Thursday, November 29, 2012

Terima Kasih!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur terhadap Allah S.W.T. Setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah
disebaliknya. Sebagai hambanya jika itu yang kita yakin, insyaAllah pasti jiwa kita akan rasa
tenang. 

Pada ketika itu jugalah baru kita kenal siapa yang sanggup membantu dan siapa yang
membenci, siapa yang sanggup bersusah payah dan siapa yang terus mendiamkan diri.
Alhamdulillah tetap rasa bersyukur, banyak sangat yang dapat kita pelajari dari kesusahan ini.

Ini antara dari doa -doa dan zikir-zikir yang kita dan anak-anak amalkan.

Doa Nabi Yunus A.S:_

"La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin"

Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau, 
sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi bertanya khabar, kita sangat hargainya.

Kepada sahabatku Ita yang tersayang, terima kasih kerana membuat nukilan khas di blog
beliau. Tulisan Ita itu seperti luahan hati kita sendiri pula dan membuatkan kita menangis.
Minta izin untuk paparkan coretan indah beliau disini dan selebihnya bolehlah pergi ke blog
Anita.

Apabila Musibah Melanda

Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah daripada kejahatan dunia. Amin.

Sekadar berkongsi.

"Apa sangatlah ujian yang aku alami ini jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat dugaannya". Itulah realiti dan sebagai motivasi untuk kekuatan diri.

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Pernah satu ketika disaat ditimpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan.

Kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi. Fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan.

Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.

Adakah ini satu penyeksaan atau ujian daripada Allah? Perkara sebegini pasti bermain di dalam fikiran termasuklah diri saya sendiri.

Sebenarnya kita tidak tahu bahawa Allah amat sayang kepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.

Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

Apabila kita ditimpa musibah, carilah Allah. Mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa.

 Allah berfirman,
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita. Wallahuaalam.



Jika kita sentiasa mengadu masalah kepada manusia, pasti satu hari orang 
itu akan bosan. Mengadulah kepada Allah yang Maha mendengar lagi Maha
mengasihani pasti jiwa kita bertambah tenang. Terima kasih Allah, Alhamdulillah!