Friday, October 18, 2013

Terkejut bila mengetahui dia telah tiada ...


Assalamualaikum wbt,

Ntah kenapa semalam sewaktu kita mencari seorang kawan di dalam friend list di FB kita.
Tiba-tiba terpandang nama seorang kawan yang lama sepi tanpa berita, perasaan nak tahu
apa khabar beliau. Bila masuk ke dalam FBnya, alangkah terkejutnya kita, bila terbaca 
status di FB nya... 
wat sume rakan2 RAZALI ISMAIL telah pulang ke rahmatullah pada 3.3.2012 jam 3.45 pagi..Mohon pada
sesiapa yg mengenali beliau sedekahkan al-fatihah untuk beliau..moga beliau tenang di sana...maafkan lah
beliau sekiranya ade terkasar bahasa atau terkecil hati...mohon di ampunkan....sebarang pertanyaan sila
cari saya di Mieya Yurie Yuri..(ain)

Maha suci Allah yang mencipta kejadian di langit dan di bumi. Jika ajal sudah tiba tidak lambat 
atau cepat walau sesaat. Ya Allah, hampir 2 tahun baru kita tahu. Kali terakhir kita dan suami
bertemu beliau di tempat arwah bertugas di hotel Equatorial Melaka pada akhir tahun 2011. Setiap 
tahun kami mesti pergi bercuti di Melaka (sebab anak2 suka Melaka), selalu cakap pada diri 
sendiri "zali tengah kerja kat situ...tak maulah kacau dia!". Rupanya arwah telah tiada di dunia ini lagi.

Ini surat doktor yg arwah upload di FB, tak tahu penyakit apa...hanya doktor yg boleh baca tulisan doktor.
Gambar arwah letak di FB  statusnya "alhamdulillah dah sihat selepas hari ke32" pada 12 feb 2012, 18 hari sebelum arwah kembali ke rahmatullah. Susut betul badan arwah, masih menjadi tanda tanya kita...apakah penyakit arwah? 


Mengenali arwah ketika kita bekerja di Crown Princess hotel. Seorang yang ceria, baik hati, pentingkan keluarga dan sangat sayangkan ibunya. Kerana sifat itulah arwah pulang dan bekerja di Melaka kerana nak jaga adik-adik. Setahu kita, arwah juga tak berkahwin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mari kita aminkan doa ini. 



Ya Allah ampuni dosa Razali Ismail kesihani dan sejahterakan dia, ampunilah kesalahannya, lapangkan kuburnya dengan rahmatMU, wahai tuhan yang Maha Pengasih...amin!



Terima kasih!














Thursday, October 17, 2013

Insyirah dan Aidiladha


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidiladha. Perasan tak tahun ini radio H.fm tak pasang pun lagu raya...kenapa ye?

Pada hari sabtu yang lalu adalah hari lahir puteri kita, NorFareena Insyirah yang ke 9 tahun.
Kita perhatikan Syirah ni perangai banyak ikut mummy dia ni, suka berkemas...alih sana...alih sini.
Kalau buat kerja laju saja dan garang pun boleh tahan...hehe. Paling kita suka dia dengan sendiri 
berazam pada hari lahirnya nak baca surah yassin setiap hari. Permintaan dia nak buku surah yassin
yang comel, senang untuk di bawa kemana sahaja terutama kesekolah telah mummy penuhi.



Kita juga merajinkan diri yang malas untuk membuat kek. Inilah hasilnya, buat kek pandai...
bahagian mendeco tu memang tak lulus lagi (kenapa tak pegi belajarkan...hihi~)


Sekejap saja sudah 9 tahun, rasa baru je sambut birthday ke 6 tahun


Itu dia tak cukup krim kiut yang mummy letak di atas kek, budak-budak ni tambah atas
bahagian kek masing-masing, sampai atas pinggan pun...huhu~

Aidiladha pula kami sambut dirumah sendiri. Rasanya di sini lebih meriah kerana dekat dengan
surau, ramai golongan muda dan ada acara qurban 7 ekor lembu pada tahun ini di surau kami. 
Tahun ini juga hanya daging sahaja yang di sedekah pada yang membantu. Semua bahagian 
tulang pula, dimasak sup oleh pihak surau untuk di makan bersama-sama. Alhamdulillah 
merasa makan daging segar dan sup yang sedap, dapat juga dibawa pulang lebihan sup yang 
banyak itu. (naik tekanan darah tinggi weh..hehe)


