Thursday, May 2, 2013

Austin Steakhouse Bangi


Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kepada semua teman-teman yang mengucapkan kata selamat sempena anniversary
kita last monday...love you all....muuuahhh!

Tergoda dengan entry Hanis Azla tentang makan di Austin Steakhouse menarik dan murah. Kebetulan 
pula hubby nak belanja makan sempena anniversary, kita pun cadangkan ke sana.




Malam tadi kami pun dinner di Bangi. Senang pula cari tempat ini, selalunya kalau ke Bangi saja mesti tersesat...hehehe~



Bila tahu dalam Austin Steakhouse decoration ala cowboy, Syahmi pun sudah siap pakai topi cowboy....asyik lari sana sini sambil sebut...yeehaaa!. Spaghetti untuk cowboy bucuk ni...sedap 
sosnya dan banyak.


Syirah makan chicken chop pun sedap dan banyak, sampai terlebih banyak. Jadi papalah
yang kena habiskan.


Farah ambil chicken golden, macam chicken chop tapi dalam isi ayam tu ada cheese. Sos pula masam dan pedas. Sedap dan banyak juga.


Ini mummy punya, Sizzling steak. Punyalah banyak asap sampai Syahmi kipas dengan topi cowboy dia...hehehe. Sedap!


Papa punya Black paper steak. Komen dia, steaknya sikit je tak cukup untuk saiz perut papa yang dah tukar XL tu...huhuhu~. Tapi kalau bandingkan harga steak yang tebal, kita boleh order steak ini 3-4 kali ganda tau.

Keseluruhan makanan dan harga di tempat ini sangat berpatutan kerana ini taraf restoran tapi
harga macam harga di kedai biasa. Ada juga makanan yang rasanya lebih murah dari kedai biasa
Contohnya chicken chop hanya rm8.90 kalau di kedai biasa pun lebih rm10.00. Spaghetti hanya
rm 6.90 kalau kedai biasa pun rm10.00

Air pula sangat murah dengan saiz gelas besar (contoh kat gambar farah tu) jus tembikai hanya 
rm3.00. Milo syahmi hanya rm2.00 selalunya habis tapi malam tadi berbaki separuh. Kita cuba jus
apple bersama asamboi...wow sedap!. Harga semua 5 makanan bersama 5 air gelas besar dan semangkuk kentang goreng hanya rm70.00...murahkan. 

Alamat :
55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1
Taman Kajang Impian,Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Terima kasih papa, belanja kami makan ... ^_____~

21 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ramai ckp sedapppppp :)

Acik Erna said...

Assalam ati..akak pun teringin la pulak bila tengok gambar mkanan ni..

Rai Ourkizuna said...

macam nmenjilat skrin saya tgk steak tu kak..hahaha..

Dr Singa said...

begitu omputehs!!

:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ati..walaupon dah trlewat nak gak wish HAPPY ANNIVERSARY ya..semoga terus kejal dan bahgia.Aamiin

atty's said...

Walaupun agak lambat..nak jugak wish happy anniversary,semoga kalian bahagia selama2nya.amin.

dekat sgt ngn umah aty ..dlm 10min nak ke situ

jeBateja said...

kawe ponah poei sini...hantau tempahan Apam Pelangi kat tokeh dio....ahakz

ummiross said...

Atie.. ummi pun tergoda baca n3 Hanis hari tu, ni baca n3 Atie pula, lagilah teringin nak pergi, hehe..

JunAina said...

Hari tu Fea hari ni Ati pulak harus Aina terjah jugak nih. Tunggu dak pompuan kat Perlis balik boleh le maam belanja makan kat situ.

che mid said...

Puas hati bila dapat makan steak yang murah dan sedap..

Kakzakie said...

Makan-makan sempena anniversary lain seronok dan sedapnya Ati:)

Kalau 70 ringgit memang murah benar tu Ati..

diana said...

dah le sedap,banyak pulak..berbaloi la ...

Cik Puan Rara said...

murah dan tgk gambar pon nmpk sedap.best nya!

Azian Elias said...

selalunya akak di shah alam ni, austin chase.. westtern food lahh..

faraherda.razalan said...

Amboi, menariknya kak.

Anniversary akak sehari awal dr sy! Happy anniversary kak! Moga bahagia selalu!

Ujie said...

Mmg murah tu...boleh la saya try ke sana nnti.

pipoq said...

hmmm..sekali makan RM70 ok la..kalo tiap hari, bengkok jugak dibuatnya..

tapi memang puas kalau dapat makan sama anak-anak sekeluarga masa menyambut apa pun biar berapa banyak pun nak kena keluar ongkosnya..

Hanis Azla said...

Salam kak ati..

happy annivesary ya.. Alhamdulillah dapat share tempat makan yang best.. yg penting harga berpatutan.. sangat berbaloi kan..

Daddy Ziyyad said...

okeh...

kat blog Hanis Azla kata sedap & murah..kat sini pun, sama..sedap & murah...Saya kena try!!!1 :)

Kesuma Angsana said...

wah menarik ni !

nabilah_2908 said...

telan air liur tengok gambar2 makanan ni.. :)