Saturday, April 5, 2014

ATI Homemade ~ jom lawat page baru saya!


Assalamualaikum wbt,

Lama tak menulis di sini ...rindunya. 

Maaf saya kesibukan menambah ilmu selagi terdaya. Sebenarnya perubahan saya ni bermula sejak suami tercinta jatuh sakit, ketika itu saya memikirkan bagaimana sekiranya apa-apa berlaku pada suami dan saya memang tiada punca pendapatan. Ketika itulah saya berazam ingin menuntut ilmu agama dan juga ilmu pengetahuan agar jiwa dan diri sendiri tidak kosong.

Setelah menghadiri beberapa kelas masakan, yang memang saya minati dari dulu lagi. Alhamdulillah, semalam saya memberanikan diri membuka page sendiri (ala..ingat kedai ke apa ye...hihi)

Kawan-kawan yang tersayang, jemputlah ke page saya


 ATI Homemade - https://www.facebook.com/atihomemade


Sudilah 'Like' page baru saya tu dan boleh menempah apa yang saya tawarkan di sana.

Produk terbaru yang hot ialah Tart Mawar yang sedap kerana di buat dengan pure butter,
saya juga belajar dengan sifu cookies yang famous. 



JEMPUT DATANG SAHABAT2 SEMUA ^______^

4 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Akak saya dah follow akak, sedap pulak nengok tart akak tu, sekarang ni pun saya tengah seronok baking kak..Belum sampai tahap jual lagi tapi suka-suka dulu, tak pasti akan datang camana sebab kekangan masa..

Acik Erna said...

Assalam ati.akak dulu..masa suami sakit teruk juga 14 hari masuk wad.masuk tu dok selangor..dah beli rumah pun..
terfikir masa tu.susah juga dok jauh.
akhirnya bila dia kembali sihat..akak cari dan beli rumah diseremban.tu la..dah nak pencen ni dok seremban

diana said...

saya pun dah mula belajar sikit2 baking.rasa seronok la dapat buat macam yang kita nak.setakat ni buat untuk makan sendiri dan jual kat kawan2 kat kawasan umah je..kalau pandai macam kak Ti saya nak berniaga dengan serius la..heheh..berangan je..

JunAina said...

Tahniah Ati...bila ada langkah pertama bermakna akan ada langkah2 seterusnya utk kejayaan.