Monday, April 29, 2013

Ulang Tahun Pernikahan


Assalamualaikum wbt,

Ntah kenapa semalam dan hari ini, mood betul-betul merundum, haii..hormon kot! hormon tua...huhu

Tak mau layanlah mood tak best ni kerana hari ini belas tahun yang lalu adalah hari 
pernikahan kami. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Tiada lain yang di pohon di usia begini
 "semoga menperolehi rumahtangga yang sakinah dan dilimpahi mawaddah warohmah
 (cinta dan kasih sayang) dariNYA...amin!!". 




Layan gambar lama ni boleh buat senyum sendiri...perasan mudo dan slim lagi lah tu...hehehe



PETUA ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI (copy dari blog Zuraidah)

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang- kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana atau menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur

. 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam- salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri iaitu:




masih belajar dan akan terus belajar ....  

Friday, April 26, 2013

Rezeki mereka dan rezeki kami


Assalamualaikum,

Bangun seawal 4.45 pagi dengan tujuan nak masak meehoon goreng untuk anak kita Syirah.
Gurunya di sekolah buat sambutan hari jadi setiap 3 bulan sekali untuk semua anak-anak murid 
yang sambut hari jadi dalam 3 bulan ini. 

Fikir nak masak meehoon goreng apa ye? em..masak meehoon goreng putih campur lada
hitam sikit, letak isi ayam dan sayuran. Takut budak-budak darjah 3 ni, tak kuat makan pedas.
Hampir sejam baru siap ( lambatnya buat kerja..huhu ) kan baru bangun tidur slowlah sikit...alasan..hihi~
Rezeki yang hendak di kongsi bersama budak-budak di sekolah ni rasa seronok dan semangat lain macam!.

Bila tengahari Syirah balik dari sekolah. Bawa balik macam-macam makanan dari sekolah pula.
Ada pisang, apam polkodot, ayam goreng, biskut dan jajan. Alhamdulillah...hari Jumaat yang 
mulia, rezeki untuk kami di rumah pula.


Cuti hujung minggu kami hanya di rumah. Papa kerja selain farah sibuk dgn kelas tambahan pada hari sabtu dan bengkel motivasi pada hari ahad.

Jumaat


Assalamualaikum wbt,

Apa cerita hari Jumaat semua. Selain gembira kerana hari yang terakhir pada minggu
berkerja. Bergembiralah kerana hari ini juga banyak kemuliannya. Antaranya hari yang 
mana doa akan di makbulkan. Jom kita perbanyakkan berdoa.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)


hari ini nak masak yang simple2 saja sbb ada banyak program tv yg menarik ^_____^

Thursday, April 25, 2013

Nasi Minyak & Ayam Masak Merah Special yang sedap!


Assalamualaikum wbt,

Sejak pulih dari penyakit gastrik yang teruk baru-baru ini. Bila jalan blog kawan-kawan, 
pantang ternampak resepi yang menarik dan cara masaknya lain dari yang lain. Pasti 
tergoda nak mencuba.

Baru ni Kak Queenie masak nasi minyak dan ayam masak merah. Cara memasak dan 
bahan-bahan pun lain sikit. Sudah semestinya sedap. Maklumlah pakar memasak yang masak. 




Inilah hasilnya lunch kita hari ini. Walaupun terlambat siap tapi hasilnya berbaloi-baloi. Rasanya sedap 
bangat terutamanya Ayam Masak Merah Special versi Queenie. Memang taraf makan katering yang high class tulah. Resepi di SINI. ( akak, ati tambah air sikit...rumah ni suka makan sambal berkuah sikit )


Kak Q jangan masak sedap2 lagi ...habis semua Ati nak cuba...huhu~

Sudah beberapa kali cuba masuk blog Eye Nee, tapi tak boleh...ada amaran virus.

Lotehhh!


Assalamualaikum wbt,


Semenjak mula masuk tadika, Syahmi sudah kena bangun seawal 7.15 pagi. Itu pun puas
kena pujuk berkali-kali. Kalau dulu dia akan bangun tidur 10.00 atau 11.00 pagi.

