Friday, October 18, 2013

Terkejut bila mengetahui dia telah tiada ...


Assalamualaikum wbt,

Ntah kenapa semalam sewaktu kita mencari seorang kawan di dalam friend list di FB kita.
Tiba-tiba terpandang nama seorang kawan yang lama sepi tanpa berita, perasaan nak tahu
apa khabar beliau. Bila masuk ke dalam FBnya, alangkah terkejutnya kita, bila terbaca 
status di FB nya... 
wat sume rakan2 RAZALI ISMAIL telah pulang ke rahmatullah pada 3.3.2012 jam 3.45 pagi..Mohon pada
sesiapa yg mengenali beliau sedekahkan al-fatihah untuk beliau..moga beliau tenang di sana...maafkan lah
beliau sekiranya ade terkasar bahasa atau terkecil hati...mohon di ampunkan....sebarang pertanyaan sila
cari saya di Mieya Yurie Yuri..(ain)

Maha suci Allah yang mencipta kejadian di langit dan di bumi. Jika ajal sudah tiba tidak lambat 
atau cepat walau sesaat. Ya Allah, hampir 2 tahun baru kita tahu. Kali terakhir kita dan suami
bertemu beliau di tempat arwah bertugas di hotel Equatorial Melaka pada akhir tahun 2011. Setiap 
tahun kami mesti pergi bercuti di Melaka (sebab anak2 suka Melaka), selalu cakap pada diri 
sendiri "zali tengah kerja kat situ...tak maulah kacau dia!". Rupanya arwah telah tiada di dunia ini lagi.

Ini surat doktor yg arwah upload di FB, tak tahu penyakit apa...hanya doktor yg boleh baca tulisan doktor.
Gambar arwah letak di FB  statusnya "alhamdulillah dah sihat selepas hari ke32" pada 12 feb 2012, 18 hari sebelum arwah kembali ke rahmatullah. Susut betul badan arwah, masih menjadi tanda tanya kita...apakah penyakit arwah? 


Mengenali arwah ketika kita bekerja di Crown Princess hotel. Seorang yang ceria, baik hati, pentingkan keluarga dan sangat sayangkan ibunya. Kerana sifat itulah arwah pulang dan bekerja di Melaka kerana nak jaga adik-adik. Setahu kita, arwah juga tak berkahwin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mari kita aminkan doa ini. 



Ya Allah ampuni dosa Razali Ismail kesihani dan sejahterakan dia, ampunilah kesalahannya, lapangkan kuburnya dengan rahmatMU, wahai tuhan yang Maha Pengasih...amin!



Terima kasih!














Thursday, October 17, 2013

Insyirah dan Aidiladha


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidiladha. Perasan tak tahun ini radio H.fm tak pasang pun lagu raya...kenapa ye?

Pada hari sabtu yang lalu adalah hari lahir puteri kita, NorFareena Insyirah yang ke 9 tahun.
Kita perhatikan Syirah ni perangai banyak ikut mummy dia ni, suka berkemas...alih sana...alih sini.
Kalau buat kerja laju saja dan garang pun boleh tahan...hehe. Paling kita suka dia dengan sendiri 
berazam pada hari lahirnya nak baca surah yassin setiap hari. Permintaan dia nak buku surah yassin
yang comel, senang untuk di bawa kemana sahaja terutama kesekolah telah mummy penuhi.



Kita juga merajinkan diri yang malas untuk membuat kek. Inilah hasilnya, buat kek pandai...
bahagian mendeco tu memang tak lulus lagi (kenapa tak pegi belajarkan...hihi~)


Sekejap saja sudah 9 tahun, rasa baru je sambut birthday ke 6 tahun


Itu dia tak cukup krim kiut yang mummy letak di atas kek, budak-budak ni tambah atas
bahagian kek masing-masing, sampai atas pinggan pun...huhu~

Aidiladha pula kami sambut dirumah sendiri. Rasanya di sini lebih meriah kerana dekat dengan
surau, ramai golongan muda dan ada acara qurban 7 ekor lembu pada tahun ini di surau kami. 
Tahun ini juga hanya daging sahaja yang di sedekah pada yang membantu. Semua bahagian 
tulang pula, dimasak sup oleh pihak surau untuk di makan bersama-sama. Alhamdulillah 
merasa makan daging segar dan sup yang sedap, dapat juga dibawa pulang lebihan sup yang 
banyak itu. (naik tekanan darah tinggi weh..hehe)