Friday, October 11, 2013

Bagaikan berpesta


Assalamulaikum wbt,

Semalam line internet ada gangguan, itu pun terasa bagaikan terputus hubungan dengan 
dunia luar..hehe (maklumlah..tinggal pun di pinggir bandarkan...ke luar bandar yek...huhu~)

Tahun lepas pokok mangga di rumah kita, bagaikan merajuk tak mahu berbuah. Tetapi tahun
ini pokok mangga ni macam lepas dendam pula, tak berhenti berbuah dari bulan puasa lagi.
Sudah dibawa balik kampung, beri pada mak, abang dan juga jiran-jiran. Sudah puas dimakan 
dan masih mengeluarkan buah lagi. Pokok mangga yang ditanam di tepi lebihan tanah di hujung
perumahan juga sedang mengeluarkan buah sulong.

Di kawasan itu saja berderet pokok buah-buahan yang kami jiran-jiran satu jalan tanam. 
Pokok-pokok jiran pun turut sama berlumba-lumba mengeluarkan buah. Suasana di sini 
bagaikan pesta buah mangga. Ada pelbagai jenis buah mangga, ada mangga epal, mangga 
yang kecil, yang besar. 

Alhamdulillah, rezeki dari Allah bila berbudi dengan tanah. Tanggungjawab juga haruslah ada,
dimana pokok harus di racun dan letak baja khas untuk pokok mangga sekali-sekala.



Buah mangga pemberian jiran-jiran yang ada macam-macam jenis dan saiz. Ini pun dah 
berapa kali dapat tau, rezeki jangan di tolak...hehe~



Buah mangga sendiri punya. Rasanya lebih seratus biji, pokok ni berbuah. Saiz pokok ini
kecik saja, jenis pokok mangga kahwin kot...hihi~


Esok hari jadi Insyirah...kesian pula kerana ramai kawan2 dia sudah balik kampung

Wednesday, October 9, 2013

WW: Ketinggalan...


Assalamualaikum wbt,


Baru nak merasa, setelah sekian lama teringin.

Orang lain sudah pakai versi terkini kot...hehe~






Kelas Ustazah Sharifah petang ni

Tuesday, October 8, 2013

Hobi


Assalamualaikum wbt,

Ini adalah hobi kita dan sekarang sudah berjangkit pada anak-anak pula. Bila pergi ke tempat 
yang jarang pergi, kita mesti nak beli sesuatu sebagai tanda kenangan. Walaupun bukan 
tempat yang jauh. Contohnya macam kita pergi ke Mid Valley yang 2 tahun sekali baru pergi
tu kan...hehe

Jadi kami pun belilah untuk diri masing-masing tanda kenangan yang murah-murah saja.



Ini mummy punya, berkenan pula lihat cicin nih. Harganya sangat murah kalau dibandingkan 
pada saiznya. Ada petua pengatakan kalau pakai cincin memanjang macam ini, boleh
nampak jari jadi panjang ( ala-ala runcing gitu ) yang penting kita sukaaa sangat...hehe

Farah suka copy paste mummy, dia pilih cincin yang halus saja. Bila kita cakap macam 
cincin tunang, lagi dia suka ( adalah tuh...). Insyirah pula sedang gila mengumpul jam, jadi 
pilihan dia semestinya jam tangan yang berwarna pink lagi. Syahmi pula biasalah, apalagi 
kalau bukan mainan transformers ( sudahlah beli dalam Metrojaya, nasib yang comel saja...huhu~)

Inilah cara kita mengembirakan hati sendiri dan anak-anak. Kerana kami jarang jalan ke 
tempat yang jauh. Selalunya hanya sekitar KLIA dan Nilai, jauh sikit lagi ke Morib atau Bagan
Lalang saja. Biar murah janji ada tanda kenangan dan hati pun gumbira...hehe~



ke MDKL tadi...ada story nanti ...

