Thursday, October 3, 2013

Honeymoon...


Assalamualaikum wbt,

Sejak awal tahun anak dara kita Farah, sibuk dengan bermacam-macam program sekolah.
Dari kelas tambahan, majlis ilmu anjuran YB, kem motivasi pak anjang dan macam-macam lagi.
Itu belum lagi masuk tuisyen dan sekolah petang pula. Sampai peringkat kita rasakan, terdaya ke
badannya yang kurus tu nak ikuti semua program itu...hehe. Mummy dulu masa nak periksa 
masih bersenang-senang. Tapi dulu lain, sekarang lainkan...tak samakan.

Minggu ini, setelah selesai peperiksaan UPSR dan PSRA (untuk KAFA). Farah sudah boleh
tarik nafas separuh lega ( separuh lagi simpan untuk tunggu result keluar...hehe..). Dia dan 
kawan-kawan sudah pandai buat plan nak keluar jalan-jalan di Alamanda hujung minggu ini.
Mummy izinkan kerana dia sudah penat sebelum ini dengan segala peraturan...no tv, no internet,
banyak no dari yes. Tapi dengan syarat pergi di hantar dan balik di jemput oleh ibu bapa yang
telah bersetuju. Mereka ni pun teruja sangat, sebab tak biasa keluar sendiri. Macam-macam
program telah di atur dari tengok wayang, main boling, baca buku di MPH dan makan disecret recipe takpe bagi can...honeymoon time hehe... 


bawa syahmi ke klinik lg hari ni...luka di mata pula...duhai anak cepatlah besarrRRR...

12 comments:

Hanis Azla said...

As-salam kak ati..

Alhamdulillah.. dah selesai semuanya.. semoga mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya nanti.. skrg mmg bolehlah nak berhoneymoon dulu kan.. anak saya pun dah mula main bola balik kat padang sekarang ni.. honeymoonlah juga tu he..he..

Acik Erna said...

assalam ati..acik dulu..selepas PMR baru noleh keluar ngan kawan2..kalau selepas upsr tu rasa kecik sangat lagi nak lepas he he..boleh jalan2 dengan mak ayah je..he he teruk kan ati

JunAina said...

Anak Aina pun sedang bergumbira kat kampung sebab dah habis UPSR, kat sana tak ada sekolah agama cuma kelas KAFA cam biasa ja.

Penjejak Mimpi said...

Bagus juga tu kak Ati.. sebelum ni kan dowang berhempas pulas berusaha untuk exam, kan? So sekarang ni kasi la can pada dowang untuk berjimba... hehe..

Ain Noraini said...

dah habis peksa yee..semoga dpt keputusan yg cemerlang...

hainom OKje said...

Memang Ati budak budak sekarang ni dah pandai plan mcm mcm....anak okje darjah 4 tu pun dah berangan nk gi JJ ngan jawan dia Ati....nk bergambar instant tu....kelakar!

ummiross said...

hehe..kasi can honeymoon dengan kawan2 kan Ati. Moga semua beroleh kejyaan cemerlang.

redza said...

semoga mendapat keputusan yg cemerlang

Rinna said...

Dah penat belajar kasi laa chance enjoy plak yer.. :)

Kakzakie said...

Kakak setuju Ati. Tak boleh kongkong sangat. Anak sekarang tak boleh samakan dgn kita dulu...

lizz said...

waa bestnyer honeymoon...mesti sroonok farah boleh buat memacam yang dia suka...moga farah berjaya dalam upsr yer...

diana said...

dah besar dah kakak..siap nak keluar jalan2 dah..