Saturday, May 17, 2014

ATI Homemade dapat promosi dari blogger Senyum-Senyum


Assalamualaikum wbt,

Lama tak menulis lagi di blog kesayangan saya ni. Selalu di tinggal-tinggalkan tanda sayang..hehe

Sekarang ini masa lebih banyak di habiskan di dapur ATI Homemade dan juga kelas-kelas
bakery untuk menambah lagi pengetahuan dan menu makanan baru di ATI Homemade.

Petang semalam saya dapat pm dari blogger Diana yang baik hati nak promote ATI Homemade
di blog beliau. Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal...pastilah  saya setuju dan happy!


Ini antara yang blogger Diana tulis di blognya...


YANG CANTIK DAN MANIS..ATI HOMEMADE

Assalamualaikum...

lagi seminggu lebih je lagi
kita nak bercuti..
macam2 majlis boleh kita rancang...
Bagi yang berada sekitar banting dan yang berhampiran dengan nya,
korang boleh dapatkan kek slice macam ni dengan harga yang berpatutan..


kalau nak kek sebiji2 gini pun boleh..
bagitau je nak cemana
dan nanti kak Ati akan buat..

cantik tak??

Selebihnya boleh tengok di blog Diana ... Senyum Senyum
Terima kasih daun keladi Diana. Sayanggg ..diana!


Kawan-kawan jemput melawat ke page saya di ATI Homemade, ada 3 produk baru 
yang menarik dan di jamin sedap!


Monday, April 28, 2014

Jalan-jalan di KLIA 2...wow besar!


Assalamualaikum wbt,

Separuh hari di kelas membuat 2 jenis kek semalam. Walaupun kepenatan tapi sangat teruja 
dan seronok, dapat ilmu baru dan juga kawan-kawan baru yg bersemangat buat bisnes.

Selepas magrib keluar bawa anak-anak pergi jalan ke KLIA 2 yang di buka untuk umum
semalam. Layan anak-anak pula sebab mereka sudah kena tinggal separuh harikan.






Inilah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan malam tadi. Besar Betui KLIA 2 ni.
Sama seperti kompleks membeli belah besar yang lain...macam-macam ada. Kedai kasut, 
kedai baju, kedai beg, banyak restoran dan macam-macam lagi yang ada.


Jom mandii... ^___~



Syok betul jalan-jalan di lapangan terbang yang belum di buka lagi ni...
macam......tempat ini kami yang punyaaa...hahaha~
Tak sabaq nak tunggu tempat ini di buka sepenuhnya next week. Tak perlu lagi kami nak pergi
jauh-jauh. Semuanya ada di sini...sambil cuci mata tengok kapal terbang. Mummy tak sabar nak
rasmikan bershopping di supermarket kat belakang tu, macam best je...macam happening aje
mesti senang nak cari buat strawberi, kiwi, anggur untuk buat deco kek di ATI HOMEMADE ...tetap 
nak promote...hihi. 


Jom datang melawat di sini...parking tengah percuma tu...best ^____^




Friday, April 25, 2014

Kisah kubur ibu tunggal Adzlin Lin Halimi yang menyentuh hati


Assalamualaikum wbt,

Bila tiba hari penghulu segala hari ni, bagus kongsi cerita yang memberi kita keinsafan.
Sebenarnya ati baru tahu kisah ibu tunggal yang kuburnya bercahaya. 

Benar atau tidak...wallahualam. Tapi yang menarik perhatian ati ialah coretan-coretan 
arwah di FB, sangat menyentuh hati. 

March 25; 
Andaiku tahu kapan bila ajalku,
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku....

#Pray for MH370# 
Al-Fatihah
Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati...itu janji Allah..

