Friday, October 4, 2013

Mahalnya...


Assalamualaikum wbt,

Kelam kabut sedikit hari ini. Dari pagi sejak papa pergi kerja 5.30 pagi, urus 2 anak dara
pergi sekolah, solat selepas itu siapkan dan hantar Syahmi ke tadika, kita pula bersiap 
untuk pergi kelas dan macam-macam benda lagi yang tak habis lagi nak buat...loteh...hehehe~

Sebenarnya nak ceritakan barang-barang yang sudah naik harga semuanya. Hari tu masa 
pergi beli barang bulanan, mula perasan banyak harga dah berubah. Contoh sosej kesukaan 
Syahmi (jenama A....s) selalu beli 3 paket sekali, terpaksa potong beli 2 saja.

Selalunya suami beli barangan basah dipasar tani. Tadi kita terpaksa pergi kedai sebab
lauk sudah habis. Melihat harga ikan-ikan, aduhai macam tak mampu nak makan ikan
hari-hari pula sekarang ini. Nak makan ayam saja, kurang selera dan menjemukan. Bagaimanalah
nasib anak-anak kita di masa hadapan pula ye...




makan tengahari tadi, tak perlu yang mewah...lauk macam ni pun boleh buat kita berselera
dan makan bertambah...hehe


sekejap saja sudah tiba weekend...selamat berhujung minggu!

13 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Betul laa kak, kang kalau tak mampu makan nasi dengan telur je kang, haihhh

effa farhana said...

aha.. boleh dikatakan semua barang2 naik harga.. jenuh la kalau macam nie... huhu

Nieda ramly said...

baru ada ura2 ada perubahan gaji tapi harga barang dah naik .

Kakzakie said...

Mana ada yg tak naik sekarang ni ati. Tapi makanan terhidang tu memang membuka selera. Kakak tengok jadilah:)

ummiross said...

Yelah Ati, kalau dah biasa beli sesuatu jenis barang tu memang kita perasan bila harganya naik.

Apapun lauk-pauk Ati tu memang menggoda selera, lapar pulak petang2 ni.

diana said...

betul tu Kak Ti,..
kalau beli barang basah ni memang kena bawak duit lebih la..sebab harga tak tentu..minggu ni lain,minggu depan dah lain..

Daddy Ziyyad said...

Itulah kesan inflasi..
Bawak RM200 ke Tesco, tak boleh penuh se-troli dah...Igt saya zaman 1995- 2000 dulu..ikut ayah saya ke Giant/Macro...zaman tu kalau RM200,penuh satu troli!

anyss said...

Assalamualaikum,
Gamaknya pendapatan bulanan berapa ya baru rasa lega sikit makan...boleh rekreasi dan santai, tak perlu skip2 benda makan?

skrang ni rasa makin tercekik dah walaupun dah makin jarang masuk restoren santai mcm Secret recipe...nak masuk secret resipi pun dah rasa mcm tak mampu huh uhuhuhu

Acik Erna said...

Ati..bila sesekali kekedai baru kita tau kan..akak selalu dengar suami je bising kalau balik dari pasar

hainom OKje said...

Meriah lauk tu Ati.....haruslah berselera...banyak tuuu terutama ikan kombung masak asam podeh tu

gadisBunga™ said...

memang barang semua dah bertambah mahal sekarang ni kak.. :'(

BUNDA a.k.a KN said...

kalau dah lapar nasi ngn telo jer pun jalan...rezki..

Mummydearie said...

Memang betul sekarang ni semua pun mahal-mahal belaka. Kalau tak sungguh memang tak tahu mcmana nak survive kan.