Friday, October 11, 2013

Bagaikan berpesta


Assalamulaikum wbt,

Semalam line internet ada gangguan, itu pun terasa bagaikan terputus hubungan dengan 
dunia luar..hehe (maklumlah..tinggal pun di pinggir bandarkan...ke luar bandar yek...huhu~)

Tahun lepas pokok mangga di rumah kita, bagaikan merajuk tak mahu berbuah. Tetapi tahun
ini pokok mangga ni macam lepas dendam pula, tak berhenti berbuah dari bulan puasa lagi.
Sudah dibawa balik kampung, beri pada mak, abang dan juga jiran-jiran. Sudah puas dimakan 
dan masih mengeluarkan buah lagi. Pokok mangga yang ditanam di tepi lebihan tanah di hujung
perumahan juga sedang mengeluarkan buah sulong.

Di kawasan itu saja berderet pokok buah-buahan yang kami jiran-jiran satu jalan tanam. 
Pokok-pokok jiran pun turut sama berlumba-lumba mengeluarkan buah. Suasana di sini 
bagaikan pesta buah mangga. Ada pelbagai jenis buah mangga, ada mangga epal, mangga 
yang kecil, yang besar. 

Alhamdulillah, rezeki dari Allah bila berbudi dengan tanah. Tanggungjawab juga haruslah ada,
dimana pokok harus di racun dan letak baja khas untuk pokok mangga sekali-sekala.



Buah mangga pemberian jiran-jiran yang ada macam-macam jenis dan saiz. Ini pun dah 
berapa kali dapat tau, rezeki jangan di tolak...hehe~



Buah mangga sendiri punya. Rasanya lebih seratus biji, pokok ni berbuah. Saiz pokok ini
kecik saja, jenis pokok mangga kahwin kot...hihi~


Esok hari jadi Insyirah...kesian pula kerana ramai kawan2 dia sudah balik kampung

Wednesday, October 9, 2013

WW: Ketinggalan...


Assalamualaikum wbt,


Baru nak merasa, setelah sekian lama teringin.

Orang lain sudah pakai versi terkini kot...hehe~






Kelas Ustazah Sharifah petang ni

Tuesday, October 8, 2013

Hobi


Assalamualaikum wbt,

Ini adalah hobi kita dan sekarang sudah berjangkit pada anak-anak pula. Bila pergi ke tempat 
yang jarang pergi, kita mesti nak beli sesuatu sebagai tanda kenangan. Walaupun bukan 
tempat yang jauh. Contohnya macam kita pergi ke Mid Valley yang 2 tahun sekali baru pergi
tu kan...hehe

Jadi kami pun belilah untuk diri masing-masing tanda kenangan yang murah-murah saja.



Ini mummy punya, berkenan pula lihat cicin nih. Harganya sangat murah kalau dibandingkan 
pada saiznya. Ada petua pengatakan kalau pakai cincin memanjang macam ini, boleh
nampak jari jadi panjang ( ala-ala runcing gitu ) yang penting kita sukaaa sangat...hehe

Farah suka copy paste mummy, dia pilih cincin yang halus saja. Bila kita cakap macam 
cincin tunang, lagi dia suka ( adalah tuh...). Insyirah pula sedang gila mengumpul jam, jadi 
pilihan dia semestinya jam tangan yang berwarna pink lagi. Syahmi pula biasalah, apalagi 
kalau bukan mainan transformers ( sudahlah beli dalam Metrojaya, nasib yang comel saja...huhu~)

Inilah cara kita mengembirakan hati sendiri dan anak-anak. Kerana kami jarang jalan ke 
tempat yang jauh. Selalunya hanya sekitar KLIA dan Nilai, jauh sikit lagi ke Morib atau Bagan
Lalang saja. Biar murah janji ada tanda kenangan dan hati pun gumbira...hehe~



ke MDKL tadi...ada story nanti ...

Monday, October 7, 2013

Cosmic Bowl, Mid Valley


Assalamualaikum wbt,

Hujan lebat sejak sebelum subuh lagi, macam liat je nak bangun pagi ni...hehe

Semalam kami ke Mid Valley, kali terakhir kesini lebih kurang 2 tahun lepas. Inilah tempat
yang kita tak pernah habis pusing lagi sejak dulu. Kami pula jenis kalau tak ada hal, tak perlulah 
nak ke tempat sebegini besar...penat nak berjalan weh! Tujuan kami ke sini hanyalah kerana
hubby ada pertandingan bowling yang dianjurkan tempat kerjanya. 

