Friday, May 17, 2013

KASIH SAYANG


Assalamualaikum wbt,

Bagi kebanyakan sekolah, peperiksaan pertengahan tahun sudah bermula minggu ini. Begitu 
juga buat 2 anak dara kita, Farah dan Insyirah. Seperti biasa, mummy pun akan sibuk jadi 
guru di rumah. Ulangkaji pelajaran setakat sekolah rendah, bolehlah lagi bagi mummy ni..hihi~

Tapi macam mana nak ulangkaji bagi murid tadika pula. Kerana mulai hari ini tadika Syahmi
mula periksa juga. Pening kepala bila melihat jadualnya ni.



Tak sangka pula budak umur 5 tahun pun ada peperiksaan. Kerana sebelum ini semua anak-anak 
kita hanya mula belajar di tadika pada usia 6 tahun. Tawakal sajalah nampaknya, kerana mummy
hanya harapkan Syahmi pandai membaca dulu untuk tahun ini.

Selamat berjaya buat bucuk mummy Syahmi. Insyirah dan Farah pun kena berusaha sungguh-sungguh tau. Ingat papa dah janji kalau nombor 3 keatas, pasang aircond dalam bilik...hehe~


Kuasa yang paling besar dalam dunia ini ialah KASIH SAYANG! ^_______~

13 comments:

Dr Singa said...

ada yang anak 5 tahun pun dah hantar tuition...

JunAina said...

Aina dulu anak yang kecik hantar tadika umur 5 tahun masa last day umur 6 tahun tadika yg sama guru yg sama dia kata kat Aina "Nasib baik le ko hantar masa umur dia 5 tahun, mula2 dulu pegang pensel macam nak bunuh orang". Budak kecik ni memang tak minat belajar.

Buat anak2 ati selamat berjuang, mummy rajin tengok2 anak belajar.

Tihara said...

insha Allah moga dimudahkan urusan anak2 ni :)

Kakzakie said...

Tapi kalau tadika anak kakak (PASTI) memang dari umur 4-5 tahun dah ada periksa Ati. Biasa 4-5 tahun sama.. 6 tahun baru tak sama.

Dee said...

anak2 dee pun tengah exam..tapi tulah si kecik fifi tu kena measles pulak..so, 3 hari dah tak gi sekolah..

mimi new system, so xde exam..cuma periksa kat sekolah agama je..

pipoq said...

sy dulu masa tadika pun ada xm jugak..

diana said...

dulu saya tadika pun tak pi..heheh

ummiross said...

Salam ati..

Moga Allah permudahkan bagi anak2 Ati, moga mendapat pencapaian yang cemerlang,amin2x.

Daddy Ziyyad said...

seriusnya tadika Syahmi? siap exam macam tu...hahaha...ziyyad takde exam ..;)

semoga anak anak kak ati cemerlang dlm exam masing2 ;)

Kesuma Angsana said...

gd luck untuk anak2. Anak2 KA pun exam minggu ni

Rinna said...

Hari ni pun sekolah anak dah start pereksa hingga hari khamis depan.. Moga success yer..

MulutPayau said...

semoga mndapat keputusan yg cemerlang....

jeBateja said...

anak kawe dlm mood exam....sibuk dia ulangkaji....tadika jer pung...ahakz