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat
kencing manis dan darah tinggi beliau sy lihat sudah bercampur aduk.
Timbul rasa kasihan dan simpati, saya pun menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi dan kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.
Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pon bersetuju utk memberikan suntikan utk menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.
Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar2, dan suara yang lemah, pesakit itu berkata, “Doktor, injection kasi mati ada tak?”…Anaknya yang sedari tadi menengking2 kini terdiam. Termasuk saya.
Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya, “Kenapa pakcik mau itu injection?” Dia menjawab, “Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja”
Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.
Saya menenangkan pesakit dan anaknya lagi, ” Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik2 sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sedih2 ok?”
Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yg melampaui batas sebentar tadi.
Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti2 mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.
Wahai anak2, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata2 yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Bagi orang Islam, anak2 yang sering menengking ibu bapa dan melayan mereka seperti musuh...NERAKA lah tempat anak derhaka seperti itu.


7 comments:

Zakie Purvit said...

Nak Copy paste ajelah Ati tak ada masalah

Zakie Purvit said...

Kakak percaya yg anak dia pun akan buat yg sama pada dia kelak

Nora Karim said...

Kesian... ­čśó sepatutnya sementara ada mak ayah ni lah kena jaga elok-elok... nanti kalau dah tak de... dok menanggung rindu je...

makchaq said...

Sedih baca... tak pe la.. anak dia dah sedar kesilapan dia...

Normah Kumin said...

Assalam, dengar cerita pun dah kesian, apa lagi kalau tengok sendiri.

Ros Ibrahim said...

Kesian pakcik tu. Sampai hatinya lah anak. Salam perkenalan :) -- RosIbrahim.com

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)