Thursday, May 16, 2013

Bisnes lumayan semalam


Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu. Jika 2-3 tahun yang lalu, ramai juga guru yang aktif
berblog. Tapi tahun ini sudah makin kurang yang kita tahu hanya Suri Solehah.

Jalan nak masuk ke kawasan kedai-kedai menjual hadiah jem, parking penuh. Dalam kedai
pula padat dengan orang ramai. Semuanya sibuk nak beli hadiah untuk guru anak masing-masing. Papa pesan...next time, beli seminggu sebelum tahu!.



Jam 5.40 pagi mummy sudah mula balut hadiah. Tadika syahmi pun ada sambutan 
hari guru hari ini dan syahmi beli 2 hadian untuk cikgu.



Hadiah farah untuk cikgu SK dan KAFA. Nasib baik sekarang kedai-kedai menjual hadiah
ada banyak pilihan dan murah.



Syirah punya. Ada seorang kakak tu tegur...anak ramai ke?. Bila dia tengok dalam
bakul penuh hadiah...hihi~




Nak selit juga gambar kenangan kita mengundi buat kali yang pertama. Walau lenguh 
kaki mokcik beratur panjanggggg...huhu~



Nampak tu punyalah panjang, tempat mengundi kat banggunan sebelah hujung nun.
Lucu bila setiap orang yang baru datang, mesti mengeluh bila tengok barisan nun ke
sayup bintang....hehe~


Bucuk syahmi nak sengih juga walaupun tengah sukar nak bernafas...ala cayang mummy!



16 comments:

Dr Singa said...

saya dah beli hadiah sebulan dulu!!

Acik Erna said...

assalam Ati..zaman akak bungkus hadiah yang banyak dihari guru dah berlalu he he..tinggal aimi sorang sekolah..dia beli sendiri

Daddy Ziyyad said...

hadiah hari guru anak saya, tak beli pun...mommy nya buat macaron, bagi kat cikgu takdika...kikikiki

kakngah said...

lama tak tgk syahmi. hilang dah rambut curly fries dia tu..

JunAina said...

Aina tahun ni anak masing2 diam je, adik langsung tak ambik peduli hari cikgu ke apa ke yg dia tahu buat hal sendiri je pening kepala mak, abang dah besar pandai2 dia lah. Rasanya beli coklat kot bagi cikgu dia.

diana said...

hadiah sekarang murah2 ..tu sebab boleh beli..kan??kita kecik2 dulu mampu bagi pen je..tak pun buku nota yang comel2 tu..

Dee said...

dee tak beli pun lagi sbb sambutan hari guru bukan hari ni kat sekolah anak2..masih ada masa..hehehe..

Hanis Azla said...

Salam kak ati..

lumayan ya.. banyak hadiahnya.. tapi setahun sekali untuk meraikan para guru apa salahnya kan kak..

azian said...

eh syahmi....mcm dah lain jek muke...makin hensem laa awak....bagusnyaa laa cikgu syahmi dpt hadiah ek...untonggg laa....kikikiki

redza said...

banyaknya hadiah nak kasi kat cikgu

pipoq said...

hari ni balik dari sekolah penuh tangan dengan hadiah dari anak-anak murid..hehehe

Ati Masrif said...

lupa pulak PIPOQ pun seorang guru juga :)

AZIAN pun guru tapi guru utk orang besar...hehe

selamat hari guru ye buat kalian

ummiross said...

Salam Ati..

Ooh sampai sesak kedai souvenir ye Ati. Alhamdulillah, hadiah tanda ingatan anak murid pada gurunya.

Seronok pengalaman mengundi kan Ati.

Kakzakie said...

Betul Ati bila tiba Hari Guru banyak kedai meraih keuntungan sebab berapa ramai murid yg membeli hadiah. Kalau sorang beli 3-4 hadiah jgn kira banyaklah... dah beribu-ribu jadinya.

Kesuma Angsana said...

hehehe seronoklah cikgu2 yer

MulutPayau said...

bnyaknya hadiah....
tentu seronok ckgu yg mnerima...