Pukul 9.45 pagi kami sudah sampai dan itulah waktu yang paling sesuai kalau kawan-kawan
nak datang sebab parking amatlah susah nak dapat kalau datang lewat. Pertandingan bowling
bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Sama seperti 2 tahun sudah, team hubby
tak menang pun, ala hanya nak meriahkan suasana saja. ( camne nak menang, last main
bowling pun 2 tahun lepas gak...huhu )

Lepas tamat pertandingan tu baru kami jalan dalam Mid Valley. Tempat pertama yang kita pergi
mestilah Metrojaya. Kita memang suka sangat Metrojaya tapi tak semua tempat ada Metrojaya.
Banyak barangan perhiasan yang menarik dan baju budak-budak pun cantik-cantik. Hubby 
pula suka kedai hardware yang moden tu, nama lupa pula tapi macam-macam barang menarik ada. 
Supermarket pun menarik juga ada banyak sayuran dan buahan organik yang segar di jual dan 
kedai roti yang jual macam-macam jenis roti dan kek...rambang mata! 

Selepas lunch di McD, kami pun pulang sebab sudah lama sangat nanti harga parking mahal..hihi~
Hubby janji lain kali kita datang lagi sebab masih lagi tak habis pusing Mid Valley. Macam mana nak habis, singgah satu-satu kedai melekat sejam dua...hehe~


Syahmi tukang jaga bola bowling...melekat aje kat tepi ni...senang mummy...hehe


dipenuhi dengan staff2 MO saja...

General Manager, mulakan dulu...tinggi betui mat saleh ni :)

Pada kawan2 baru yg guna 'google+' boleh tak tinggalkan link blog, sebab kita tak dapat
cari blog dari link google+...contoh blogger Neida Ramly, mama leiyna dan lain2 ...TQ

Friday, October 4, 2013

Mahalnya...


Assalamualaikum wbt,

Kelam kabut sedikit hari ini. Dari pagi sejak papa pergi kerja 5.30 pagi, urus 2 anak dara
pergi sekolah, solat selepas itu siapkan dan hantar Syahmi ke tadika, kita pula bersiap 
untuk pergi kelas dan macam-macam benda lagi yang tak habis lagi nak buat...loteh...hehehe~

Sebenarnya nak ceritakan barang-barang yang sudah naik harga semuanya. Hari tu masa 
pergi beli barang bulanan, mula perasan banyak harga dah berubah. Contoh sosej kesukaan 
Syahmi (jenama A....s) selalu beli 3 paket sekali, terpaksa potong beli 2 saja.

Selalunya suami beli barangan basah dipasar tani. Tadi kita terpaksa pergi kedai sebab
lauk sudah habis. Melihat harga ikan-ikan, aduhai macam tak mampu nak makan ikan
hari-hari pula sekarang ini. Nak makan ayam saja, kurang selera dan menjemukan. Bagaimanalah
nasib anak-anak kita di masa hadapan pula ye...




makan tengahari tadi, tak perlu yang mewah...lauk macam ni pun boleh buat kita berselera
dan makan bertambah...hehe


sekejap saja sudah tiba weekend...selamat berhujung minggu!

supaya sentiasa beringat...


Assalamualaikum wbt,

Penghulu sehari hari telah tiba, saja nak berkongsi cerita ini. Mungkin ada yang sudah
membaca sebelum ini. Tapi kita suka nak simpan di dalam blog kesayangan ini agar
sentiasa ingat dan tidak leka pada tanggungjawab yang paling utama.

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI ZINA

Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi Musa.

Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk.
Air matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi ALLAH, tolonglah saya.

Doakan agar ALLAH mengampuni dosa keji saya”.
“Apakah dosamu wahai wanita...?” Tanya Nabi Musa.


“Saya takut mengatakannya,”­ jawab wanita itu.

“Katakanlah, jangan ragu-ragu...!”desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.”

Kepala­ nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


“Dari perzinaan itu saya hamil. Setelah anak itu lahir,
langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut perempuan itu seraya menangis.

Mata Nabi Musa berapi-api. Dengan muka yang berang dia mengherdik.
“Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa ALLAH tak jatuh ke dalam rumahku.
Pergi...!!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling karena jijik.

Hati perempuan itu bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh.
Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa.
Ia tak tahu harus kemana lagi mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus melangkahkan kaki.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal menerimanya...?

Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak BERTAUBAT
dari dosanya...? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu...?”

Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu...?

Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu...?” Tanyanya.

“Ada...!!!” Jawab Jibril dengan tegas.

“Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada SERIBU kali berzina.”


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa
memohon ampunan kepada ALLAH.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja 
tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah ALLAH.
Sedangkan BERTAUBAT dan menyesali Dosa dengan sungguh-sungguh­
berarti masih mempunyai IMAN di dadanya dan Yakin ALLAH itu ada.

Semoga Bermanfaat Untuk Kita semua Aamiin


Thursday, October 3, 2013

Honeymoon...


Assalamualaikum wbt,

Sejak awal tahun anak dara kita Farah, sibuk dengan bermacam-macam program sekolah.
Dari kelas tambahan, majlis ilmu anjuran YB, kem motivasi pak anjang dan macam-macam lagi.
Itu belum lagi masuk tuisyen dan sekolah petang pula. Sampai peringkat kita rasakan, terdaya ke
badannya yang kurus tu nak ikuti semua program itu...hehe. Mummy dulu masa nak periksa 
masih bersenang-senang. Tapi dulu lain, sekarang lainkan...tak samakan.

Minggu ini, setelah selesai peperiksaan UPSR dan PSRA (untuk KAFA). Farah sudah boleh
tarik nafas separuh lega ( separuh lagi simpan untuk tunggu result keluar...hehe..). Dia dan 
kawan-kawan sudah pandai buat plan nak keluar jalan-jalan di Alamanda hujung minggu ini.
Mummy izinkan kerana dia sudah penat sebelum ini dengan segala peraturan...no tv, no internet,
banyak no dari yes. Tapi dengan syarat pergi di hantar dan balik di jemput oleh ibu bapa yang
telah bersetuju. Mereka ni pun teruja sangat, sebab tak biasa keluar sendiri. Macam-macam
program telah di atur dari tengok wayang, main boling, baca buku di MPH dan makan disecret recipe takpe bagi can...honeymoon time hehe... 


bawa syahmi ke klinik lg hari ni...luka di mata pula...duhai anak cepatlah besarrRRR...

Wednesday, October 2, 2013

Artis ialah penyanyi Hazama


Assalamualaikum wbt,

2 tahun kami terputus hubungan kerana kerosakan hand phone yang menyebabkan semua
nombor talifon kawan-kawan hilang termasuklah kawan-kawan maya...huhu. Tapi kerana 
kejadian bekas bos kita (Hussain Najadi) yang mati di bunuh baru ni, kami dapat berhubung semula.

Baru-baru ini kami sekeluarga dijemput ke majlis rumah terbuka dan hari jadi cucu kawan kita tu. 
Majlis ini di adakan hanya untuk saudara mara dan teman rapat sahaja. Kita langsung tak sangka
Hazama ada, yelah diakan popular sekarang mesti sibuk. Tapi dialah yang menjemput masuk
kerumah ketika kami baru tiba, jadi segan pula...terus cakap, mak ada?...hehe...ayat cover line.


bersama kawan lama, kak hasma (mak hazama)


Kak Hasma dan keluarganya masih ramah tamah seperti dahulu walaupun anak dah popular.
Hazama pula jenis kelakar, selamba dan sangat ikhlas melayan peminat terutama kanak-kanak.
Kita dapat rasakan kalau orang yang tak minat dia, boleh jadi minat di sebabkan perangainya
yang merendah diri ini. 

Ketika nak pulang, barulah kami nak bergambar dengan Hazama. Malangnya Hazama sudah 
keluar, apalagi merajuklah Farah yang teruja nak bergambar. Tapi rezeki memang sudah tertulis, 
ketika kami sampai ke kereta, rupanya Hazama sedang melepak dengan kawan di seberang 
jalan. Kita pun dengan muka seposen melambai dengan tangan. Dia terus berlari menyeberang
jalan ke arah kami ( baikkan, kalau dia buat tak nampak pun...boleh aje ).




Insyirah, senyum malu...small size, sampai kena tunduk abang hazama...hihi~


Farah terus tak terkata dan tersipu2 bila hazama pujuk sebab dia merajuk sebelum nih...


Alkisahnya gambar WW pagi tadi ialah ketika sibuk bergambar, si syahmi pun sibuk sama main
belon di tengah jalan raya dan artis yang sayangkan budak-budak ni pun berkejar nak ambil Syahmi...oh..so sweet, kenangan sepanjang zaman tu...hehe~



ini budak yang buli abang hazama...pecah rekod tu...hehe

Terima kasih banyak-banyak Papa, belikan mummy hadiah yg sudah lama ku idamkan...best sangat!!! ^________^

WW: di kejar artis!


