Tuesday, February 2, 2016

2016 yang sibuk!

Assalamualaikum.

Baru sempat menulis untuk tahun 2016 ini.

Permulaan tahun baru yang sangat sibuk buat saya kerana akan mengadakan majlis besar pada awal bulan febuari ini.

Sepanjang tahun ini juga anak-anak sibuk dengan peperiksaan besar. 

Angah - final year..dah tentu sentiasa ada exam. Majlis besar pun dia tak dapat balik sebab ada exam. 

Farah - PT3...oh please anakku buat betul-betul, dia sentiasa sibuk dengan olahraga. Semoga gurunya faham dan dapat kurangkan aktiviti luar.

Insyirah - UPSR..sudah pun mula tuisyen  dari bulan januari. Sekolah pagi, sekolah kafa petang, pukul 6.30 mengaji, tuisyen sebelah malam pula. Setiap hari sabtu kelas tambahan di sekolah pagi dan di Kafa, petang...kesian anak mommy

Mommy pula insyaAllah nak sambung semula mengaji selepas bulan Mac nanti...semoga dipermudahan segala urusan kami...aamiin.

 

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Apa yg kita harapkan selain mahu segala urusan dipermudahkan dan sentiasa dalam redha Allah Ati..

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita. Sibongsu kakcik pun PT3 tahun ini, tapi tetap juga dengan bolasepaknya...