Tuesday, October 6, 2015

Macam-macam perangai ada...

Assalamualaikum.

Sejak mula berniaga Homemade Desserts secara online ini, baru saya tahu akan telatah pelanggan. Ada yang hantar pesanan bertanya bermacam-macam soalan tetapi akhirnya tak jadi beli. Ada yang bertanya itu ini tetapi lepas jawab semua, terus sepi. Ada juga yang amat mudah, bertanya dan terus confirmed dengan masukkan duit ke dalam akaun. ( yang ini dapat selalu memang syiok..hihi).

Jika mula-mula dahulu, ,memang saya geram dan lepas itu rasa macam malas nak layan pelanggan yang lain jika banyak tanya tetapi lama-lama, bila di fikirkan tak ada rugi pun saya menjawab semua pertanyaan itu. Jika masa saya sibuk, insyaAllah saya akan balas selepas  selesai waktu baking.  

Ada satu kata-kata motivasi ini yang amat bermakna dan sentiasa saya ingat dari teman FB dan Blogger juga pemilik Abuain Studio, En. Khairul Hakimin. 


500 juta kali dia tanya saya tentang kelas, dan 500 juta kali juga saya akan cuba jawab tenang-tenang.
Tuhan itu maha segala-galanya, walau kamu suka tanya tapi tak pernah datang, saya cuba akan layan baik-baik.
Takkanlah Tuhan itu sengaja biarkan kita berkenalan, dan biarkan tanpa ada apa-apa. Sudah pasti ada sebabnya.
Manalah tahu kali ke 501 juta kali kamu tanya dan terus datang kelas, sudah pasti saya akan jadi manusia yang paling suka dan gembira dalam dunia.



Alhamdulillah, ada ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa akan ingatkan saya walau hanya dari tulisan-tulisan mereka di FB. 


5 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Wow makin rancak bisnes akak yea...Tahniah yea kak..Kalau akak dekat johor ni dah lama saya tempah dan beli dengan akak..

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah ;)

Eye_nee said...

Itu lah cabaran berniaga kamu....hadap jer...

Kakzakie said...

Apa pun juga dlm kehidupan ini Ati mesti ada ujiannya. Cuma kita kena pegang teguh atas kebenaran dan kekuatan diri. Yg penting tak buat kesilapan. Andai ada sedikit tergelincir segera kembali

ps: kakak ni FB lama dah deactivatedkan, IG pun anak kakak guna utk jual baju yg dia pakai baru sekali utk dijual.

JunAina said...

Kan Ati sebuah perkenalan pasti ada hikmah yang tersembunyi semua yang berlaku dengan izin Allah.