Bila dapat tidur, memang dia tidur dengan nyenyak dalam keletihan...yolah tu lotehlah sangat!.
Tengok tu sampai bantal naik atas muka pun lantaklah....hihihi~




saya baru 5 tahun....nak besarkan badanlah mummy...hehe~

Wednesday, April 24, 2013

Tahu guna saja...kebersihan Masjid tanggungjawab semua...tahu tak?


Assalamualaikum wbt,

Kita menjeling tajam pada seorang wanita yang telah pun berlalu pergi. Akibat terlalu geram 
dengan perbuatannya. 

Kejadian ini berlaku pada waktu maghrib, ketika hendak mengambil wuduk di Masjid Putra
Nilai. Tanpa rasa bersalah membersihkan anaknya di tempat mengambil wuduk. Seterusnya
dia pembuang pamper tanda menutup semula pamper itu. Didalam bakusampah yang terbuka
didalam tempat mengambil wuduk juga. Rasa macam nak lempang 10 kali saja.

Memelihara rumah Allah, adalah tanggungjawab semua jemaah. Jika kita dapat melihat hadiah
yang menanti (rumah di syurga). Bagi mereka yang sentiasa menjaga kebersihan masjid seperti
kisah 'Ummu Mahjan'.Pasti semua orang akan berebut-rebut hendak membersihkan masjid.


Pendaftaran untuk tahun satu bagi 2014 & 2015, sudah di buka. 
Syahmi sudah pun mendaftar ...^_____^

Tuesday, April 23, 2013

Bertemu Ustazah Norhafizah Musa


Assalamualaikum wbt,

Rezeki dapat mengikuti majlis ilmu Ustazah terjadi pada 30 Januari 2013. Ingin juga dikongsikan
di blog kesayangan hamba untuk kenang-kenangan. 

Kita dan teman-teman sejiran telah di undang oleh rakan yang selalu mengikuti kelas agama di Putrajaya.
Perasaan sangat teruja bila di beritahu yang akan memberi ceramah itu ialah Ustazah yang sangat
kita sanjungi dan minati. Kita pendengar setia program usrati yang ke udara di IKIM FM, setiap  hari 
Jumaat jam 10.15pagi.

Program ceramah ini di adakan secara tertutup di banglo seorang Datin yang baik hati (nama dah lupalah). Alhamdulillah, kita lihat ramai wanita dan datin-datin yang sangat dahagakan ilmu. 
Setiap ruang sudah penuh, sehingga terpaksa duduk tersepit. Datin-datin pun ramai dah bertudung
walaupun baju tetap lip-lap..lip-lap...hehehe




Debaran dalam menunggu Ustazah Norhafizah, jantung dup-dap..dup-dap... (perasaan teruja tu kalah
semasa 1st time jumpa Anita Sarawak...ahak!) Orangnya comel dan suka senyum. Ceramahnya sarat 
dengan ilmu. Pendek kata tak jemu, ada yang serius, ada yang buat kita akan sama-sama menangis bersama ustazah dan ada juga gelak ketawa. Sekejap sangat 1 jam itu berlalu.



Ramai kata rupa kami macam adik-beradik....apa lagi kembanglah mokcik...huhuhu~
Gambar ini di ambil setelah puas kita mengejar Ustazah, ingatkan dia dah nak balik rupanya
nak pergi tandas...heee~






3 kali salam, kali pertama dan kedua dapat salam je sebab ramai sangat nak bersalam. Kali ke-3
baru Ustazah sempat peluk dan cium pipi (kemaruk betui ...ishh..bukan ambik berkat...hehe~)


frekuensi IKIM FM di lembah klang 91.5 sarat dengan ilmu  ^_______^

Friday, April 19, 2013

Panas...Panas!!


Assalamualaikum wbt,

Sejak akhir-akhir ini cuaca amatlah panas. Kepanasan ini menyebabkan kita rasa tidak selesa dan harus mandi tiga ke empat kali sehari. Anak-anak pula selalu naik ruam di badan. Semua orang keluh kesah sentiasa

Tetapi suhu panas di bumi kini hanyalah sedikit cuma kerana...

