Friday, April 26, 2013

Rezeki mereka dan rezeki kami


Assalamualaikum,

Bangun seawal 4.45 pagi dengan tujuan nak masak meehoon goreng untuk anak kita Syirah.
Gurunya di sekolah buat sambutan hari jadi setiap 3 bulan sekali untuk semua anak-anak murid 
yang sambut hari jadi dalam 3 bulan ini. 

Fikir nak masak meehoon goreng apa ye? em..masak meehoon goreng putih campur lada
hitam sikit, letak isi ayam dan sayuran. Takut budak-budak darjah 3 ni, tak kuat makan pedas.
Hampir sejam baru siap ( lambatnya buat kerja..huhu ) kan baru bangun tidur slowlah sikit...alasan..hihi~
Rezeki yang hendak di kongsi bersama budak-budak di sekolah ni rasa seronok dan semangat lain macam!.

Bila tengahari Syirah balik dari sekolah. Bawa balik macam-macam makanan dari sekolah pula.
Ada pisang, apam polkodot, ayam goreng, biskut dan jajan. Alhamdulillah...hari Jumaat yang 
mulia, rezeki untuk kami di rumah pula.


Cuti hujung minggu kami hanya di rumah. Papa kerja selain farah sibuk dgn kelas tambahan pada hari sabtu dan bengkel motivasi pada hari ahad.

11 comments:

Kakzakie said...

Itulah Ati kadang Allah bagi balasan cash. Kita bagi sikit banyak yg kita dapat balik..

Ujie said...

Bagus cikgu buat gitu. Bdk rasa dihargai, semangat ke sekolah pun tinggi.

Rinna said...

penat memasak..dibalas plak dengan macam2 juadahkan.. :)

diana said...

untung2...
sedap nya bihun singapore..
saya pun suka..

che mid said...

Syirah tentu bangga bawa mee hoon ibu masak.. tentu the best mee hoon in the world kan..

gadisBunga™ said...

tulah hikmah memberi. saya selalu merasa yang sama juga. hihihi~

asliner said...

itulah orang kata lebih baik memberi daripada menerima :)

nabilah_2908 said...

rasanya dah lama tak makan mee hoon putih ni...teringin la pula.. :)

ummiross said...

Alhamdulillah, kita bagi satu dan dapat berbagai kuih lain untuk dirasa. Begitulah Allah mengaturkan rezeki untuk kita kan Ati.

Aishah Jahirah said...

rezeki.....kita bagi banyak lg kita dpt...

Kesuma Angsana said...

rezeki berkat bila dikongsi !