Friday, December 23, 2016

PANDUAN MENJAGA ANAK SELEPAS BERSUNAT

Assalamualaikum.

COPY N PASTE FROM FB DR KHAIRUL F.
Thank you doctor! 

Sekarang ni musim sunat. 
Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " byk kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau  terutamanya mak mak.

Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping byk melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat. 

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat.  Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan. 

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan /  bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).


9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. 

Simpan untuk rujukan Syahmi bila bersunat nanti

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Ngilu kakak baca entri ini Ati
Anak-anak kakak perempuan jadi tak jumpa ini semua.