Monday, April 29, 2013

Ulang Tahun Pernikahan


Assalamualaikum wbt,

Ntah kenapa semalam dan hari ini, mood betul-betul merundum, haii..hormon kot! hormon tua...huhu

Tak mau layanlah mood tak best ni kerana hari ini belas tahun yang lalu adalah hari 
pernikahan kami. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Tiada lain yang di pohon di usia begini
 "semoga menperolehi rumahtangga yang sakinah dan dilimpahi mawaddah warohmah
 (cinta dan kasih sayang) dariNYA...amin!!". 




Layan gambar lama ni boleh buat senyum sendiri...perasan mudo dan slim lagi lah tu...hehehe



PETUA ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI (copy dari blog Zuraidah)

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang- kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana atau menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur

. 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam- salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri iaitu:




masih belajar dan akan terus belajar ....  

25 comments:

pipoq said...

alam rumahtangga ni memang kena sentiasa hari-hari ada checklist..

Kakcik said...

Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan, Ati. Semoga kekal berbahagia selamanya. :)

:: Mrs.Eady :: said...

selamat ulangtahun perkahwinan :) semoga kekal sehingga ke jannahNya, amin!~

Kakzakie said...

Selamat ulangtahun perkahwinan ati. Pejam-celik-pejam-celik anak-anak pun dah besar kan..

redza said...

selamat menyambut ulang tahun perkahwinan!

Irfa said...

moga mahligai cinta kamu berdua diberkati Allah hingga hujung nyawa ;)

jeBateja said...

Suami isteri...sering melengkapi....kurang 1...kelebihan u...kelebihan i..kekurangan u....di satukan..sempurna...

Acik Erna said...

amiin..selmat ulangtahun perkahwenan ati

Rinna said...

selamat ulangtahun perkahwinan.. Atie.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. :)

mummy_ayu said...

selamat ulangtahun perkahwinan!! semoga terus bahagia selamanya...

Daddy Ziyyad said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)
Moga berbahagia hingga ke syurga..Insya Allah

Tihara said...

Yang penting, bila suami redho,Allah pun redho..aminn :)

selamat ulangtahun pernikahan :)

ummiross said...

happy anniversarry Ati, moga kekal bahagia hingga ke syurga.

Dee said...

happy anniversary sis..moga berbahagia hingga ke hujung nyawa..

Rai Ourkizuna said...

alhamdulillah..happy anniversary kak.. moga kekal bahagia sentiasa..

Queenie said...

happy anniversary mucuk...moga hidup kalian bertambah berseri2...

gadisBunga™ said...

happy anniversary kak ati!!! Petua rumahtangga tuh sweet. Tak sabo saya nak praktik! Hahahaah!

~ yus ~ said...

Selamat ulangtahun perkahwinan ya kak. Tak sangka sama tarikh dengan kak Ati rupanya...hihi.

Gi celebrate kat mana tu kak? Yus tahun ni takde celebration nampaknya suami OS nun jauh di bumi Jepang....huhu.

azian said...

kak ati...
selamat ulantahun perkahwinan ye...
thanks share petua/tips nih...tp kan, kekdg tu nk g kerja mcm lupe lak nk salam tangan hubby kak...kikikiki....

mak encik | SZ said...

alhamdulillah,
tahniah kak ati yg comel, masih muda dan slim lagi tu ...

semoga ikatan rumahtangga k ati & suami sentiasa diberkati Allah sehingga ke syurga :)

Kesuma Angsana said...

slmt ulang tahun perkahwinan yer !

asliner said...

yup.temani pasangan. especially time makan. kite tengok mak kita gigih teman ayh makan. walaupun die tak dapat nak teman, die akn suruh anak2 dia makan sama dengan ayh. :)

p/s: selamat ulang tahun perkahwinan buat kak ati :) semoga sentiada dilindungi dan diberkati rumahtangga. amin.

kasihredha said...

Semoga bahgia hingga akhir hayat

suri solehah said...

ati walaupun dah terlewat dua hari..kita masih nak ucapkan..tahniah atas ulangtahun ni..moga hidup ati sekeluarga sentiasa dalam keberkatan..

nabilah_2908 said...

happy anniversary kak..moga hubungan akak dan suami kekal hingga ke syurga.. ;)