Thursday, August 1, 2013

Hussain Najadi sudah pergi


Assalamualaikum wbt,

Sebenar sehari sebelum hari lahir kita iaitu pada 29 Julai, ada kejadian yang berlaku.
Kita tak mahu rosakkan mood birthday dengan mencoretkan kisah itu, tetapi sudah berhari-hari
kita asyik terkenang-kenangkan orang itu. Dia bukan penting pun dalam hidup kita,
sebelum ini kita marah pada beliau kerana seperti tidak ada perasaan melayan pekerjanya.

Beliau ialah Hussain Najadi, ex boss kita. Apapun tetap ada kebaikan yang dia buat sebelum
ini yang akan kita kenang selamanya. Pada petang 29 Julai, beliau telah meninggal dunia 
akibat di tembak dari belakang. Cerita tentang arwah tersiar di muka depan kebanyakan surat
khabar kerana dia adalah founder Arab bank (lani Ambank). Kita ada bercerita tentang arwah 
di sini kerana anak kita Insyirah banyak 'kenan' pada arwah. 

Al-fatihah buat arwah.


6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Alfatihah...

Rasp said...

al - fatihah...

ooooo dia ex boss u ek sis...
ofis my hubby dekat sgt dgn tempat kejadian tu...
in fact, my hubby & his colleague dengar bunyi tembakan tu...
bila dia gi jengah kat tingkap...
dia nampak dari atas 'si penembak' tu jalan & naik cab...
dan org kat gerai semua bertempiaran lari...
tapi dia nampak pun dari tingkat 20 gitu...
so memang tak leh nak buat apa2 lah kan..
bila petang kuar kat fb baru lah dia tahu sapa yg kena...

Ati Masrif said...

rasp,

3 tahun kerja dgn dia...ofc dia kat menara haw par
dan dia memang suka drive sendiri walau ada driver dia kan suruh
park kan saja kereta tp kalau pi meeting selalu driver bawa...hairan nape tal ada driver pula..dah ajal kot.
tapi tempat dia kena bunuh tu kita tak tau pula kat mana

Kakzakie said...

Ohh... dia ex-boss Ati kisahnya. Kesian juga sebab cara matinya sangat tragis. Keluarganya lagi sedih sebab perginya tanpa diduga..

Wak Gelas™ said...

negara dh x aman kann.,UHuu

redza said...

dah sampai ajalnya. al-fatihah utk arwah