Thursday, October 17, 2013

Insyirah dan Aidiladha


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidiladha. Perasan tak tahun ini radio H.fm tak pasang pun lagu raya...kenapa ye?

Pada hari sabtu yang lalu adalah hari lahir puteri kita, NorFareena Insyirah yang ke 9 tahun.
Kita perhatikan Syirah ni perangai banyak ikut mummy dia ni, suka berkemas...alih sana...alih sini.
Kalau buat kerja laju saja dan garang pun boleh tahan...hehe. Paling kita suka dia dengan sendiri 
berazam pada hari lahirnya nak baca surah yassin setiap hari. Permintaan dia nak buku surah yassin
yang comel, senang untuk di bawa kemana sahaja terutama kesekolah telah mummy penuhi.



Kita juga merajinkan diri yang malas untuk membuat kek. Inilah hasilnya, buat kek pandai...
bahagian mendeco tu memang tak lulus lagi (kenapa tak pegi belajarkan...hihi~)


Sekejap saja sudah 9 tahun, rasa baru je sambut birthday ke 6 tahun


Itu dia tak cukup krim kiut yang mummy letak di atas kek, budak-budak ni tambah atas
bahagian kek masing-masing, sampai atas pinggan pun...huhu~

Aidiladha pula kami sambut dirumah sendiri. Rasanya di sini lebih meriah kerana dekat dengan
surau, ramai golongan muda dan ada acara qurban 7 ekor lembu pada tahun ini di surau kami. 
Tahun ini juga hanya daging sahaja yang di sedekah pada yang membantu. Semua bahagian 
tulang pula, dimasak sup oleh pihak surau untuk di makan bersama-sama. Alhamdulillah 
merasa makan daging segar dan sup yang sedap, dapat juga dibawa pulang lebihan sup yang 
banyak itu. (naik tekanan darah tinggi weh..hehe)


9 comments:

My Little Diary said...

mcm tak best je raya haji pasang lagu raya...huhu

Dee said...

sejuk perut ibu mengandung..happy birthday darling..

Kakzakie said...

Happy birthday Syira.. Cantik kek mummy buat ye. Nampak sedap juga. Lagi seronok sebab sambut dgn Hari Raya Aidiladha sekali..

Ain Noraini said...

semoga jd ank solehah ye syira...sedap kek mummy buat tu kann...

Rose Azadir said...

Happy belated Birthday...anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

redza said...

slmt hari lahir syirah..semoga jadi anak solehah

LYAfrina said...

salam aidiladha & selamat ulangtahun y ke-9 buat insyirah..moga mbesar bagaikan juara serta bjaya d dunia n akhirat.. amin

gadisBunga™ said...

happpy 9th birthday laling Insyirah!!! muah muah from akak GB. hehehe~

JunAina said...

Aina pun raya kat rumah sendiri je tak ada masak beria2.

Buat Insyirah happy belated bufday moga2 jadi anak yg solehah.