Monday, May 20, 2013

Tauhu Tersedap!


Assalamualaikum wbt,

Ketika baru berpindah di daerah ini lebih kurang  6 tahun yang lalu. Kita terkena kejutan budaya,
apabila ke pasar. Kerana melihat kebanyakan orang di sini, membeli tauhu dalam kuantiti yang
banyak. Selalunya kita beli tauhu 3 keping saja...hehe~

Lama-lama kita mula terpengaruh nak juga cuba tauhu yang depa suka sangat beli banyak tu.
Sekali rasa, memang terpesona...lembut dan sedap!. Kalau goreng atau di bakar begitu saja
pun dah yummi..yummi. Sekarang ni kalau sesekali ke pasar, mesti 5 ringgit sekali.



Saiznya lebih lebar. Harga 50sen satu. Semasa mengandungkan Syahmi dulu, kita sukaaaaaa
( bacaan 5 harakat tu :) ) sangat makan tauhu ni. Hasilnya lahirlah Syahmi yang putih tu
( puji anak sendiri nampak...huhu~)



Tauhu ni kalau di bakar dan cicah dengan sos...ummmppp sangat sedap. Tapi kita selalunya
masak dengan sayur dan isi banyak-banyak tauhu macam ni. Selalu tauhu yang habis dulu...hehe~

Tak pastilah di tempat lain ada jual juga ke tidak. Jika kebetulan ke pasar Banting, cubalah beli!


Kelebihan berpuasa 1 hari di bulan Rejab- seperti berpuasa 40 tahun dan pendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi. 
Alhamdulillah, selamat berpuasa pada yang berpuasa juga!

15 comments:

redza said...

tauhu bakar cicah sos..perrgghh!!!sedap

Cik Puan Rara said...

rara xsuka mkn tahu.xtau knp.hehe

Dee said...

kalau u pergi indon mesti u suka tauhu kat sana..lebih lembut dan lebih sedap dari tauhu kat malaysia ni..

:: Mrs.Eady :: said...

wahhhh sedap nyer! :)

Aku Ibu Muda said...

my fav ni kak ati! anak2 pon suka kalau buat goreng dgn carrot dan taugeh :)

Kakzakie said...

Kalau kakak suka tauhu sumbat Ati. Makan tauhu aje pun tak apa. Goreng cecah kicap cili pun sedap:)

Acik Erna said...

assalam atie..selalunya kalau makan sayur yang ada tauhu..tauhunya dok tepi..akak tak makan he he..akak cuma makan tahu sumbat..nak kena cuba ni ati

Rai Ourkizuna said...

family saya pun paberet tauhu kak.. makan ngan sambal kicap.. orang johor le katakan..hihi..

Kesuma Angsana said...

Mak KA lah peminat tahu2 ni !

anyss said...

Assalamualaikum,
mmmmm semer tauhu di selangor ni lembut macam tu ya?

Penjejak Mimpi said...

Cik PM pun suka tauhu.. lebih2 lagi kalau dibuat tauhu sumbat. perghhh meleleh air liur ni.. hehe..

Tapi sy biasa buat makan dengan telur rebus dan tambah mayones 1000 island. ala2 salad gitu..

diana said...

kita pun suka tauhu kak ti..hari2 makan tauhu tapi apasal tak putih2 pun..;hehehh

Queenie said...

seminggu akak makan tauhu ni paling kurang 3x! ni mmg fav akak, dan akak ngan tauhu mmg bagai takleh berpisah hahaha....ya, size dia lebih besar sikit...lebih lembut...tp tak sesuai sgt jika dimasak tauhu kukus tu... akak biasanya goreng makan ngan sambal kicap dan goreng campur sayur, lebih sedap dari udang hehehe

tp ada satu lagi tauhu kat melaka, laaaaaaagggiiiiii sedap! dia dah siap bergoreng, kecik jer sizenya, tp sedap kemain besor, satu lagi kat Johor, dia lebar dan nipis sikit, mak aiiii lemaknya atiii....

ntah lah ya naper akak suka tauhu akak pun taktau...

Tihara said...

saya suka tahu sumbat, yum yum..sekali makan 3 ketui, ambik :)

shameel Iskandar said...

lama dah tak mkn tauhu. Tapi dulu2 mmg suka