Thursday, September 27, 2012

Gathering Blogger Raya 2012


Assalamualaikum,

Semangat nak menulis sambil menayang gambar-gambar ceria sewaktu majlis Gathering 
Blogger Raya pada Ahad yang lepas tidak dapat dilaksanakan. Punca, laptop kesayangan 
kita rosak buat kali kedua. Notebook yang comel ni tak reti pula nak up load gambar.

Apapun majlis gathering yang kali ketiga pernah kita hadiri. Berlangsung dengan penuh
kecerian dan kemesraan, bagaikan satu keluarga yang besar.. sayang semuanya! Makanan
juga meriah, tetapi kali ini lebih meriah dengan berjenis-jenis kek. Sehinggakan kita sendiri
pun hanya sempat rasa kek secret recipe Pak Ngah saje...hik3

Sebelum bergembira, terjadi juga kejadian sesat bagai nak rak pada kami sekeluarga.
Tak habis-habis dengan sesat sajelah kamu ni Ati ...huhu~
Hampir 1 jam, berpusing-pusing sekitar Bangi saja. Almaklum sajalah kami hanya tahu jalan-jalan
sekitar KLIA, Banting dan  Putrajaya saja. Akibatnya bila sampai saja dirumah Datokami suami dan
isteri mengalami sakit kepala yang amat sehinggakan mood nak bersembang dengan lebih mesra
sudah kelaut jadinya. Maaf ye pada teman-teman yang nampak kita ataupun hubby macam kurang 
mesra saja. Balik saja dari sana, terus kami pergi cari kedai dan beli padanadol ActiFast...hehe   

Terima kasih kepada tuan rumah, Dato LF dan isteri yang baik dan sporting sekali. Kepada orang
kuat majlis, Kakcik, Kak Azie, Ayu dan Acu juga pada sahabat-sahabat yang hadir ada juga 
yang tak sempat kita kenal tapi nanti kita akan pergi cari blog-blog mereka berpandukan senarai 
yang ada didalam blog kakcik. Semoga ukhwah yang terbina ini berpanjangan selamanya.


Yang penting sekali bukan tapau makanan ye (adalah kisah yg terhangat di pasaran..hehe..)
Laptop dah ok nanti... kita tempek gambar-gambar gathering ok ... ^_______^ 

Friday, September 21, 2012

Gundah Gulana!


Assalamualaikum,


Bila perasaan sedang gundah gulana, mood ceria nak menulis pun terus hilang.
Yang ada...hanyalah mood nak menulis yang bukan-bukan. Jadi dari merepek menulis
ntah apa-apa, baik sejukkan hati sendiri dulu....betul tak?


Apa-apa pun tak sabar menanti hari Ahad ini, berjumpa dengan semua sahabat yang 
sudah lama tak berjumpa dan juga berkenalan dengan sahabat yang baru pula. Acara ini
juga untuk menceriakan semula hati akak ni ...heee~



Mari meriahkan Gathering Blogger Raya 2012, maklumat lanjut di sini & sini ^______^

Friday, September 14, 2012

Kisah Sesat Di Seremban


Assalamualaikum,

Baru hari ini berkesempatan masuk. Sejak dari hari Isnin di serang penyakit open house
iaitu ceri beri... aduhai seksanya...padan muka tu kan, makan banyak lagi...hihi~

Walau terlambat, tetap nak tulis di sini al-kisah Sabtu lepas untuk kenangan diri sendiri.
Kisah bagaimana kami sekeluarga berusaha mencari rumah Kak Erna di Seremban dengan 
hanya berpandukan map nan secuit. Kak Erna sudah pesan ,sampai tol Senawang talifon
nanti suami akak datang ambil. Tapi hubby kita pula kata jangan menyusahkan, kita cuba 
cari sendiri dulu.

