Monday, October 7, 2013

Cosmic Bowl, Mid Valley


Assalamualaikum wbt,

Hujan lebat sejak sebelum subuh lagi, macam liat je nak bangun pagi ni...hehe

Semalam kami ke Mid Valley, kali terakhir kesini lebih kurang 2 tahun lepas. Inilah tempat
yang kita tak pernah habis pusing lagi sejak dulu. Kami pula jenis kalau tak ada hal, tak perlulah 
nak ke tempat sebegini besar...penat nak berjalan weh! Tujuan kami ke sini hanyalah kerana
hubby ada pertandingan bowling yang dianjurkan tempat kerjanya. 

Pukul 9.45 pagi kami sudah sampai dan itulah waktu yang paling sesuai kalau kawan-kawan
nak datang sebab parking amatlah susah nak dapat kalau datang lewat. Pertandingan bowling
bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Sama seperti 2 tahun sudah, team hubby
tak menang pun, ala hanya nak meriahkan suasana saja. ( camne nak menang, last main
bowling pun 2 tahun lepas gak...huhu )

Lepas tamat pertandingan tu baru kami jalan dalam Mid Valley. Tempat pertama yang kita pergi
mestilah Metrojaya. Kita memang suka sangat Metrojaya tapi tak semua tempat ada Metrojaya.
Banyak barangan perhiasan yang menarik dan baju budak-budak pun cantik-cantik. Hubby 
pula suka kedai hardware yang moden tu, nama lupa pula tapi macam-macam barang menarik ada. 
Supermarket pun menarik juga ada banyak sayuran dan buahan organik yang segar di jual dan 
kedai roti yang jual macam-macam jenis roti dan kek...rambang mata! 

Selepas lunch di McD, kami pun pulang sebab sudah lama sangat nanti harga parking mahal..hihi~
Hubby janji lain kali kita datang lagi sebab masih lagi tak habis pusing Mid Valley. Macam mana nak habis, singgah satu-satu kedai melekat sejam dua...hehe~


Syahmi tukang jaga bola bowling...melekat aje kat tepi ni...senang mummy...hehe


dipenuhi dengan staff2 MO saja...

General Manager, mulakan dulu...tinggi betui mat saleh ni :)

Pada kawan2 baru yg guna 'google+' boleh tak tinggalkan link blog, sebab kita tak dapat
cari blog dari link google+...contoh blogger Neida Ramly, mama leiyna dan lain2 ...TQ

16 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kita pun dah lama tak main boling sejak bersalin last main awal tahun lepas..Eh syahmi ke tu? Cam dah besar je kan, dah takde rambut curly ke?

Acik Erna said...

assalam Ati..akak rasanya last ke midvalley 5 tahun lepas he he.lagi lama kan

JunAina said...

Hari tu pegi jugak main boling kat Berjaya Time Square bukan hebat tapi saja meriahkan susana je...:)

Parking kat shopping kompleks memang menyesakkan dada...lewat susah cari parking pas tu mahalnya bila nak kelaur tu kena bayar.

JunAina said...

Lupa pulak...samalah kita kalau blog guna google+ tu memag tak leh nak access...

redza said...

best tu main bowling

Kakzakie said...

Kakak dah lama benar tak main bowling Ati..

ps: Ati boleh register google+ tapi tak payah publish utk blog macam kakak jadi kalau nak komen boleh...

Rai Ourkizuna said...

hehe..rajin jugak husband kak ati join company event ni kan.. saya mmg fail.. tak pernah pegi.. hahaha.. tak larat nak main sambil berkejaran dgn bebudak ni.. lagi pun bising.. tak sesuai nak bawak budak kecik kan..

best pegi midvalley..tapi tak larat jugak nak meround..haha..

Penjejak Mimpi said...

Kak Ati... lain kali datang Mid Valley roger2 la.. opis cik PM kat sini ajek.. tapi time weekdays la.. time weekend jarang datang opis kecuali ada keje urgent.

Cik PM walau opis kat sini pun tak habis gak ronda2. Kat sini dah 3 tahun tapi masih ada kedai @ butik yang cik PM tak pernah masuk pun.. hehehe...

~ yus ~ said...

besar dah syahmi, lain pula nampak...

apa khabar kak ati..:)

Ann Ishak said...

dah lama jugak tak main bowling ni, sekali sekala syok jugak layan main lagi :)

effa farhana said...

saya pun dah lama x main boling... bukan apa, asal main je kompom masuk longkang.. hehehe dah masuk longkang harus2 la kalah.. so banyak jadi penonton dari main haha

Yunus Badawi said...

Saya suka main bowling kat situ sebab gelap. Jadi org tak nampak muka kita kalau kita baling masuk longkang ..... hehehe

ummiross said...

Ati..ummi nak angkat bola bowling pun tak larat, hehe..

Memang best shopping kat Mid Valley kan Ati, tapi memang tak pernah abih ronda,besar sangat, silap haribulan boleh lupa pintu masuk wing mana,hehe..

ummiross said...

Ati..kuih koci tu ummi order dengan rakan fb ummi kat Cyberjaya,nanti Ati add lah dia ye, boleh tanya macamana nak order.

hainom OKje said...

Beberapa minggu lepas OKje ada gi Mid Valley.... Betul tu Ati nak gi sini kena pagi pagi...kalau tak susah nak cari parking. Okje tak kisah sgt kalau gi ngan hubby...sebab bukan kita yg serabut cari parkingkan so tak kisah le hehe
Kedai hardware tu Ace kan ....Terer tak OKje teka..

Kesuma Angsana said...

amboi hebat berbowling tu !