Wednesday, August 29, 2012

Kenangan Beraya Dirumah Chef Wan


Assalamualaikum,

Oleh kerana kami tak dapat nak beraya sakan tahun ini, maka teringatlah kembali betapa
seronoknya beraya di rumah Chef Wan di Sungai Koyan, Raub.



Chef Wan yang sangat baik dan ramah. Mulut pun tak berhenti...pot..pet..pot..pet...hik3




Makanan yang di hidangkan 1st class, sedap-sedap belaka. Pinggan pun pakai yang kaca dan 
cantik...no guna pinggan plastik okey. Cantikkan rumah Chef Wan! nak pergi ceruk mana 
dalam rumah ini, pun dia tak kisah.


Bila layanan di berikan seikhlas hati, akan kita kenang selamanya...tak gitu..^________~

Tuesday, August 28, 2012

Tergilakan Kucing


Assalamualaikum,

Sejak pulang dari Johor Baharu bulan Ramadhan yang lepas, Syahmi mula sibuk merayu 
nak pelihara kucing. Semasa tinggal di JB, kami menumpang di rumah adik dan mereka
ada memelihara kucing yang comel dan manja. Sehingga tidur pun dalam bilik yang ada aircond.


Syahmi dengan kezennya abang Alif dan Idan dan itu kucing manja yang namanya macam
retis, Juliana....hik3



Syirah dan Idan. Sampaikan kucing yang comot diluar rumah ini pun, Syahmi nak kidnap
masuk kereta bila dah nak balik rumah...huhu~


Beraya rumah Pak Long pun ada kucing juga, apalagi kerja Syahmi kejar kucing-kucing 
dalam rumah Pak Long saja...

 

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, semasa mummy dan papa muda dulu pun sangat
suka dan ada pelihara beberapa ekor kucing. 

Tapi sori my laling Syahmi....kena tunggu sampai sekolah dan reti macamana nak jaga
kucing dulu! Sebab Syahmi tak pandai lagi,sekejap dia pegang kat leher, sekejap dia 
tarik ekor dan asyik nak gendong kucing tu aje. Mahu mati kucing tu sebelum waktunya...huhu~ 


Hujan saja dari pagi tadi.... ^_______^

Monday, August 27, 2012

Syawal Ke-8..Baru Dapat Beraya!


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat!

Raya tahun ini hubby bertugas sehingga raya ke-7. Kami hanya beraya disini
sambil jadi 'jaga' untuk jalan di kawasan perumahan yang sunyi sepi ni...hihi~


Syahmi di raya pertama

Hanya Hari Raya pertama saja keluar untuk bawa mak ke kubur arwah nenek 
di Sungai Tua, Selangor. Lepas itu pergi ke rumah sepupu di Batu Caves ...
tak ada rumah kemudian ke rumah bapa saudara di Sungai Pusu pun tak ada rumah.
Selalunya raya pertama mesti mereka ada di rumah...haru betui...huhu~ 

Tapi tidak menjadi masalah kerana yang penting kami sekeluarga ada bersama-sama.
Itu lebih bermakna di Hari Raya bagi kita. Siaran TV pun semuanya best-best belaka 
dan tak sedar pun hari cepat berlalu dan tiba hari Syawal ke-8 baru kami pulun beraya
sakan kerana hubby bercuti....hik3



Tradisi memohon ampun dan maaf adalah antara acara yang dinanti kerana semuanya
kena lafaz maaf yang panjang lebar dan lepas tu dapat duit raya...mummy pun dapat juga..hik3

 
 
Kalau kami beraya di kampung, acara ini akan dibuat selepas pulang ke rumah nanti.
Maklumlah anak ramai nak tunggu giliran lambat nak habis satu pusingan ni...hihi~


Kering idea nak karang cerita bila dah lama tak buat n3 ni...huhu ^____~

Monday, August 6, 2012

Semoga Ayahanda Segera Pulih...AMIN!


Assalamualaikum,

Keluarga kami ditimpa musibah. Ayahanda yang kami kasihi kemalangan. Baru 
2 minggu lepas ayah datang berkunjung dan kita ada menulis tentang Ayah disini.

Ketika menerima berita, kita sedang menyiapkan juadah untuk berbuka dan cuba
bertenang dengan solat terlebih dahulu. Tetapi selepas itu perasaan dan fikiran jadi 
tak tenang. Macam-macam bermain didalam fikiran sementara menunggu Hubby
pulang dari tempat kerja.

Selepas berbuka dan solat Maghrib kami pun bertolak ke Johor Bharu. Walaupun
tidak pernah sampai ke negeri Johor, kami sekeluarga tawakal sahaja. Lewat tengah
malam, alhamdulillah kami selamat sampai dan berada di sana sehingga hari Jumaat.

Keadaan Ayahanda sangat teruk, kaki kiri di beri pilihan samaada di potong atau 
di masukkan besi, seluruh badan membengkak, bahu sebelah kanan retak dan dikepala
juga ada kecederaan. Kerana Ayahanda warga Singapura, adik beradik mengambil 
keputusan untuk menghantar Ayahanda ke hospital Singapura untuk rawatan lanjut.

Semoga Ayahanda terus kuat semangat dan segera pulih....AMIN! Kita belum dapat
ke Singapura lagi kerana masalah pasport yang hilang bertahun dahulu sedikit sukar
untuk di ganti tetapi dengar sekarang sudah mudah. Harapan semuanya akan 
dipermudahkan dan dapatlah kita ke Singapura.

Wednesday, August 1, 2012

Buffet Ifftar di Saba...Murah Dan Makan Sampai Terduduk!


Assalamualaikum,

Ini tempat yang kita pilih untuk ifftar pada hari jadi baru ini. Bila bulan Ramadhan 
Saba Restoran hanya menyediakan buffet, jadi terpaksalah makan buffet. Sebenarnya
tak suka buffet sebab bukan mampu nak makan banyakkan. Tapi sebab sudah teringin
sangat, hubby kata tak apalah...birthday setahun sekali saja.

Tapi jangan risau harga buffet sini  lebih murah dari buffet di tempat lain. Jika anak 
anda 10 tahun dan ke bawah, semuanya percuma....bestkan!


Harga kanak-kanak hanya RM18 sehingga usia 17 tahun tetap kanak-kanak...suka tak!
 


Kita punya...oiii buruk lantak kamu Ati...tak pe sesekali je...hihi~

 

Kuih-muih arab....manis belaka, yang 3 segi ni macam samosa tapi inti daging
sepenuhnya...sedap!

 

Sup ayam, setakat ini perut dah tak boleh di isi lagi. Sebenarnya kami ni memang
tak sesuai makan buffet. Badan saja nampak besar tapi perut boleh isi sikit je...hik3

Alhamdulillah...kami tak membazir pun mana yang tak habis makan tu kami bungkus
sikit, dapat makan waktu sahur...sayang pula terbuang. Tapi ada orang lain yang lagi
selamba, mereka siap minta plastik untuk bungkus lauk yang terlebih....hehe~