Rasulullah SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan kepadaku sifat Neraka Jahannam".

Jawab Jibrail: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,
sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun
sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Allah akbar. Gerun rasanya.

Petang Khamis Di Pantai Morib


Assalamualaikum wbt,

Sudah 2 minggu papa sibuk dan tak dapat cuti pada hujung minggu. Minggu ini cuti hari
Khamis pula. Semalam papa ajak ke pantai Morib, bagaikan orang mengantuk, disorongkan
bantal lah hamba. Rindu sangat dengan bau laut tu...



Farah dan Syirah, mummy bagi cuti sekolah agama. Sudah 2 minggu duduk di rumah saja. 
Asyik suruh belajar saja...kesian pula!



Syahmi macam mummy juga sangat sukakan pantai dan laut. Baru sampai rumah, malam tadi 
sudah bertanya .... bila kita nak pergi beach lagi ? Aduhai anakku kalaulah rumah kita tu depan pantaikan...hihi~



Hari Khamis kan...kurang sangat orang. Tapi best juga.... pantai ini ana yang punya...hahaha!



Aman, damai, tenang dan bahagia sangat menikmati ciptaan Allah yang maha Esa...




Heppp....jangan kacau mummy dan papa berdating...hihi. Kita kalau mengadap laut, tak ingat lain dah.


Berangan nak bawa papa dan anak2 ke pulau Tioman suatu hari nanti...insyaAllah! Lama sangat tak ke sana...rindu! ^_____~

Thursday, April 18, 2013

Si Pembuli Di Tadika


Assalamulaikum wbt,

Si manjaku Syahmi sudah berusia 5 tahun. Sejak awal tahun 2013, dia sudah belajar di tadika.
Sebulan dua ini ada budak yang suka membuli dia. Kalau buli ambil mainan atau kacau masa
belajar takpelah juga... ini di gigitnya Syahmi sampai luka!.

Kali pertama Syahmi kena gigit dipipi sampai berdarah dan berbekas bulat. Cikgu tadika panik
dan talifon kita waktu malam nak minta maaf sebab tak sempat tahan dari Syahmi digigit. Kita pun 
takpelah sabar...nak buat macam mana, sama-sama kecil. Lepas tu seminggu Syahmi tak mahu ke tadika.

Kali kedua kena gigit di pipi lagi, atas sikit dari tempat lama...ehh...ingat pipi anak kita ni kuih pau apa?
Geram juga mummy dia nih tapi sabar ajelah...kan budak lagi.

Kali ketiga budak yang sama, gigit Syahmi didada pula. Mummy mula ajar Syahmi lawan balik.

"ala sayang tolaklah dia kalau dia nak buat Syahmi ok..."

Kali keempat, iaitu 2 hari lepas dia gigit Syahmi kat belakang badan pula. Mummy Syahmi yang 
sedang belajar banyak bersabar ni pun mula nak tukar color....hijau! Amboi-amboi ingat anak kita ni
kuih apam apa, habis dia nak gigit sampai luka. Pelik bin ajaib kata cikgunya, hanya Syahmi dia suka gigit. 

Jadi semalam kita pun awal pagi dah sampai ke tadika Syahmi dan minta izin cikgu nak jumpa  si pembuli tu. Rasa macam nak gigit je budak tu tapi dah niat hanya nak cakap baik-baik lagipun memang
teringin sangat nak tengok muka dia. Sekali bila dia keluar, alahai kesian pula. Budaknya comot 
saja dan mukapun penuh dengan bekas-bekas, bersangka baik...mungkin belas demam campak kot.

Makcik pun mula ceramah pendek ala-ala cikgu tadika juga...

jangan buat anak makcik lagi tau... (dia angguk)

jangan gigit Syahmi lagi ye... (dia angguk)

kalau selalu gigit orang ...nanti polis datang tangkap tau... (dia angguk)

Waduh...harap-harap dia takutlah dengar suara makcik yang garang-garang manja ni...huhu~



Syahmi ni penyayang dan manja orangnya. Suka sangat bawa makanan untuk kawan-kawan di tadika semasa hari jadinya Februari lalu.


