Tuesday, October 8, 2013

Hobi


Assalamualaikum wbt,

Ini adalah hobi kita dan sekarang sudah berjangkit pada anak-anak pula. Bila pergi ke tempat 
yang jarang pergi, kita mesti nak beli sesuatu sebagai tanda kenangan. Walaupun bukan 
tempat yang jauh. Contohnya macam kita pergi ke Mid Valley yang 2 tahun sekali baru pergi
tu kan...hehe

Jadi kami pun belilah untuk diri masing-masing tanda kenangan yang murah-murah saja.



Ini mummy punya, berkenan pula lihat cicin nih. Harganya sangat murah kalau dibandingkan 
pada saiznya. Ada petua pengatakan kalau pakai cincin memanjang macam ini, boleh
nampak jari jadi panjang ( ala-ala runcing gitu ) yang penting kita sukaaa sangat...hehe

Farah suka copy paste mummy, dia pilih cincin yang halus saja. Bila kita cakap macam 
cincin tunang, lagi dia suka ( adalah tuh...). Insyirah pula sedang gila mengumpul jam, jadi 
pilihan dia semestinya jam tangan yang berwarna pink lagi. Syahmi pula biasalah, apalagi 
kalau bukan mainan transformers ( sudahlah beli dalam Metrojaya, nasib yang comel saja...huhu~)

Inilah cara kita mengembirakan hati sendiri dan anak-anak. Kerana kami jarang jalan ke 
tempat yang jauh. Selalunya hanya sekitar KLIA dan Nilai, jauh sikit lagi ke Morib atau Bagan
Lalang saja. Biar murah janji ada tanda kenangan dan hati pun gumbira...hehe~



ke MDKL tadi...ada story nanti ...

10 comments:

hainom OKje said...

Tak pernah lagi pakai cincin yg cam tu .... suka gak tengok org pakai...tp tak pernah beli hehe
Cerlah pakai dan snap gambar...nak tengok jadi runcing ke tidak jari tu hehe

effa farhana said...

cantiknya cincin... fa jarang pakai cincin sampai mak mertua bagi cincin dia suruh pakai..katanya bagi berseri sikir jari hehehe...

Penjejak Mimpi said...

Sy setuju dengan kata2 kak Ati. Kadang2 benda tu tak la mahal sangat pun tapi disebabkan kita suka so tak salah kalau kita beli.

Err... betul ke pakai cincin memanjang jari nampak runcing? Nak try la.. tapi nak kena cari cincin macam tu dulu lah nampaknya.. Haha...

ummiross said...

Betul Ati, biar murah asalkan barang tu kegemaran dan menyenangkan hati kita, bila kita kumpul barang yang kita suka, memang rasa puashati kan, ada masa asyik nak belek2 dan senyum sorang2, hehe..ummi pun macam tulah.

JunAina said...

Lepas ni boleh praktikkan cara Ati...menghargai diri sendiri menggembirakan cinta hati sendiri apa salahnya.

Mummydearie said...

Salam,

Tak kiralah barang tu murah atau mahal janji hati berkenan.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Oh tu cincin ke ingatkan brooch hehe

Kakzakie said...

Apa yg penting semuanya gembira dan puashati. Anak-anak kita masih terikat dgn sekolah tak mudah utk berjalan cuti yg panjang dan jauh Ati. Dulu masa belum sekolah bolehlah jalan jauh/cuti lama. Bila dah sekolah tak boleh. Kalau cuti lama pun pergi umrahlah...

Kesuma Angsana said...

wah cantik tu, xpe simpan wat kenang2an kan !

nyanyisunyi said...

Samalah kita Ati..jarang@tak ada jalan2 melancong tempat jauh2..KL Melaka Kl Nilai hehe..

Oklah tu biar kecil tapi ada nilai yg tersendiri..