Assalamualaikum wbt,





Hebatlah teruna kita si syahmi ni, dia yang kena kejar oleh retis....
boleh kenal siapa tu...hehe...jawapannya petang nantilah.



Alhamdulillah...malam tadi syahmi dapat tidur lena cuma kena jaga masa makan ubat 3 kali sehari...tak boleh terlepas, insyaAllah esok boleh sekolah!

Tuesday, October 1, 2013

Kenapa bila anak sakit, suami boleh tidur lena?


Assalamualaikum wbt,

Jawapan dari tajuk tu rasanya kerana suami letih berkerja dan mungkin kaum adam 
memang begitu kot...hehe. Teringat semasa kita masih berkerja dahulu, walau penat 
macam mana sekali pun, kita tetap tak boleh tidur kalau anak sakit. Hinggalah sekarang
setelah bergelar pengurus rumahtangga ni, walau diri sendiri sakit pun automatik jadi sihat
sebab menjaga anak yang tidak sihat. Naluri dan rasa sakit anak tu, bagaikan bersatu
dengan insan yang bergelar ibu.




Inilah alkisahnya syahmi yang siang semalam hanya batuk biasa tetapi bila malam 
bertambah jadi sesak nafas. Pukul 10.30 malam dari tesco di nilai, kami terus ke klinik
dan seperti biasa di nasihatkan ambil gas di samping ubat-ubat lain.

Bila sampai di rumah syahmi tidur tapi pukul 1 pagi mula teruk semula. Kita pun bagilah 
ubat salbutamol. Syahmi pun tak mahu baring dan hanya nak baring atas mummy. Papa
pun nampak nyenyak tidur kesian pula nak bangunkan.




Pukul 4 pagi, syahmi dah makin gelisah. Kita pun bersiap dan siapkan syahmi, lepas tu
baru gerakkan papa bangun. Alhamdulillah seperti biasa kalau nak ajak ke klinik atau 
hospital papa mudah saja bangun.

4.30 pagi dah sampai hospital putrajaya. Kita bawa kereta dan papa bawa motor, ikut 
dari belakang. Papa kerja shift pagi, jadi tak sempat nak pulang rumah semula. Kita lihat
ramainya orang sakit di belakang wad kecemasan, macam-macam penyakit dan Allah
cuma duga kita sedikit sahaja...alhamdulillah, terima kasih ya Allah.



Selesai ambil gas dan dapat ubat-ubat lagi. Sampai rumah 6.30 pagi, syahmi dapat tidur.
Kita pun sempat siapkan sarapan untuk farah dan syirah pergi sekolah. Solat, kemas rumah,
basuh kain dan segala kerja rumah. Syahmi dah bangun, sarapan dan makan ubat, nampak
kurang sedikit. Harap malam ni syahmi dapat tidur lena sebab lani mata mummy dah jadi 
macam panda...huhu~


tak sempat lagi nak buka dan merasa hadiah yang papa beli semalam...

Monday, September 30, 2013

Sampai bila nak ada masa...


Assalamualaikum wbt,

Berbulan-bulan senyap sunyi saja blog kesayangan kita nih. Sejak mula kelas yang ada 
setiap hari isnin hingga jummat pada setiap pagi ni sukar nak cari masa nak menulis
...ke malas...banyak alasan saja ati ni, orang lain kerja ok je...huhu~

InsyaAllah selepas ini nak berusaha aktif semula, rindu kat kawan-kawan maya dan juga nak 
tambah ongkos di nuff ...hehe...senyap sepi pun naik juga ^______~.




gaya posing syahmi yang malas...semalas mummy dia ke...?
oh tidak...mummy dia bizi....hehe...sibuk memanjang...


repeat P.S. 23 Sept...result dapat 2 minggu lagi...semoga semuanya ok...AMIN!

Thursday, August 1, 2013

Resepi inti tart nenas yang sedap dan ringkas


Assalamualaikum,

Amboi...rajinnya update cerita ati oiii....hehehe...
Kita ni bila dah berjanji tapi belum tunaikan, rasa macam tak seronok...asyik teringat aje.
Baru-baru ni ada upload gambar tart nenas yang kita buat di FB dan ada permintaan dari
blogger Ita, nak resepi inti tart nenas.

