Thursday, December 22, 2016

KEPUTUSAN PT3 FARAH

Assalamualaikum,



Terima kasih Alang kerana keputusan PT3 Alang adalah antara perkara yang membuatkan mommy rasa sedikit gembira, kerana pada hari yang sama terjadi perkara yang sangat mendukakan hati seorang ibu.

Mommy ada berkata didalam hati yang berdebar asalkan keputusan PT3 Farah atas dari 5 A pun jadilah, tak nak harapkan yang tinggi..takut kecewa. Alhamdulillah melepasi dari itu. Walaupun mommy ada membebel kecewa sikit itu semua untuk beri kesedaran kepada alang untuk berusaha lebih lagi SPM nanti. Seorang ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. 


kalau tidak kerana anak-anak yang masih belajar ini...sudah lama daku bawa diri... 


3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bagaikan ada sendu disebalik kegembiraan Ati ni
Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran yg tinggi.

Hanis Azla said...

As-salam kak ati,

Alhamdulillah, tahniah untuk kakak dan kak ati sekeluarga.. Semoga terus cemerlang hendaknya.. in shaa ALLAH.

Semoga segala urusan kak ati dipermudahkan.. semoga hati yang gundah terus ceria kembali.. in shaa ALLAH.. take care kak ati

Ann Ishak said...

tahniah farah