Tuesday, April 23, 2013

Bertemu Ustazah Norhafizah Musa


Assalamualaikum wbt,

Rezeki dapat mengikuti majlis ilmu Ustazah terjadi pada 30 Januari 2013. Ingin juga dikongsikan
di blog kesayangan hamba untuk kenang-kenangan. 

Kita dan teman-teman sejiran telah di undang oleh rakan yang selalu mengikuti kelas agama di Putrajaya.
Perasaan sangat teruja bila di beritahu yang akan memberi ceramah itu ialah Ustazah yang sangat
kita sanjungi dan minati. Kita pendengar setia program usrati yang ke udara di IKIM FM, setiap  hari 
Jumaat jam 10.15pagi.

Program ceramah ini di adakan secara tertutup di banglo seorang Datin yang baik hati (nama dah lupalah). Alhamdulillah, kita lihat ramai wanita dan datin-datin yang sangat dahagakan ilmu. 
Setiap ruang sudah penuh, sehingga terpaksa duduk tersepit. Datin-datin pun ramai dah bertudung
walaupun baju tetap lip-lap..lip-lap...hehehe




Debaran dalam menunggu Ustazah Norhafizah, jantung dup-dap..dup-dap... (perasaan teruja tu kalah
semasa 1st time jumpa Anita Sarawak...ahak!) Orangnya comel dan suka senyum. Ceramahnya sarat 
dengan ilmu. Pendek kata tak jemu, ada yang serius, ada yang buat kita akan sama-sama menangis bersama ustazah dan ada juga gelak ketawa. Sekejap sangat 1 jam itu berlalu.



Ramai kata rupa kami macam adik-beradik....apa lagi kembanglah mokcik...huhuhu~
Gambar ini di ambil setelah puas kita mengejar Ustazah, ingatkan dia dah nak balik rupanya
nak pergi tandas...heee~






3 kali salam, kali pertama dan kedua dapat salam je sebab ramai sangat nak bersalam. Kali ke-3
baru Ustazah sempat peluk dan cium pipi (kemaruk betui ...ishh..bukan ambik berkat...hehe~)


frekuensi IKIM FM di lembah klang 91.5 sarat dengan ilmu  ^_______^

14 comments:

Kakzakie said...

Selalu dengar suara bila bertemu mestilah teruja kan Ati.

IKIM JB frekuensinya 106.2

abdullah al-hadi hj muhamed said...

Salam,
Kalau ada kesempatan, nak jemput Ustazah ni datang ke Musollah Ehsan.

p/s. Saya dan isteri mengalu2kan Ati ke ME ....

kasihredha said...

Salam ati cayang
Mcm adik Dan Kakak...
Bestnya dpt berjumpa dgn ustazah

azian said...

comel laa ustazah nih...kak ati pun comel gak...hihi

Acik Erna said...

akak pun suka dengar suara dia yang lemah lembut tu

:: Mrs.Eady :: said...

sweets!~

Penjejak Mimpi said...

Kak Ati, sy pon pernah face to face dengan ustazah Norhafizah Musa atau Ustazah Kak Cik ni. Masa tu ada program kat JKR.
Memang best betul dapat bertemu ustazah dan mendengar tazkirahnya.
Orangnya lemah lembut.. suka senyum.. bila berceramah tu ada selang seli dengan lawak juga.. :)

Kesuma Angsana said...

amboi seronoklah yer !

jeBateja said...

baguih tul hang....meluangkan masa sempena majlis ilmu.......

asliner said...

untungnye akk dapat jumpe die depan2..
kite pernah jumpe dia depan paper je..hihi
alhamdulillah,semoga ilmu yang akk dapat,dapat dimanfaatkan.

diana said...

mentor kat Ati la ni ye...:)

Hanis Azla said...

Salam Kak Ati..

Alhamdulillah dapat join majlis ilmu.. saya pun suka dgr ceramah dari ustazah tu.. sangat lembut bicaranya.. tenang sangat air mukanya.. betullah kak, akak dgn ustazah tu mcm adik beradik.. sama cantik dan sama comel..

qemaishak said...

sejuk mata nengoknya..akak pun apa kurang macam mak datin dah tu anggun & manis :)

ummiross said...

bestnya Atie, suka ceramah ustazah ni, tutur katanya pun lembut berhemah. Ummi pun kat Putrajaya,belum kenal ramai orang, bestnya kalau dapat join juga.