Monday, October 12, 2015

Selamat Hari Lahir Insyirah

Assalamualaikum.

Hari ini genaplah 11 tahun usia anak dara ke dua saya, Norfareena Insyirah.
semoga menjadi anak yang solehah yang berjaya dalam apa jua yang di impikan di dunia dan di akhirat...aamiin.

Insyirah ni di panggil baby planning sebabnya pada tahun 2004 saya memang terdesak nak anak lagi tapi di sebabkan makan pil perancang dan lambat berhenti. Saya terpaksa makan pil hormon untuk dapatkan baby. Masuk bulan kedua makan pil, sudah ada..alhamdulillah.

Insyirah juga adik yang di sayangi abang kerana baik, sangat mudah di jaga dan menurut kata. Bagi mummy pula, anak dara ni sangat rajin dan cekap buat kerja rumah. 

Perangai pula tegas, buat kerja laju dan sedikit garang, almaklumlah kenan pak arab iaitu bos mummy ketika kerja waktu itu, arwah Hussien Najadi. Banyak juga perangai arwah yang ada pada Insyirah. Al-fatihah buat arwah.




Cita-cita Insyirah nak jadi Doktor Gigi, semoga berjaya nak!
Kek di tunda minggu hadapan sebab tunggu kak lang balik dari asrama, ramai-ramai baru bestkan.

5 comments:

Kakzakie said...

Happy birthday Insyirah
Jadilah anak yg membanggakan keluarga dan agama
Bahagia dunia & akhirat.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Happy Birthday Insyirah...Semoga menjadi anak yang sihat dan bahagia di dunia akhirat..

makchaq said...

Happy birthday Insyirah... semoga jadi anak solehah dan tercapai cita2 nak jadi doktor gigi

Normah Kumin said...

Assalamualaiku Ati,
Happy belated birthday Insyirah, dekat nak sama date, kakmah 10-10, hehe...
Kakmah asa instagram, tapi tak pernah buka, ati add lah kak mah, faƧebook pun ada add la

Hanis Azla said...

As-salam kak ati..

Happy birthday Insyirah! semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan insyaALLAH.. :)