Thursday, October 29, 2015

Majlis Perkahwinan Adik Hazama

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini selesai sudah peperiksaan akhir tahun untuk Syahmi dan Insyirah.
Mummy pun boleh tarik nafas lega dan boleh terima tempahan seperti biasa, setelah
bercuti dari mengambil sebarang tempahan hampir seminggu.

2 minggu lepas saya mendapat undangan ke majlis perkahwinan anak kawan ofis lama iaitu
Kak Hasma yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Hazama. Kak Hasma tidak sihat dan
baru saja keluar dari hospital kerana masalah jantung. Majlis ini di kongsi bersama pihak
keluarga pengantin perempuan kerana Kak Hasma tidak berupaya untuk menguruskan majlis yang besar ini.

Semoga Kak Hasma dan keluarganya tabah dan sentiasa kuat semangat. Semoga Kak
Hasma sihat seperti sediakala semula...aamiin.

Pengantin merupakan anak bongsu, ingat lagi masa kerja dulu bila datang ke rumah Kak
Hasma, pengantin ni masih lagi bersekolah dan tidaklah tinggi menggalah macam sekarang ni...cepat betul masa berlalu....huhu



Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah buat Ujie dan isteri.


Mummy dan Syahmi bergambar bersama Kak Hasma yang nampak sangat gembira walaupun tidak sihat.


Majlis di adakan Dewan Dato Keramat. Makanan yang sedap-sedap belaka. Pelamin di belakang tu pun indah dan besar...mesti mahal...huhu

  
Ingatkan Hazama tak ada sebab ni majlis kongsi dua keluarga dan ramai sangat orang yang datang. Rupanya ada tapi dia duduk di sebelah tepi dewan, mungkin tak mahu orang perasankan dia kot...tapi Insyirah dan Syahmi tetap nak ambil gambar dan Hazama tetap sporting melayan dan buat muka lawak tu...hehehe



Hazama ni kalau nampak live..hensem orangnya, lesung pipit kat pipi tu mahai tau...
Semoga terus kekal dengan sikap begini, tidak sombong dan ikhlas melayan peminat-peminat cilik ini.



Monday, October 12, 2015

Selamat Hari Lahir Insyirah

Assalamualaikum.

Hari ini genaplah 11 tahun usia anak dara ke dua saya, Norfareena Insyirah.
semoga menjadi anak yang solehah yang berjaya dalam apa jua yang di impikan di dunia dan di akhirat...aamiin.

Insyirah ni di panggil baby planning sebabnya pada tahun 2004 saya memang terdesak nak anak lagi tapi di sebabkan makan pil perancang dan lambat berhenti. Saya terpaksa makan pil hormon untuk dapatkan baby. Masuk bulan kedua makan pil, sudah ada..alhamdulillah.

Insyirah juga adik yang di sayangi abang kerana baik, sangat mudah di jaga dan menurut kata. Bagi mummy pula, anak dara ni sangat rajin dan cekap buat kerja rumah. 

Perangai pula tegas, buat kerja laju dan sedikit garang, almaklumlah kenan pak arab iaitu bos mummy ketika kerja waktu itu, arwah Hussien Najadi. Banyak juga perangai arwah yang ada pada Insyirah. Al-fatihah buat arwah.




Cita-cita Insyirah nak jadi Doktor Gigi, semoga berjaya nak!
Kek di tunda minggu hadapan sebab tunggu kak lang balik dari asrama, ramai-ramai baru bestkan.

Wednesday, October 7, 2015

Bertukar warna

Assalamualaikum.

Lebih setahun syahmi memasuki kelas tekwando tetapi tali pinggang masih putih lagi.

Macam mana nak bertukar, kelas hanya pada hari sabtu dan hari tu jugalah mummy dan papa ada seribu macam hal. Akibatnya syahmi terlepas beberapa kali ujian.

Bulan lepas baru syahmi dapat hadiri ujian dan alhamdulillah dapatlah tali pinggang kuning..jadilah..hehe



Lepas dapat belt baru, syahmi pun tambah semangat pergi ke kelas setiap minggu. Terima kasih kepada master yang sangat sabar melayan kerenah hero mummy ni.



Tuesday, October 6, 2015

Macam-macam perangai ada...

Assalamualaikum.

Sejak mula berniaga Homemade Desserts secara online ini, baru saya tahu akan telatah pelanggan. Ada yang hantar pesanan bertanya bermacam-macam soalan tetapi akhirnya tak jadi beli. Ada yang bertanya itu ini tetapi lepas jawab semua, terus sepi. Ada juga yang amat mudah, bertanya dan terus confirmed dengan masukkan duit ke dalam akaun. ( yang ini dapat selalu memang syiok..hihi).

Jika mula-mula dahulu, ,memang saya geram dan lepas itu rasa macam malas nak layan pelanggan yang lain jika banyak tanya tetapi lama-lama, bila di fikirkan tak ada rugi pun saya menjawab semua pertanyaan itu. Jika masa saya sibuk, insyaAllah saya akan balas selepas  selesai waktu baking.  

Ada satu kata-kata motivasi ini yang amat bermakna dan sentiasa saya ingat dari teman FB dan Blogger juga pemilik Abuain Studio, En. Khairul Hakimin. 


500 juta kali dia tanya saya tentang kelas, dan 500 juta kali juga saya akan cuba jawab tenang-tenang.
Tuhan itu maha segala-galanya, walau kamu suka tanya tapi tak pernah datang, saya cuba akan layan baik-baik.
Takkanlah Tuhan itu sengaja biarkan kita berkenalan, dan biarkan tanpa ada apa-apa. Sudah pasti ada sebabnya.
Manalah tahu kali ke 501 juta kali kamu tanya dan terus datang kelas, sudah pasti saya akan jadi manusia yang paling suka dan gembira dalam dunia.



Alhamdulillah, ada ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa akan ingatkan saya walau hanya dari tulisan-tulisan mereka di FB. 


Kole Kacang yang sedap dan terlaris

Assalamualaikum.

Rupanya ada ramai peminat kuih kole kacang. Saya baru saja dapat whatsapp dari pelanggan yang ingin menempah kuih ini.

Seperti biasa saya akan bertanya dapat tahu dari FB page atau instagram.
Jawapan dari pelanggan ini dia google dan dapat dari blog. Oh, berbakti juga blog saya yang sudah bersawang ini..hehe

Di sini ingin tunjukkan gambar-gambar kole kacang saya yang mendapat tempat no. 1, untuk tempahan setiap minggu di ATI Homemade.








#Tempahan sms/ wa 012-6200939
#SayaJual #KoleKacang 
#KuihTalam #bestsellers 
#BandarSeriEhsan 
#BukitChanggang 
#Banting #Klia #Nilai
#SalakTinggi #Dengkil 
#Cyberjaya #Putrajaya 

InsyaAllah anda akan berpuashati. Tq