Resepi ni kita belajar dari orang lama (makcik depan rumah) yang berbelas tahun buat inti
sendiri. Sejak itu, memang kita buat inti tart sendiri. Walaupun orang kata rumit, tapi lagi murah
dan sudah pasti dijamin halal dan bersih...betul tak.




RESEPI INTI TART NENAS

1 mangkuk gula ( kalau suka kurang manis, boleh kurangkan sikit gula ni)
3 mangkuk nenas (telah diparut)
5 sudu gula batu (kalau tak ada pun tak apa, tujuannya hanyalah utk mengilatkan)
1 sudu kecil esen vanilla

tapis air nenas dahulu dan tinggalkan sedikit air nenas itu utk di masak sekali dengan
nenas yang telah di parut tadi.

masak sehingga berkilat dan tak melekit tapi jangan sampai kering sangat sebab
nanti bila masuk dalam pastri pun kena bakar lagikan.

gambar tak ada tapi ada gambar lama yang boleh di rujuk gambar dari n3 kita yang
lepas di sini

Selamat mencuba.


Hussain Najadi sudah pergi


Assalamualaikum wbt,

Sebenar sehari sebelum hari lahir kita iaitu pada 29 Julai, ada kejadian yang berlaku.
Kita tak mahu rosakkan mood birthday dengan mencoretkan kisah itu, tetapi sudah berhari-hari
kita asyik terkenang-kenangkan orang itu. Dia bukan penting pun dalam hidup kita,
sebelum ini kita marah pada beliau kerana seperti tidak ada perasaan melayan pekerjanya.

Beliau ialah Hussain Najadi, ex boss kita. Apapun tetap ada kebaikan yang dia buat sebelum
ini yang akan kita kenang selamanya. Pada petang 29 Julai, beliau telah meninggal dunia 
akibat di tembak dari belakang. Cerita tentang arwah tersiar di muka depan kebanyakan surat
khabar kerana dia adalah founder Arab bank (lani Ambank). Kita ada bercerita tentang arwah 
di sini kerana anak kita Insyirah banyak 'kenan' pada arwah. 

Al-fatihah buat arwah.


Wednesday, July 31, 2013

30 Julai

Assalamualaikum wbt,

Lamanya tidak berkesempatan nak berkongsi cerita di blog kesayangan hamba. Hari-hari 
sibuk, walau di hati ni rindu sangat nak berceloteh dan ronda blog kawan-kawan maya kita.

Hari ni cari waktu untuk berkongsi rasa gembira dan bersyukur terhadap yang Esa,
kerana masih di beri kesempatan bernafas dan menumpang di dunia ciptaanNya.
Alhamdulillah semalam bertambah lagi 1 angka dalam usia kita ni...makin tuo mokcik..huhu~

Rasa gembira, suami dan anak-anak tak pernah lupa. Tepat jam 12malam berderinglah talifon
di rumah dan di hp, panggilan dari anak-anak yang jauh. Suami dan anak dirumah pula sanggup
tunggu lewat malam, semata-mata nak ucap selamat. Itulah kebahagian seorang isteri dan 
ibu yang sebenar...betul tak?




Butter kek buat sendiri, macam tak sah hari jadi kalau tak ada kek tau...bukan ada tiup lilin pun...tak kuasa
dah, hanya nak meriahkan suasana dan sebagai balasan untuk anak-anak yang dah susah payah buatkan kad untuk mummy.


Bila lihat kakak-kakaknya sibuk kad, Syahmi pun sibuk nak buat kad untuk mummy.




Inilah dalamnya...kiut saja, bucuk mummy lukis-lukis...hehe





Kad dari Insyirah, 9 tahun. Coretan di dalamnya...
"Selamat hari jadi mami, syirah ucapkan kepada mami. Terima kasih kerana sudah
bagi syirah makan, minum selama ini. Syirah hanya mampu balas jasa mami dengan 
belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita. Dan akhir sekali syirah nak ucapkan
kepada mami semoga murah rezeki dan panjang umur.





Kad dari Farah, 12 tahun. Coretan di dalamnya...
"Yours kindness takes my breath away and your good nature melts the heart. Thank you
for everything! To my dearest mother with lots of love today and every day wishing you...
happy birthday.

Terima kasih buat anak-anak mummy yang jauh dan yang dekat, hubby dan rakan-rakan
di FB, dengan ucapan dan doa yang baik-baik belaka...sayang semua!

Wednesday, May 22, 2013

Takut..takut..takut!