Monday, October 7, 2013

Cosmic Bowl, Mid Valley


Assalamualaikum wbt,

Hujan lebat sejak sebelum subuh lagi, macam liat je nak bangun pagi ni...hehe

Semalam kami ke Mid Valley, kali terakhir kesini lebih kurang 2 tahun lepas. Inilah tempat
yang kita tak pernah habis pusing lagi sejak dulu. Kami pula jenis kalau tak ada hal, tak perlulah 
nak ke tempat sebegini besar...penat nak berjalan weh! Tujuan kami ke sini hanyalah kerana
hubby ada pertandingan bowling yang dianjurkan tempat kerjanya. 

Pukul 9.45 pagi kami sudah sampai dan itulah waktu yang paling sesuai kalau kawan-kawan
nak datang sebab parking amatlah susah nak dapat kalau datang lewat. Pertandingan bowling
bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Sama seperti 2 tahun sudah, team hubby
tak menang pun, ala hanya nak meriahkan suasana saja. ( camne nak menang, last main
bowling pun 2 tahun lepas gak...huhu )

Lepas tamat pertandingan tu baru kami jalan dalam Mid Valley. Tempat pertama yang kita pergi
mestilah Metrojaya. Kita memang suka sangat Metrojaya tapi tak semua tempat ada Metrojaya.
Banyak barangan perhiasan yang menarik dan baju budak-budak pun cantik-cantik. Hubby 
pula suka kedai hardware yang moden tu, nama lupa pula tapi macam-macam barang menarik ada. 
Supermarket pun menarik juga ada banyak sayuran dan buahan organik yang segar di jual dan 
kedai roti yang jual macam-macam jenis roti dan kek...rambang mata! 

Selepas lunch di McD, kami pun pulang sebab sudah lama sangat nanti harga parking mahal..hihi~
Hubby janji lain kali kita datang lagi sebab masih lagi tak habis pusing Mid Valley. Macam mana nak habis, singgah satu-satu kedai melekat sejam dua...hehe~


Syahmi tukang jaga bola bowling...melekat aje kat tepi ni...senang mummy...hehe


dipenuhi dengan staff2 MO saja...

General Manager, mulakan dulu...tinggi betui mat saleh ni :)

Pada kawan2 baru yg guna 'google+' boleh tak tinggalkan link blog, sebab kita tak dapat
cari blog dari link google+...contoh blogger Neida Ramly, mama leiyna dan lain2 ...TQ

Friday, October 4, 2013

Mahalnya...


Assalamualaikum wbt,

Kelam kabut sedikit hari ini. Dari pagi sejak papa pergi kerja 5.30 pagi, urus 2 anak dara
pergi sekolah, solat selepas itu siapkan dan hantar Syahmi ke tadika, kita pula bersiap 
untuk pergi kelas dan macam-macam benda lagi yang tak habis lagi nak buat...loteh...hehehe~

Sebenarnya nak ceritakan barang-barang yang sudah naik harga semuanya. Hari tu masa 
pergi beli barang bulanan, mula perasan banyak harga dah berubah. Contoh sosej kesukaan 
Syahmi (jenama A....s) selalu beli 3 paket sekali, terpaksa potong beli 2 saja.

Selalunya suami beli barangan basah dipasar tani. Tadi kita terpaksa pergi kedai sebab
lauk sudah habis. Melihat harga ikan-ikan, aduhai macam tak mampu nak makan ikan
hari-hari pula sekarang ini. Nak makan ayam saja, kurang selera dan menjemukan. Bagaimanalah
nasib anak-anak kita di masa hadapan pula ye...




makan tengahari tadi, tak perlu yang mewah...lauk macam ni pun boleh buat kita berselera
dan makan bertambah...hehe


sekejap saja sudah tiba weekend...selamat berhujung minggu!

supaya sentiasa beringat...


Assalamualaikum wbt,

Penghulu sehari hari telah tiba, saja nak berkongsi cerita ini. Mungkin ada yang sudah
membaca sebelum ini. Tapi kita suka nak simpan di dalam blog kesayangan ini agar
sentiasa ingat dan tidak leka pada tanggungjawab yang paling utama.

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI ZINA

Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi Musa.

Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk.
Air matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi ALLAH, tolonglah saya.

