Monday, July 30, 2012

30.07.12


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, di panjangkan usia untuk bertemu sekali lagi tarikh 30hb Julai pada tahun
2012 yang istimewanya jatuh pada bulan Ramdhan yang mulia sekali.

Tiada apa yang mengembirakan hati kita selain dapat bersama dengan insan-insan
yang tersayang. Walaupun Along dan Angah hanya dapat menghubungi melalui talifon tepat 
jam 12 malam tadi, sudah buat hati kita happy.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang membuat ucapan selamat di FB, hanya Allah
yang membalas semua doa kalian. 

Doa yang kita sering pohon padanya ialah untuk menjadi untuk menjadi isteri, ibu, anak dan 
insan yang lebih baik dari sebelum ini. Terutama dalam ilmu agama, almaklumlah umur 
semakin menaik dan naik...hihi



Malam tadi hubby belikan kek dan insyaAllah berbuka puasa hari ini hubby nak belanja
makan di luar di tempat yang kita sendiri request. 1st time dapat berbuka di luar, teruja tau!
Alhamdulillah ...bertambah murahlah rezeki suamiku...hik3


RAHSIA BULAN KELAHIRAN - JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.( betui sangat..haha~)
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

Friday, July 27, 2012

Tetamu Tengah Malam


Assalamualaikum,

Kabare semuanya...? Waras...bagus-bagus...hihi~ 

Salam Ramadhan buat semua. Sudah masuk 7 hari umat Islam berpuasa, sekejap
saja masa berlalukan. Sedar-sedar sudah 2 minggu tak online.

Bila tiba bulan Ramadhan, kalau boleh hari pertama tu nak sangat berbuka bersama-sama
semua ahli keluarga. Pada hari pertama dan kedua, dapatlah kami semua berbuka bersama kecuali
Angah. Dalam hati berkata-kata ....kan best kalau ada orang tua kita juga, mesti lagi meriah.

Tiba-tiba pula ketika sedang berehat pada pukul 10.30 malam. Ayah talifon, mengatakan 
yang dia ada di sekitar bandar Nilai. InsyaAllah akan singgah jika sempat.


Hampir 12 malam baru tiba, setelah salah jalan beberapa kali. Rupanya meneman jirannya 
menghantar anak pulang ke Politeknik. 




Inilah Pak Masrif yang suka buat plan last minit...macam anak dia ni juga...hihi~
Sejak sudah beli rumah di Malaysia iaitu di Kulai, Johor. Ayah kerap bertandang ke rumah 
anak-anak, walaupun sekejap kadang tu bermalam, kadang tu balik hari saja. Macam 
malam ini, hanya datang minum, makan dan bersembang lepas tu dia baliklah. Macam 
dekat saja Kulai tu dengan KLIA ni, di buatnya...huhu~



Ini pula rupa terbaru hero kita. Punca nak sangat main lawan-lawan dengan Farah. Tak sedar
diri tu kecik...akibatnya dapat pangkat baru. Sempat hilang sebelum Raya ke tidak, ntahlah Syahmi 
cayang bucuk kita ni ....hik3 


Azatie ... kita dah dapat gift tu...terima kasih daun keladi ye...
nanti2 kita buat n3 ok ^______~
 

Wednesday, July 11, 2012

Tutup Kedai!


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Lama bercuti...mood M pun mula bertandang...hihi~

Selepas menyelesaikan 7 pasang baju kami anak beranak. Ada lagi sikit baju 
orang lain yang harus di selesaikan tapi bila tinggal lagi 2 pasang saja. Mula banyak
dugaan nak selesaikan cepat tu datang...tak cukup kainlah...benang yang di jahit 
di leher tak sesuailah...butang yang siap ditempah dan dijahit tercabut pulalah.
Semuanya membuatkan kerja yang senang jadi susah....geram betui!



2 baju orang ini ...banyak ragamnya ada yang terlalu licin. Alhamdulillah selesai juga.

 

Kedai kita pun dengan rasminya di tutup dari sebarang tempahan baju. Tengok tu sudah 
kemas tersusun...bagi kitalah. Kalau tidak, tunggang langgang dengan kain-kain dan benang...hik3.
Selepas ini nak relek dan nak banyakkan beramal di bulan Ramadhan nanti...insyaAllah.



7 Julai pula hari lahir hubby. Selalunya sehari sebelum dah sibuk buat kek tetapi disebabkan
kepenatan menjahit pagi itu baru nak bakar kek.

  

Hasilnya pun buyuk ajo...macam orang tak ikhlas saja ye papa... ampun ye laling!
Niat di hati nak hadiahkan papa buku yang macam kak zakie hadiahkan pada suaminya.
'Indahnya Hidup Bersyariat'. Malangnya cari di kedai Popular, kata mereka belum
sampai lagi.


Sementara menunggu buku itu. Papa kata nak buku atas ni dulu dan yang belakang tu 
kita yang saja nak belikan. Sudah tua ni hanya nak perbaiki mana yang kurang dan belajar
ilmu sebanyak yang mungkin.


Mood M melanda...bukan malas tau tapi Mengemas...hehe... ^_______~