Wednesday, February 12, 2014

Bekalan Air ...apa terjadi..??


Assalamualaikum wbt,

Coretan yang pertama untuk tahun 2014, rindu sangat nak menulis tapi ada hal yang tak mengizinkan.

Hari ini tiba-tiba rasa nak menaip kerana geram bekalan air sudah hampir seminggu tidak ada. Tiada pengumuman atau pun laporan rasmi tentang ketiadaan air ini. Bila tarikh air akan kembali juga tiada. 

Alhamdulillah, semenjak tiga hari ini pihak Syabas sudah mula menghantar bekalan air. Cuma waktu penghantaran saja yang tidak menentu dan sangat menyusahkan penduduk. Hari pertama bekalan di hantar pada pukul 1 pagi, hari kedua pada pukul 9 malam dan hari ketiga pada pukul 2 pagi. Bayangkan betapa seksanya kami di sini....huwaaa!

Sudahlah ...baik memohon dan berharap pada Allah yang Maha Baik, yang Maha Berkuasa. Tolong amin kan doa ini:


“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,”


Terima kasih. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.