March 25;

Senyumlah utk kekuatan dalaman berserta zikrullah,Allah menguji di atas kemampuan
hambanya..dgn ujian membuatkn kita lebih matang dan tabah dlm mengharungi liku2 kehidupan..♥♡♥

Kalau nak baca dan lihat wajah arwah boleh pergi di SINI
Bagi ati, arwah seorang yang sangat positif. Gambar arwah sentiasa ceria dan nampak
bahagia walaupun sedang bertarung dengan penyakit yang bahaya.

Marilah kita sedakah al fatihah buat arwah. Semoga di tempat di kalangan orang-orang 
yang beriman....amin.


Wednesday, April 23, 2014

WW: Prof Muhaya


Assalamualaikum wbt,

Jom cubit lengan kita ^____^






Silalah singgah ke page baru saya **ATI Homemade**

sudi2lah LIKE & order mana yg berkenan di hati ^____~

Tuesday, April 22, 2014

CARTA TERTINGGI


Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi, lama tak menulis di sini semenjak memulakan peniagaan bakery 
dari dalam talian ini. 

Alhamdulillah jualan Tart Mawar mendapat sambutan dan mendapat tempat carta 
tertinggi dari yang lain, dah jadi macam penjual kuih tart saja pula. Tapi tak apa 
sebagai pengenalan untuk ATI Homemade kepada pelanggan.

Kepada yang masih tak tahu page baru ati yang sedia menerima tempahan Tart Mawar,
Brownies Kukus Lapis Cheese, set Roti Jala dan macam-macam Kek yang di buat 
segar dari oven sudilah singgah ke ATI Homemade








Terima kasih kepada kawan-kawan FB dan juga blogger yang sudah membeli dari saya. 
Alhamdulillah ^____^

Saturday, April 5, 2014

ATI Homemade ~ jom lawat page baru saya!


Assalamualaikum wbt,

Lama tak menulis di sini ...rindunya. 

Maaf saya kesibukan menambah ilmu selagi terdaya. Sebenarnya perubahan saya ni bermula sejak suami tercinta jatuh sakit, ketika itu saya memikirkan bagaimana sekiranya apa-apa berlaku pada suami dan saya memang tiada punca pendapatan. Ketika itulah saya berazam ingin menuntut ilmu agama dan juga ilmu pengetahuan agar jiwa dan diri sendiri tidak kosong.

Setelah menghadiri beberapa kelas masakan, yang memang saya minati dari dulu lagi. Alhamdulillah, semalam saya memberanikan diri membuka page sendiri (ala..ingat kedai ke apa ye...hihi)

Kawan-kawan yang tersayang, jemputlah ke page saya


 ATI Homemade - https://www.facebook.com/atihomemade


Sudilah 'Like' page baru saya tu dan boleh menempah apa yang saya tawarkan di sana.

Produk terbaru yang hot ialah Tart Mawar yang sedap kerana di buat dengan pure butter,
saya juga belajar dengan sifu cookies yang famous. 



JEMPUT DATANG SAHABAT2 SEMUA ^______^

Wednesday, February 12, 2014

Bekalan Air ...apa terjadi..??


Assalamualaikum wbt,

Coretan yang pertama untuk tahun 2014, rindu sangat nak menulis tapi ada hal yang tak mengizinkan.

Hari ini tiba-tiba rasa nak menaip kerana geram bekalan air sudah hampir seminggu tidak ada. Tiada pengumuman atau pun laporan rasmi tentang ketiadaan air ini. Bila tarikh air akan kembali juga tiada. 

Alhamdulillah, semenjak tiga hari ini pihak Syabas sudah mula menghantar bekalan air. Cuma waktu penghantaran saja yang tidak menentu dan sangat menyusahkan penduduk. Hari pertama bekalan di hantar pada pukul 1 pagi, hari kedua pada pukul 9 malam dan hari ketiga pada pukul 2 pagi. Bayangkan betapa seksanya kami di sini....huwaaa!

Sudahlah ...baik memohon dan berharap pada Allah yang Maha Baik, yang Maha Berkuasa. Tolong amin kan doa ini:


“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,”


Terima kasih. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.