Tuesday, December 20, 2016

KISAH ABANG YANG DISERANG STROK TETAPI CEPAT PULIH


Assalamualaikum.

Pada akhir tahun lepas 2015, abang sulong saya telah di serang strok akibat tekanan darah tinggi. Akibat dari itu beliau lumpuh separuh badan dan bercuti sakit beberapa bulan.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana beliau boleh sembuh lebih cepat daripada keadaannya yang teruk pada ketika itu. 

1. Beliau sangat bersemangat hendak pulih dan mendapat sokongan dari keluarga.

2. Doa dari seorang ibu.

Sejak dari kecil abang saya adalah anak kesayangan emak. Dia tidak pernah meninggikan suara kepada emak kami walaupun ketika emak marah ataupun dia sedang marah. Abang akan keluar dari rumah seketika demi meredakan kemarahan. Kepada saya sendiri pun abang akan marah jika tertinggi suara.

Redha dan doa dari seorang emak yang tua inilah salah satu sebab abang cepat pulih. Sudah boleh bercakap, berjalan dan makan...walaupun tangan sebelah masih belum dapat di gunakan lagi. Saya sendiri banyak belajar dari sifat penyabar dan pemaaf abang saya ini kepada orang lebih tua.

Selagi kita punya emak, berbuat baik kepadanya dan jagalah hati dan perasaannya. Kita tidak akan rugi apa-apa pun malah pahala besar menanti buat anak-anak yang berbuat baik kepada ibu dan bapa. 

Ingatlah selagi ibu bapa kita masih hidup. Doa mereka sentiasa buat anak-anak, walaupun anak-anak membuat perkara yang menyakitkan dan melukakan hati mereka berulang kali. Kerana mereka tidak sanggup anak-anak hidup dalam dosa. Tetapi jika mereka sudah tiada nanti, DOA mereka sudah tiada lagi dan terhentilah peluang kita untuk mendapat pahala yang besar .

#peringatan utk diri sendiri yang sering membuat silap juga


Saya sayang abang saya. Abang 2 dari kiri bersama  emak, isteri dan anak2nya


4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Itulah Atie sering diulang-ulang bahawa redha Allah adalah redha ibu-bapa. Beruntung masih ada ibu yg mendoakan.

Bersyukur abg Atie dah beransur sembuh. Ujian buat org baik-baik begitulah..

Warisan Petani said...

Syukur dh sihat.
Semangat untuk pulih dan doa ibu bapa sangat penting.

Ati Masrif said...

betul kak zakie tapi masih ada orang yang tidak berbuat baik pada ibu bapa. Melayan ibunya seperti musuh tetapi berbuat baik kepada orang lain.
Thanks kak..abang beransur pulih.

Ati Masrif said...

indeed warisan petani. terima kasih