Wednesday, February 12, 2014

Bekalan Air ...apa terjadi..??


Assalamualaikum wbt,

Coretan yang pertama untuk tahun 2014, rindu sangat nak menulis tapi ada hal yang tak mengizinkan.

Hari ini tiba-tiba rasa nak menaip kerana geram bekalan air sudah hampir seminggu tidak ada. Tiada pengumuman atau pun laporan rasmi tentang ketiadaan air ini. Bila tarikh air akan kembali juga tiada. 

Alhamdulillah, semenjak tiga hari ini pihak Syabas sudah mula menghantar bekalan air. Cuma waktu penghantaran saja yang tidak menentu dan sangat menyusahkan penduduk. Hari pertama bekalan di hantar pada pukul 1 pagi, hari kedua pada pukul 9 malam dan hari ketiga pada pukul 2 pagi. Bayangkan betapa seksanya kami di sini....huwaaa!

Sudahlah ...baik memohon dan berharap pada Allah yang Maha Baik, yang Maha Berkuasa. Tolong amin kan doa ini:


“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,”


Terima kasih. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

7 comments:

Kakzakie said...

Rindu tertaut salam bersambut. Welcome back Ati.. rindu juga ni:)

Tempat kakak belum sampai stage itu lagi Ati. Masih ada juga hujan turun tapi tak merata JB pun.. Hujan turun pun sekejap tapi panas memang berdenting. Anak dara kecik kakak semalam balik sekolah dah demam. Tapi hari ini ok dah boleh sekolah..

Kakzakie said...

Ye... betul telah tiba masanya kita kena sama-sama dirikan solat mohon hujan pada Allah..

Sungguh padaNya kita bergantung harap.

MizzTina said...

duduk area mn? sy kt dengkil.. dh seminggu lebih xde air.. mmg tetiap mlm n awl pg duk tggu bekalan air.. tp semlm xde lak diorg anta.. kemain gigih tggu.. hampeh btl..

ummiross said...

Amiin..amiin, moga Allah makbulkan doa Ati. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Betul kata Kakzakie adakan solat hajat, kalau boleh kat masjid adakan solat hajat beramai2 minta diturunkan hujan.

Queen said...

aminn.. mmg sukar tanpa air.. semoga allah permudahkan perjalanan sis

Queen said...

aminn.. mmg sukar tanpa air.. semoga allah permudahkan perjalanan sis

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

taapiii 2-3 hari nie hujan dah mula turun..harap kembali ok..