Akhirnya kami tersalah jalan juga dalam waktu hujan susah nak cari jalan...alasan baik tak...hik3
Terpaksa juga talifon Kak Erna, katanya tunggu situ nanti suami akak datang tau. Terperanjat
kami, bila tengok suami Kak Erna datang dengan menaiki motor dalam hujan. Semata-mata
nak tunjuk jalan ke rumahnya. Dalam kereta kami tak habis bercakap...aduhai kita dah
susahkan orang ni! Rasa bersalah sangat-sangat.

Bila sampai di rumah Kak Erna cakap, memang suami dia macam itu. Kalau orang datang
rumah, dia akan suruh orang tu tunggu dan dia akan datang dengan motor. Aduhai...memang 
baik sangat dan juga ramah suami Kak Erna ni. Berbesar hati kami dapat datang ke rumah 
Kak Erna dan dijamu pula dengan makanan yang enak belaka.



Banyak sangat makanan yang Kak Erna masak. Masakan nogori memang kita suka,
semuanya sedap-sedap.

 

Kita tak suka sangat kuah kacang, kalau hari raya tak makan pun tak kisah. Tapi kuah kacang
Kak Erna ini, kuah kacang yang paling sedap pernah kita makan...terus belajar dengan Kak Erna ...hehe~



Banyak tempat cantik di rumah Kak Erna ni, bawah meja juga Syahmi suka posing.
Panik semua orang Syahmi suka main luar rumah Kak Erna yang sibuk dengan kereta.

 
   
Kak Erna ni sangat handal memasak dan tak lokek pula kongsi resepi. Kita juga dapat
berkenalan dengan 2 lagi blogger.


Ada banyak lagi undangan open house tapi yang paling di nanti Gathering Bloggers
Edisi Raya 2012. InsyaAllah, jika tiada aral...jumpa semua di rumah Dato'....^____^

Saturday, September 8, 2012

Sabtu Kami


Assalamualaikum,

Hari yang sibuk...

Tengahari ada jemputan kenduri kahwin

Petang pula ada jemputan di Seremban, teruja nak pergi rumah orang tu tau dan semoga 
senang nak jumpa rumah. Maklumlah tak biasa dengan bandar Seremban..hihi

Ingatkan dah selesai aturcara untuk hari ini.  Terima pula sms dari jiran, jemput datang 
beraya kat rumah dia lepas Isyak hari ini. 

Penuh sudah acara untuk hari ini, bolehlah akak gantung periuk...hehe~



Mula esok ...bolehlah start berdiet....iyolah tu ...hik3 ^________~

Friday, September 7, 2012

Setahun Hanya Sekali


Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat-sahabat yang di rindui. Kita baru saja pulih dari sakit belakang,
orang perempuan ni kalau tersilap buat kerja sikit mesti senang dapat penyakit inikan.

Tapi dalam sakit ini pun sempat buat rumah terbuka kecil-kecilan untuk jiran-jiran. Majlis ini 
adalah acara wajib buat kami jiran-jiran berdekatan yang hanya di adakan setahun sekali saja. 
Terima kasih buat hubby yang sanggup ambil cuti kerana nak tolong mummy, kalau tak memang
susah nak buat rumah terbuka kalau sorang diri nak buat semua kerja. 



2 Hidangan yang simple saja sebab majlis dibuat pada hari biasa dan diwaktu waktu malam . 
Mana larat nak makan hidangan yang berat selepas penat balik dari kerja.




Pada majlis macam inilah baru dapat beramah mesra kerana jika hari biasa susah nak 
berjumpa yang dapat jumpa hanyalah rumah dan kereta masing-masing saja...hihi


Walaupun sedikit sukar  nak melayan tetamu dari 7 buah rumah serentak tapi kita sangat
berbesar hati kerana ada jiran yang tak pernah datang sudi juga hadir....happy sangat!




Masa inilah baru perasan yang anak-anak masing-masing dah besar panjang...dulu-dulu
masih budak-budak je naik basikal kesana-sini... hik3



Hero cecik yang masih sibuk tergilakan dengan kucing ... kemana pun...alahai anak mummy!


Malam ini dan esok ada rumah terbuka lagi....bilalah nak mula berdiet ni...huhu~ ^________~