Assalamualaikum wbt,

Sejak 3-4 hari ini, kita perasan ada sesuatu perubahan pada tubuh kita. Boleh di katakan 
kita, kerap membuat periksaan diri sendiri. Mulalah perasaan takut yang amat sangat menguasai 
diri. Perlu pergi doktor ke tak...?, nak buat apa pun jadi tak seronok, orang talifon pun kita
rasa tak ada mood nak sembang apa lagi nak keluar rumah jumpa kawan-kawan. Dunia ni 
rasa macam dah tak ada warna lagi....takut...takut dan takut saja ada.

Beritahu papa, minta temankan. Rasa macam tak berdaya nak pergi jumpa doktor sendiri.
Papa suruh tunggu hari khamis. Tapi hati kita ni meruntun nak tahu dengan segera sebab selagi
tak pasti, selagi itu berserabut dalam kepala ni. Dalam fikiran hanyalah anak-anak, macam
Syahmi budak baik tu, siapalah yang boleh tahan jaga dia kalau mummy dia....

Hari ini, kita nekad pergi klinik kesihatan seorang diri. Mesti beranikan diri demi kesihatan 
diri sendiri sebab kalau mati esok pun seorang diri dalam kubur jugakan.

Keputusan dari kerunsingan yang amat sangat ini. Dapatlah kita ni tekanan darah yang tinggi!
Doktor lihat dan sentuh, katanya normally benda tu kedudukannya bukan di situ dan ini kecil
dari biasa. Tapi belum ada kata putus lagi. Doktor berikan antibiotik yang kuat dan ubat bengkak. 
Cuba surutkan bengkak tu dulu dan juga minta kita cuba tuam tempat bengkak itu. Jika masih
sakit dan bengkak makin besar, dia suruh datang semula.

emm... perasaan ketika ini sedikit lega tapi masih ada kerisauan. Pada kita sakit macam mana 
pun, kita insyaAllah boleh tahan lagi janji jangan benda yang paling di geruni oleh semua wanita.

Balik dari klinik, kebetulan pula Prof Muhaya ada bersiaran di IKIM fm. Kata beliau tolong 
delete perkataan...TAKUT, RISAU, TAPI, NANTI, KALAU dari hidup manusia kerana kesannya
kita tidak akan merasa bahagia. 

Sebab itu agaknya tekanan darah melompat naik. Tak pernah terjadi lagi sebelum ini. Ubah
kepada ceria, positif dan bersyukur ye Puan Ati. Tak mau think negatif lagi ye...makan ubat tu!

Allamdulillah, terima kasih Allah!. Walaupun belum dapat keputusan yang pasti lagi...

Monday, May 20, 2013

Tauhu Tersedap!


Assalamualaikum wbt,

Ketika baru berpindah di daerah ini lebih kurang  6 tahun yang lalu. Kita terkena kejutan budaya,
apabila ke pasar. Kerana melihat kebanyakan orang di sini, membeli tauhu dalam kuantiti yang
banyak. Selalunya kita beli tauhu 3 keping saja...hehe~

Lama-lama kita mula terpengaruh nak juga cuba tauhu yang depa suka sangat beli banyak tu.
Sekali rasa, memang terpesona...lembut dan sedap!. Kalau goreng atau di bakar begitu saja
pun dah yummi..yummi. Sekarang ni kalau sesekali ke pasar, mesti 5 ringgit sekali.



Saiznya lebih lebar. Harga 50sen satu. Semasa mengandungkan Syahmi dulu, kita sukaaaaaa
( bacaan 5 harakat tu :) ) sangat makan tauhu ni. Hasilnya lahirlah Syahmi yang putih tu
( puji anak sendiri nampak...huhu~)



Tauhu ni kalau di bakar dan cicah dengan sos...ummmppp sangat sedap. Tapi kita selalunya
masak dengan sayur dan isi banyak-banyak tauhu macam ni. Selalu tauhu yang habis dulu...hehe~

Tak pastilah di tempat lain ada jual juga ke tidak. Jika kebetulan ke pasar Banting, cubalah beli!


Kelebihan berpuasa 1 hari di bulan Rejab- seperti berpuasa 40 tahun dan pendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi. 
Alhamdulillah, selamat berpuasa pada yang berpuasa juga!

