Thursday, October 29, 2015

Majlis Perkahwinan Adik Hazama

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini selesai sudah peperiksaan akhir tahun untuk Syahmi dan Insyirah.
Mummy pun boleh tarik nafas lega dan boleh terima tempahan seperti biasa, setelah
bercuti dari mengambil sebarang tempahan hampir seminggu.

2 minggu lepas saya mendapat undangan ke majlis perkahwinan anak kawan ofis lama iaitu
Kak Hasma yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Hazama. Kak Hasma tidak sihat dan
baru saja keluar dari hospital kerana masalah jantung. Majlis ini di kongsi bersama pihak
keluarga pengantin perempuan kerana Kak Hasma tidak berupaya untuk menguruskan majlis yang besar ini.

Semoga Kak Hasma dan keluarganya tabah dan sentiasa kuat semangat. Semoga Kak
Hasma sihat seperti sediakala semula...aamiin.

Pengantin merupakan anak bongsu, ingat lagi masa kerja dulu bila datang ke rumah Kak
Hasma, pengantin ni masih lagi bersekolah dan tidaklah tinggi menggalah macam sekarang ni...cepat betul masa berlalu....huhu



Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah buat Ujie dan isteri.


Mummy dan Syahmi bergambar bersama Kak Hasma yang nampak sangat gembira walaupun tidak sihat.


Majlis di adakan Dewan Dato Keramat. Makanan yang sedap-sedap belaka. Pelamin di belakang tu pun indah dan besar...mesti mahal...huhu

  
Ingatkan Hazama tak ada sebab ni majlis kongsi dua keluarga dan ramai sangat orang yang datang. Rupanya ada tapi dia duduk di sebelah tepi dewan, mungkin tak mahu orang perasankan dia kot...tapi Insyirah dan Syahmi tetap nak ambil gambar dan Hazama tetap sporting melayan dan buat muka lawak tu...hehehe



Hazama ni kalau nampak live..hensem orangnya, lesung pipit kat pipi tu mahai tau...
Semoga terus kekal dengan sikap begini, tidak sombong dan ikhlas melayan peminat-peminat cilik ini.



9 comments:

idzwa kamaruddin said...

ala haii anak saya belum abis periksa lagi..tapi tang manis muka hazam memang ye pun!

Kakzakie said...

Sebenarnya buat majlis pengantin macam ini lebih jimat Ati
Dua pihak jadi satu. Kalau kakak suka cara ini.
Pengantin pun tak penat dan cepat boleh pergi honeymoon..

ps: lama tak nampak anak dara dan bujang kecik Ati tahu-tahu dah tinggi dah:)

Rinna said...

Bagus laa hazama low profile gitu..layan semua peminatnya kan..
Senang wat majlis sekali gini jimat bajet pun iye gakkan.. :)

Kakcik Nur said...

Bila pulak agaknya giliran Hazama, ya? :)

JunAina said...

Lega anak2 dah habis periksa...budak2 kat rumah hari ni last...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Anak pompuan akak dah habis exam..yg llaki bln 11 ni.
Semoga anak2 atie terus cemerlang dlm pljran yer..

che mid said...

Cantik anak dara atie, manis bertudung..moga istiqomah sampai besar nanti ya sayang..

Lepas ni Hazama pulak naik pelamin kut..he he

Diana Rashid said...

Lama nya tak singgah blog Kak Ati..akak dah menulis semula ye?/tak bagitau pun..sedih!hahahh...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)