Agaknya budak2 lani dah terlebih sangat tengok cerita superhero kot...iron man lah...ultraman lah...boboiboy lah...

Wednesday, April 17, 2013

Kerabu Mangga bersama Ikan Bakar


Assalamualaikum wbt,

Ketika menziarah kawan-kawan maya semalam, terlihat hamba Kak Queenie membuat 
Ikan Bakar Kerabu Mangga....waduhhh terliur sih! Terus talifon Papa minta belikan magga 
muda balik nanti.





Walaupun baru pertama kali buat kerabu mangga, hasilnya tidak mengecewakan dan amatlah 
mudah. Papa dan anak-anak suruh buat lagi malam ini tapi sori...nanti mummy yang makin 
bom-bom...heee~

Bahan2:

Ikan kembung - di bakar 
sebiji mangga muda - kita guna 2 bj
1/2 biji karot
1 biji bawang merah
cili padi 
sos ikan
limau nipis
gula
ikan bilis goreng ( kita tambah sendiri)




Kupas kulit mangga dan disagat bersama karot ( tapi kita buat manual sebab penyagat di rumah
ni  terlalu halus ...huhu~) Hiris bawang merah dan cili padi. Gaul bersama semua bahan, sesedap rasa kalianlah...wah!

Jika nak lihat step by step, sila ke blog Kak Queenie...memang sedap bangat kak, licin...hihi~


Selamat mencuba.... ^______~

Tuesday, April 16, 2013

Menyerah Akhirnya...


Assalamualaikum wbt,

Bersawang sana sini blog kesayangan hamba ini. Ini adalah catatan pertama bagi tahun 2013. 
Bukan hendak mengundur diri tetapi berhajat nak buka blog yang baru ditahun baru tetapi masa
yang tak mengizinkan. Akhirnya banyak memori-memori yang terlepas untuk dicatatkan 
kenangannya...emmm.

5 hari ini kita terkena penyakit yang tak pernah terkena lagi sebelum ini, yang menyebabkan 
perasaan ingin berkongsi pengalaman di blog ini datang kembali. Penyakit Gastik yang 
sering kali popular bila datangnya bulan mulia Ramadhan...ada yg rasa terperli tak...hihi~

Rupa-rupanya penangan penyakit ini amatlah hebat! Tak boleh nak tidur, tak boleh nak 
buat kerja, tak lalu nak makan...segala isi perut sentiasa menggelodak. Angin pula bergerak 
macam ada baby didalam perut. Badan jadi lemah dan fikiran jadi tak menentu, perasaan jadi lebih sensitif...macam orang sasau lagaknya...hehe~yelah penyakit yang tak nampak dek matakan, orang sekitar kita pun susah nak faham.

Teringat yang kita ada terbaca akan sabda Nabi Muhammad saw:  'perut adalah tempat bermula 
pelbagai penyakitBaginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru
sembuh atau sedang melalui proses pemulihan.

Hadis daripada Siti Aisyah r.a.: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu
makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! "Demi Allah,ia mencuci perut
seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!"

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan 
tidak membebankan perut.





Hendak ikut sunah Rasulullah, di samping terdesak nak sihat seperti biasa. Kita akhirnya menyerah...inilah makanan yang dimasak dan dimakan 2 hari ini. Alhamdulillah bila masuk saja makanan yang lembut dan panas dalam perut yang manja ni, hari ini rasa kurang 80% sakit ...syukur!

Ingin tahu lebih lanjut perihal penyakit Gastrik ini, sila ke sini. Kita sangat pasti sebelum terkena 
penyakit Gastrik ini, memang kita bedal 'ayam masak tempoyak' yang papa masak bagai nak 
rak. Siap hirup kuah tempoyak lagi, bila sudah terkena ni...setahun tak nak makan tempoyak...
haha~boleh percaya ke...?

Berdiam diri lebih baik dari banyak cakap, baru org percaya kita memang sakit
walaupun luaran tak nampak... ^_____^