Friday, October 11, 2013

Bagaikan berpesta


Assalamulaikum wbt,

Semalam line internet ada gangguan, itu pun terasa bagaikan terputus hubungan dengan 
dunia luar..hehe (maklumlah..tinggal pun di pinggir bandarkan...ke luar bandar yek...huhu~)

Tahun lepas pokok mangga di rumah kita, bagaikan merajuk tak mahu berbuah. Tetapi tahun
ini pokok mangga ni macam lepas dendam pula, tak berhenti berbuah dari bulan puasa lagi.
Sudah dibawa balik kampung, beri pada mak, abang dan juga jiran-jiran. Sudah puas dimakan 
dan masih mengeluarkan buah lagi. Pokok mangga yang ditanam di tepi lebihan tanah di hujung
perumahan juga sedang mengeluarkan buah sulong.

Di kawasan itu saja berderet pokok buah-buahan yang kami jiran-jiran satu jalan tanam. 
Pokok-pokok jiran pun turut sama berlumba-lumba mengeluarkan buah. Suasana di sini 
bagaikan pesta buah mangga. Ada pelbagai jenis buah mangga, ada mangga epal, mangga 
yang kecil, yang besar. 

Alhamdulillah, rezeki dari Allah bila berbudi dengan tanah. Tanggungjawab juga haruslah ada,
dimana pokok harus di racun dan letak baja khas untuk pokok mangga sekali-sekala.



Buah mangga pemberian jiran-jiran yang ada macam-macam jenis dan saiz. Ini pun dah 
berapa kali dapat tau, rezeki jangan di tolak...hehe~



Buah mangga sendiri punya. Rasanya lebih seratus biji, pokok ni berbuah. Saiz pokok ini
kecik saja, jenis pokok mangga kahwin kot...hihi~


Esok hari jadi Insyirah...kesian pula kerana ramai kawan2 dia sudah balik kampung

12 comments:

Acik Erna said...

assalam Atie..bestnya dapat makan mangga.akak ni suka sangat makan mangga..mmemang buah yang wajib beli la mangga ni

Puan Ida said...

besnye mangga
terliur sudah
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 1011

Dee said...

mangga..sedapnya..favourite dee ni..hehehe..

farhana effa said...

dah kecur mulut dah nie tengok mangga... pos ckit ckit ati.. hehehe

Eye_nee said...

Sedap nya T..akk kat rumah pokok mangga tak der tp kuah rojak tu sentiasa ada jer....nak kena tanam pokok dulu baru buat kuah cicah nya kan..terliur sudah..

seri.selaseh said...

mmg sedap. Lagi2 kalau dpt cicah kicap + cili padi + gula.

JunAina said...

Kata org tua2 kalau padi menjadi buah akan berkurang kalau buah berkurang padi pulak kaan menjadi...agaknya buah mangga Ati sama jugak le kot sebab padi menjadi tahun ini tapi kan kita mana buat bendang kan Atie? Ahahaaa...

ummiross said...

Alhamdulillah rezeki melimpah ruah, berbudi kepada tanah.
Banyaknya buah mangga tu Ati,macam2 rupa ada.
Tentu tanah kat perumahan Ati tu sesuai untuk pertumbuhan pokok mangga, tanah berpasir ke Ati?

Kakzakie said...

Kakak rasa tahun ini mana-mana meriah dgn manggalah Ati. Pokok yg tak pernah berbuah pun berbuah. Pokok yg selalu berbuah sikit pun lebat. Tempat kerja abang lanskap kan pokok buah so mangga dia bergayutan Ati... org mengidam mangga tak ada masalah tahun ini:)

redza said...

buat colek mangga best ni

montana said...

nyum2..tetiba teringat pokok depan rumah lama dulu

eda_ej said...

dapnye mangga!!!! kalau buah yang tanam sendiri memang rase sedap kan..