Friday, April 19, 2013

Panas...Panas!!


Assalamualaikum wbt,

Sejak akhir-akhir ini cuaca amatlah panas. Kepanasan ini menyebabkan kita rasa tidak selesa dan harus mandi tiga ke empat kali sehari. Anak-anak pula selalu naik ruam di badan. Semua orang keluh kesah sentiasa

Tetapi suhu panas di bumi kini hanyalah sedikit cuma kerana...

Rasulullah SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan kepadaku sifat Neraka Jahannam".

Jawab Jibrail: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,
sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun
sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Allah akbar. Gerun rasanya.

13 comments:

Queenie said...

tempat akak ni, baru 3 minit hujan turun...yeayyy Alhamdulillah..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Ati,

Semoga kepanasan ni cepat berlalu. Di area rumah kak ani ni, asal petang mendung, tapi tak hujanm agaknya hujan lari ke tempat lain.

~ yus ~ said...

memang sekarang ni panas kan kak Ati. Bilik yus pukul 8 malam ke mula pasang aircond sampai ke pagi, anak2 duduk dalam tu je, tak mahu keluar...huhu..

Acik Erna said...

Assalam Ati..tu sebab acik cuba bertahan..tak mau sebut sangat..tapi hari ni hujan turun dipetang hari..Alhamdulillah

Cik Tia said...

dekat sini pun sama kak ..

Dr Singa said...

kat KL ujannnn

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

jeBateja said...

sebesar lubang jarum jerk......pehhhh....dok bayangkan api jadi hitam......

faraherda.razalan said...

Xpe kak....tak la pns sgt pun. Walau tetiap mlm, badan melekit. Tp, redha jelah. Heheheh....

diana said...

sama la kakti dengan tempat saya nih..anak2 haqri2 tak berbaju..siang malam pakai seluar pendek je..

ummiross said...

Salam ati..

Gementar bila memikirkan dahsyatnya kepanasan neraka jahannam. Moga Allah melindungi kita semua.

Hanis Azla said...

Salam kak ati..

subhanallah.. panasnya neraka.. semoga kita semua dijauhkan dari menjadi ahli neraka.. insyaAllah..

wahida said...

mmg musim panas...tapi petang2 kat sini hujan pulak...