Friday, May 17, 2013

KASIH SAYANG


Assalamualaikum wbt,

Bagi kebanyakan sekolah, peperiksaan pertengahan tahun sudah bermula minggu ini. Begitu 
juga buat 2 anak dara kita, Farah dan Insyirah. Seperti biasa, mummy pun akan sibuk jadi 
guru di rumah. Ulangkaji pelajaran setakat sekolah rendah, bolehlah lagi bagi mummy ni..hihi~

Tapi macam mana nak ulangkaji bagi murid tadika pula. Kerana mulai hari ini tadika Syahmi
mula periksa juga. Pening kepala bila melihat jadualnya ni.



Tak sangka pula budak umur 5 tahun pun ada peperiksaan. Kerana sebelum ini semua anak-anak 
kita hanya mula belajar di tadika pada usia 6 tahun. Tawakal sajalah nampaknya, kerana mummy
hanya harapkan Syahmi pandai membaca dulu untuk tahun ini.

Selamat berjaya buat bucuk mummy Syahmi. Insyirah dan Farah pun kena berusaha sungguh-sungguh tau. Ingat papa dah janji kalau nombor 3 keatas, pasang aircond dalam bilik...hehe~


Kuasa yang paling besar dalam dunia ini ialah KASIH SAYANG! ^_______~

Thursday, May 16, 2013

Bisnes lumayan semalam


Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu. Jika 2-3 tahun yang lalu, ramai juga guru yang aktif
berblog. Tapi tahun ini sudah makin kurang yang kita tahu hanya Suri Solehah.

Jalan nak masuk ke kawasan kedai-kedai menjual hadiah jem, parking penuh. Dalam kedai
pula padat dengan orang ramai. Semuanya sibuk nak beli hadiah untuk guru anak masing-masing. Papa pesan...next time, beli seminggu sebelum tahu!.



Jam 5.40 pagi mummy sudah mula balut hadiah. Tadika syahmi pun ada sambutan 
hari guru hari ini dan syahmi beli 2 hadian untuk cikgu.



Hadiah farah untuk cikgu SK dan KAFA. Nasib baik sekarang kedai-kedai menjual hadiah
ada banyak pilihan dan murah.



Syirah punya. Ada seorang kakak tu tegur...anak ramai ke?. Bila dia tengok dalam
bakul penuh hadiah...hihi~




Nak selit juga gambar kenangan kita mengundi buat kali yang pertama. Walau lenguh 
kaki mokcik beratur panjanggggg...huhu~



Nampak tu punyalah panjang, tempat mengundi kat banggunan sebelah hujung nun.
Lucu bila setiap orang yang baru datang, mesti mengeluh bila tengok barisan nun ke
sayup bintang....hehe~


Bucuk syahmi nak sengih juga walaupun tengah sukar nak bernafas...ala cayang mummy!



Wednesday, May 15, 2013

Nasib mereka, nasib kita...belum tahu lagi...


Assalamualaikum wbt,

Seminggu dua ini sangat sibuk menguruskan 2 anak yang demam dan batuk sehinggakan
kena sedut gas. Minggu ini alhamdulillah sudah sihat dan alhamdulillah juga mummy mereka
ini diberikan kesihatan yang baik untuk terus dapat menjaga keluarga yang tercinta.

Minggu ini juga minggu sedih bagi penduduk di kawasan kami ini, terutama bagi kaum
ibu seperti kita ini. Kerana selepas sahaja Hari Ibu yang jatuh pada hari ahad, pada hari 
isnin seorang jiran yang telah lama menderita barah payudara meninggal dunia. Lebih
menyedihkan lagi keadaannya sebelum meninggal yang sedikit terbiar. Wallahualam, apa
yang dapat kita katakan pada diri sendiri ialah didiklah anak-anak mencintai agama kerana
pada waktu-waktu seperti inilah kita akan dapat lihat hasilnya.

Pada malam tadi pula seorang lagi jiran, meninggal dunia kerana sakit yang sama juga. Tetapi
cikgu ini menderita tak lama cuma lambat tahu tentang penyakit ini. Arwah sempat menunaikan
haji tahun lepas dan sebaik pulang dari mekah, arwah dinasihatkan berbaring sahaja. Sedih pula mengenangkan nasib anak-anaknya yang masih kecil kerana arwah baru berusia 30an.

Lebih menyedihkan lagi kita tak dapat nak melawat jenazah kerana arwah kak farida terus
di bawa pulang ke rumah ibunya dan arwah cikgu pula, sebaik saja kita tahu pagi ini van jenazah
sudah hendak bertolak ke Muar. Al-fatihah buat arwah, semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar r.a:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."


Telah bersabda Rasulullah saw:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."