Doakan agar ALLAH mengampuni dosa keji saya”.
“Apakah dosamu wahai wanita...?” Tanya Nabi Musa.


“Saya takut mengatakannya,”­ jawab wanita itu.

“Katakanlah, jangan ragu-ragu...!”desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.”

Kepala­ nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


“Dari perzinaan itu saya hamil. Setelah anak itu lahir,
langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut perempuan itu seraya menangis.

Mata Nabi Musa berapi-api. Dengan muka yang berang dia mengherdik.
“Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa ALLAH tak jatuh ke dalam rumahku.
Pergi...!!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling karena jijik.

Hati perempuan itu bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh.
Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa.
Ia tak tahu harus kemana lagi mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus melangkahkan kaki.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal menerimanya...?

Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak BERTAUBAT
dari dosanya...? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu...?”

Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu...?

Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu...?” Tanyanya.

“Ada...!!!” Jawab Jibril dengan tegas.

“Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada SERIBU kali berzina.”


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa
memohon ampunan kepada ALLAH.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja 
tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah ALLAH.
Sedangkan BERTAUBAT dan menyesali Dosa dengan sungguh-sungguh­
berarti masih mempunyai IMAN di dadanya dan Yakin ALLAH itu ada.

Semoga Bermanfaat Untuk Kita semua Aamiin


Thursday, October 3, 2013

Honeymoon...


Assalamualaikum wbt,

Sejak awal tahun anak dara kita Farah, sibuk dengan bermacam-macam program sekolah.
Dari kelas tambahan, majlis ilmu anjuran YB, kem motivasi pak anjang dan macam-macam lagi.
Itu belum lagi masuk tuisyen dan sekolah petang pula. Sampai peringkat kita rasakan, terdaya ke
badannya yang kurus tu nak ikuti semua program itu...hehe. Mummy dulu masa nak periksa 
masih bersenang-senang. Tapi dulu lain, sekarang lainkan...tak samakan.

Minggu ini, setelah selesai peperiksaan UPSR dan PSRA (untuk KAFA). Farah sudah boleh
tarik nafas separuh lega ( separuh lagi simpan untuk tunggu result keluar...hehe..). Dia dan 
kawan-kawan sudah pandai buat plan nak keluar jalan-jalan di Alamanda hujung minggu ini.
Mummy izinkan kerana dia sudah penat sebelum ini dengan segala peraturan...no tv, no internet,
banyak no dari yes. Tapi dengan syarat pergi di hantar dan balik di jemput oleh ibu bapa yang
telah bersetuju. Mereka ni pun teruja sangat, sebab tak biasa keluar sendiri. Macam-macam
program telah di atur dari tengok wayang, main boling, baca buku di MPH dan makan disecret recipe takpe bagi can...honeymoon time hehe... 


bawa syahmi ke klinik lg hari ni...luka di mata pula...duhai anak cepatlah besarrRRR...

Wednesday, October 2, 2013

Artis ialah penyanyi Hazama


Assalamualaikum wbt,

2 tahun kami terputus hubungan kerana kerosakan hand phone yang menyebabkan semua
nombor talifon kawan-kawan hilang termasuklah kawan-kawan maya...huhu. Tapi kerana 
kejadian bekas bos kita (Hussain Najadi) yang mati di bunuh baru ni, kami dapat berhubung semula.

Baru-baru ini kami sekeluarga dijemput ke majlis rumah terbuka dan hari jadi cucu kawan kita tu. 
Majlis ini di adakan hanya untuk saudara mara dan teman rapat sahaja. Kita langsung tak sangka
Hazama ada, yelah diakan popular sekarang mesti sibuk. Tapi dialah yang menjemput masuk
kerumah ketika kami baru tiba, jadi segan pula...terus cakap, mak ada?...hehe...ayat cover line.


bersama kawan lama, kak hasma (mak hazama)


Kak Hasma dan keluarganya masih ramah tamah seperti dahulu walaupun anak dah popular.
Hazama pula jenis kelakar, selamba dan sangat ikhlas melayan peminat terutama kanak-kanak.
Kita dapat rasakan kalau orang yang tak minat dia, boleh jadi minat di sebabkan perangainya
yang merendah diri ini. 

