Friday, April 19, 2013

Petang Khamis Di Pantai Morib


Assalamualaikum wbt,

Sudah 2 minggu papa sibuk dan tak dapat cuti pada hujung minggu. Minggu ini cuti hari
Khamis pula. Semalam papa ajak ke pantai Morib, bagaikan orang mengantuk, disorongkan
bantal lah hamba. Rindu sangat dengan bau laut tu...



Farah dan Syirah, mummy bagi cuti sekolah agama. Sudah 2 minggu duduk di rumah saja. 
Asyik suruh belajar saja...kesian pula!



Syahmi macam mummy juga sangat sukakan pantai dan laut. Baru sampai rumah, malam tadi 
sudah bertanya .... bila kita nak pergi beach lagi ? Aduhai anakku kalaulah rumah kita tu depan pantaikan...hihi~



Hari Khamis kan...kurang sangat orang. Tapi best juga.... pantai ini ana yang punya...hahaha!



Aman, damai, tenang dan bahagia sangat menikmati ciptaan Allah yang maha Esa...




Heppp....jangan kacau mummy dan papa berdating...hihi. Kita kalau mengadap laut, tak ingat lain dah.


Berangan nak bawa papa dan anak2 ke pulau Tioman suatu hari nanti...insyaAllah! Lama sangat tak ke sana...rindu! ^_____~

16 comments:

Dr Singa said...

pasir kat situ halussss sangat kan!!

Nurulhuda Abdul Latip said...

Rindunya kat pantai morib..lama sangat tak pergi sana..kita pun suka pantai tau kak

anitaare said...

uik..jarang2 org gi pantai hari2 biasa ni kan..best jugak tak de lah ramai org kan..
"pantai ini ana yg punya"..kita suka..kita suka :)

che mid said...

Che Mid pernah jadi orang Banting sekejap.. hujung minggu je carik pantai.. tapi tu air tengah surut kan..jauh melaut!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lama akak tak ke Morib.. ke Tioman lagilah tak pernah.. hehe..

NM02 said...

tioman kak??? pergghhhh..... air laut dia cantek kan....

kasihredha said...

Salam ati laling

Nak dating juga :)

Sesekali mmg Kena dating juga kan ati.
Wahhh shahmi dah besar dah lain sikit rupanya.

Tihara said...

bestnya jalan2 ke pantai...saya dah lama tak bau laut dan tak denganr ombak menghempas..best nye lah ka..

nak pegi tioman ey, best nye :)

JaSSNaNi said...

wahhh bestnye dating..
mmg tak nampak ramai kat sana.. syok meneroka pantai sendiri kan.. anak2 pun bebas..

Kakzakie said...

Kalau pergi hari org bekerja/sekolah memanglah pantai tu macam kita yg punya Ati. Seronoklah anak-anak main pantai...

ummiross said...

Suka tengok gambar yang last tu, bersahaja tapi romantik merenung laut bersama.

Kesuma Angsana said...

dulu2 masa pernah tinggal di daerah sepang, selalu ke sini. Lama x pegi dah pantai morib ni! puluha taun kot hehehe

pipoq said...

lama dah tak gi lepak tepi laut..tunggu la cuti sekolah tengah tahun nanti kot planning nak gi laut..

faraherda.razalan said...

Amboi kak...bestnya santai2 mcm ni kat tepi laut nun.....

Rasp said...

tenang jer suasana kat tepi pantai kan sis...best!

asliner said...

ala, jeles kite..
dah lama kite tak gi pantai..
las gi pun kat PD sebab ada hari keluarga kat sana..
tapi mslahnye tak sempat nak menyinggah pantai kat belakang tue..
sempat main dekat swimming pool je..hehe