Wednesday, May 15, 2013

Nasib mereka, nasib kita...belum tahu lagi...


Assalamualaikum wbt,

Seminggu dua ini sangat sibuk menguruskan 2 anak yang demam dan batuk sehinggakan
kena sedut gas. Minggu ini alhamdulillah sudah sihat dan alhamdulillah juga mummy mereka
ini diberikan kesihatan yang baik untuk terus dapat menjaga keluarga yang tercinta.

Minggu ini juga minggu sedih bagi penduduk di kawasan kami ini, terutama bagi kaum
ibu seperti kita ini. Kerana selepas sahaja Hari Ibu yang jatuh pada hari ahad, pada hari 
isnin seorang jiran yang telah lama menderita barah payudara meninggal dunia. Lebih
menyedihkan lagi keadaannya sebelum meninggal yang sedikit terbiar. Wallahualam, apa
yang dapat kita katakan pada diri sendiri ialah didiklah anak-anak mencintai agama kerana
pada waktu-waktu seperti inilah kita akan dapat lihat hasilnya.

Pada malam tadi pula seorang lagi jiran, meninggal dunia kerana sakit yang sama juga. Tetapi
cikgu ini menderita tak lama cuma lambat tahu tentang penyakit ini. Arwah sempat menunaikan
haji tahun lepas dan sebaik pulang dari mekah, arwah dinasihatkan berbaring sahaja. Sedih pula mengenangkan nasib anak-anaknya yang masih kecil kerana arwah baru berusia 30an.

Lebih menyedihkan lagi kita tak dapat nak melawat jenazah kerana arwah kak farida terus
di bawa pulang ke rumah ibunya dan arwah cikgu pula, sebaik saja kita tahu pagi ini van jenazah
sudah hendak bertolak ke Muar. Al-fatihah buat arwah, semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar r.a:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."


Telah bersabda Rasulullah saw:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."

22 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

al-fatihah..

kakngah said...

Innalillah..

kwn sebaya kakngah dikesan ada barah payudara. dah stage 2. takde sakit takde apa. tetiba ada dah bejolan. alhamdulillah, sudah menjalani pembedahan bulan lepas.

ummiross said...

Salam Ati..


إنا لله وإنا إليه راجعون

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.
Memang bila orang yang kita kenali meninggal, rasa bagai terkedu seketika, sayunya berhari-hari terasa.

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Daddy Ziyyad said...

Al Fatihah buat jiran2 kak ati yg telah pergi...Kita yg masih hidup ni, kena la bersedia...

anyss said...

Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

terima kasih dgn perkongsian di atas.

anaa said...

ajal maut hanya Allah yang tahu... semoga roh kita diambil dalam keadaan husnul khotimahh.. amiinn..

JunAina said...

Al-fatihah...semoga Allah mempermudahkan urusan mereka di sana.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Al-fatihah utk jiran Ati yg telah kembali ke rahmatulah,semoga mereka ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.

eLL said...

al fatihah...

diana said...

Al-fatihah..takziah untuk kak Ati dan kawan2 yang lain..

kasihredha said...

Al fatihah Unk jiran atie
Semoga anak2 atie Cepat sembuh

mak encik | SZ said...

salam kak ati,
Alfatihah kepada yang telah pergi menemui penciptaNya ... kita pun kena sentiasa bersedia tak kira umur tua ke muda sekarang ni ... huhuhuhu

Kesuma Angsana said...

Slam takziah & alfatihah

makchaq said...

Alhamdulillah anak2 dah sihat..

Semoga roh kawan2 Ati ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

Sedih sangat bila ibu meninggalkan anak yang masih kecik.. semoga anak2 yg ditinggal terbela nasibnya dan mendapat kasih sayang yang melimpah ruah..

Rai Ourkizuna said...

semoga roh mereka ditempatkan bersama orang orang yang beriman..

Acik Erna said...

AlFatihah..kita pun terasa bila jiran kan ati

pipoq said...

kematian itu satu peringatan bagi yang masih hidup..

mudah-mudahan roh mereka dirahmati ALLAH..

Dee said...

al-fatihah buat mereka berdua...

mati itu pastikan kak..cara kita pergi je kita tak tau camana..

suri solehah said...

alfatihah..ati..sebut kata anak kecik tu..mcm terbayang2 la..selalu fikir mcmanalah kalau hanya bapa yg mengurus anak2..moga hidup mereka terbela.

*SiRibenMerah said...

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita..

family saya ada history kanser.. tapi yg nampak terkesan adalah kakak saya.. cuma semua jenis penyakit x sama..
saya? wallahualam.. redha jika saya turut terjebak dalam senarai pesakit itu.. *metaliti prepare*

Kakzakie said...

Begitulah putaran kehidupan Ati. Apa yg kita tanam itulah yg kita tuai. Kalau iman tidak dibaja sedari kecik jgn menyesal dihari tuanya

Iman tak boleh diwarisi tapi boleh dibajai...