Wednesday, October 2, 2013

Artis ialah penyanyi Hazama


Assalamualaikum wbt,

2 tahun kami terputus hubungan kerana kerosakan hand phone yang menyebabkan semua
nombor talifon kawan-kawan hilang termasuklah kawan-kawan maya...huhu. Tapi kerana 
kejadian bekas bos kita (Hussain Najadi) yang mati di bunuh baru ni, kami dapat berhubung semula.

Baru-baru ini kami sekeluarga dijemput ke majlis rumah terbuka dan hari jadi cucu kawan kita tu. 
Majlis ini di adakan hanya untuk saudara mara dan teman rapat sahaja. Kita langsung tak sangka
Hazama ada, yelah diakan popular sekarang mesti sibuk. Tapi dialah yang menjemput masuk
kerumah ketika kami baru tiba, jadi segan pula...terus cakap, mak ada?...hehe...ayat cover line.


bersama kawan lama, kak hasma (mak hazama)


Kak Hasma dan keluarganya masih ramah tamah seperti dahulu walaupun anak dah popular.
Hazama pula jenis kelakar, selamba dan sangat ikhlas melayan peminat terutama kanak-kanak.
Kita dapat rasakan kalau orang yang tak minat dia, boleh jadi minat di sebabkan perangainya
yang merendah diri ini. 

Ketika nak pulang, barulah kami nak bergambar dengan Hazama. Malangnya Hazama sudah 
keluar, apalagi merajuklah Farah yang teruja nak bergambar. Tapi rezeki memang sudah tertulis, 
ketika kami sampai ke kereta, rupanya Hazama sedang melepak dengan kawan di seberang 
jalan. Kita pun dengan muka seposen melambai dengan tangan. Dia terus berlari menyeberang
jalan ke arah kami ( baikkan, kalau dia buat tak nampak pun...boleh aje ).




Insyirah, senyum malu...small size, sampai kena tunduk abang hazama...hihi~


Farah terus tak terkata dan tersipu2 bila hazama pujuk sebab dia merajuk sebelum nih...


Alkisahnya gambar WW pagi tadi ialah ketika sibuk bergambar, si syahmi pun sibuk sama main
belon di tengah jalan raya dan artis yang sayangkan budak-budak ni pun berkejar nak ambil Syahmi...oh..so sweet, kenangan sepanjang zaman tu...hehe~



ini budak yang buli abang hazama...pecah rekod tu...hehe

Terima kasih banyak-banyak Papa, belikan mummy hadiah yg sudah lama ku idamkan...best sangat!!! ^________^

11 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ati...wah!Bergamabr ngan retis tu.baik budaknya ya..walaupon dah popualar tp tak sombong :)

effa farhana said...

salam perkenalan... bestnya dapat jumpa hazama... bagus la dia seorang yang humble.. sejuk hati dgr... follow2 saya ye kat blog saya. tq :)

Dee said...

baguslah kalau maintain humble..jgn sesetengah tu..dah popular lupa diri..suka gak kt hazama ni..berbakat..

Kakzakie said...

Artis yg begini biasa tahan lama Ati..

che mid said...

Laa.. memang lain pun rupanya.. bermisai!

ummiross said...

waa baiknya Hazama, tentu seronok sangat anak-anak Ati kan.

Rai Ourkizuna said...

wahh.. eksaited bebudak ni dpt bergambar dengan hazama.. lepas ni boleh la show off dgn kengkawan sekolah..hahaha

JunAina said...

Aina memang tak kenallah sebab lain sgt bila dia bermisai...

mama lieyna said...

Waah artis yg sempoi..sporting.,. :-)

hainom OKje said...

Lainnya muka Hazama berjambang!.
Kalau okje nk gak bergambar ngan artis bukan anak je hehe...

Dr Singa said...

apesal dah lain nho gropa Hazama..