Ketika nak pulang, barulah kami nak bergambar dengan Hazama. Malangnya Hazama sudah 
keluar, apalagi merajuklah Farah yang teruja nak bergambar. Tapi rezeki memang sudah tertulis, 
ketika kami sampai ke kereta, rupanya Hazama sedang melepak dengan kawan di seberang 
jalan. Kita pun dengan muka seposen melambai dengan tangan. Dia terus berlari menyeberang
jalan ke arah kami ( baikkan, kalau dia buat tak nampak pun...boleh aje ).




Insyirah, senyum malu...small size, sampai kena tunduk abang hazama...hihi~


Farah terus tak terkata dan tersipu2 bila hazama pujuk sebab dia merajuk sebelum nih...


Alkisahnya gambar WW pagi tadi ialah ketika sibuk bergambar, si syahmi pun sibuk sama main
belon di tengah jalan raya dan artis yang sayangkan budak-budak ni pun berkejar nak ambil Syahmi...oh..so sweet, kenangan sepanjang zaman tu...hehe~



ini budak yang buli abang hazama...pecah rekod tu...hehe

Terima kasih banyak-banyak Papa, belikan mummy hadiah yg sudah lama ku idamkan...best sangat!!! ^________^

WW: di kejar artis!


Assalamualaikum wbt,





Hebatlah teruna kita si syahmi ni, dia yang kena kejar oleh retis....
boleh kenal siapa tu...hehe...jawapannya petang nantilah.



Alhamdulillah...malam tadi syahmi dapat tidur lena cuma kena jaga masa makan ubat 3 kali sehari...tak boleh terlepas, insyaAllah esok boleh sekolah!

Tuesday, October 1, 2013

Kenapa bila anak sakit, suami boleh tidur lena?


Assalamualaikum wbt,

Jawapan dari tajuk tu rasanya kerana suami letih berkerja dan mungkin kaum adam 
memang begitu kot...hehe. Teringat semasa kita masih berkerja dahulu, walau penat 
macam mana sekali pun, kita tetap tak boleh tidur kalau anak sakit. Hinggalah sekarang
setelah bergelar pengurus rumahtangga ni, walau diri sendiri sakit pun automatik jadi sihat
sebab menjaga anak yang tidak sihat. Naluri dan rasa sakit anak tu, bagaikan bersatu
dengan insan yang bergelar ibu.




Inilah alkisahnya syahmi yang siang semalam hanya batuk biasa tetapi bila malam 
bertambah jadi sesak nafas. Pukul 10.30 malam dari tesco di nilai, kami terus ke klinik
dan seperti biasa di nasihatkan ambil gas di samping ubat-ubat lain.

Bila sampai di rumah syahmi tidur tapi pukul 1 pagi mula teruk semula. Kita pun bagilah 
ubat salbutamol. Syahmi pun tak mahu baring dan hanya nak baring atas mummy. Papa
pun nampak nyenyak tidur kesian pula nak bangunkan.




Pukul 4 pagi, syahmi dah makin gelisah. Kita pun bersiap dan siapkan syahmi, lepas tu
baru gerakkan papa bangun. Alhamdulillah seperti biasa kalau nak ajak ke klinik atau 
hospital papa mudah saja bangun.

4.30 pagi dah sampai hospital putrajaya. Kita bawa kereta dan papa bawa motor, ikut 
dari belakang. Papa kerja shift pagi, jadi tak sempat nak pulang rumah semula. Kita lihat
ramainya orang sakit di belakang wad kecemasan, macam-macam penyakit dan Allah
cuma duga kita sedikit sahaja...alhamdulillah, terima kasih ya Allah.



Selesai ambil gas dan dapat ubat-ubat lagi. Sampai rumah 6.30 pagi, syahmi dapat tidur.
Kita pun sempat siapkan sarapan untuk farah dan syirah pergi sekolah. Solat, kemas rumah,
basuh kain dan segala kerja rumah. Syahmi dah bangun, sarapan dan makan ubat, nampak
kurang sedikit. Harap malam ni syahmi dapat tidur lena sebab lani mata mummy dah jadi 
macam panda...huhu~


tak sempat lagi nak buka dan merasa hadiah yang papa beli semalam...