Tuesday, October 1, 2013

Kenapa bila anak sakit, suami boleh tidur lena?


Assalamualaikum wbt,

Jawapan dari tajuk tu rasanya kerana suami letih berkerja dan mungkin kaum adam 
memang begitu kot...hehe. Teringat semasa kita masih berkerja dahulu, walau penat 
macam mana sekali pun, kita tetap tak boleh tidur kalau anak sakit. Hinggalah sekarang
setelah bergelar pengurus rumahtangga ni, walau diri sendiri sakit pun automatik jadi sihat
sebab menjaga anak yang tidak sihat. Naluri dan rasa sakit anak tu, bagaikan bersatu
dengan insan yang bergelar ibu.




Inilah alkisahnya syahmi yang siang semalam hanya batuk biasa tetapi bila malam 
bertambah jadi sesak nafas. Pukul 10.30 malam dari tesco di nilai, kami terus ke klinik
dan seperti biasa di nasihatkan ambil gas di samping ubat-ubat lain.

Bila sampai di rumah syahmi tidur tapi pukul 1 pagi mula teruk semula. Kita pun bagilah 
ubat salbutamol. Syahmi pun tak mahu baring dan hanya nak baring atas mummy. Papa
pun nampak nyenyak tidur kesian pula nak bangunkan.




Pukul 4 pagi, syahmi dah makin gelisah. Kita pun bersiap dan siapkan syahmi, lepas tu
baru gerakkan papa bangun. Alhamdulillah seperti biasa kalau nak ajak ke klinik atau 
hospital papa mudah saja bangun.

4.30 pagi dah sampai hospital putrajaya. Kita bawa kereta dan papa bawa motor, ikut 
dari belakang. Papa kerja shift pagi, jadi tak sempat nak pulang rumah semula. Kita lihat
ramainya orang sakit di belakang wad kecemasan, macam-macam penyakit dan Allah
cuma duga kita sedikit sahaja...alhamdulillah, terima kasih ya Allah.



Selesai ambil gas dan dapat ubat-ubat lagi. Sampai rumah 6.30 pagi, syahmi dapat tidur.
Kita pun sempat siapkan sarapan untuk farah dan syirah pergi sekolah. Solat, kemas rumah,
basuh kain dan segala kerja rumah. Syahmi dah bangun, sarapan dan makan ubat, nampak
kurang sedikit. Harap malam ni syahmi dapat tidur lena sebab lani mata mummy dah jadi 
macam panda...huhu~


tak sempat lagi nak buka dan merasa hadiah yang papa beli semalam...

5 comments:

JunAina said...

Mana rambut curly dia tu...:)

Aina dah lalui dulu masa anak sulung kecik tiba2 biru ja muka dia.

Naluri seorang ibu sejak azali macam tu, tak usah kata anak sakit, suami demam pun tidur asyik terjaga.

mak encik | SZ said...

itulah pengorbanan seorang ibu kan kak ati ... semoga syahmi cepat sembuh! insyaAllah ...

Acik Erna said...

Semoga syahmi cepat sembuh

anyss said...

Assalamualaikum,
Sempatlah qada tidur sat ya...cepat sihat syahmi

Kakcik said...

Semoga Syahmi dah sembuh sepenuhnya...