Friday, June 29, 2012

Mulut Burung...


Assalamualaikum,

Sepanjang pagi di sekolah mengambil kad laporan 2 anak dara. Seperti biasa, ibu
dan bapa kena beratur panjang untuk menunggu giliran jumpa cikgu. Ada yang bercakap
panjang lebar ...ntah apa masalah negara yang di bincang...tak tahu ler. Terdengar seorang
abang polis yang tengah menunggu gilirin mula bercakap...

kalau saya ambil je report card tu ...tak nak cakap panjang-panjang!

Jadi bila tiba masa kita...apa lagi, cakap serba sedikit saja, salam dan keluar.

Tapi bila pergi ke kelas Farah. Bila cikgu kelas tahu ini mak Farah terus dia pangil Farah
mesti duduk sekali ada banyak perkara nak di bincangkan. Paling utama sekali ialah si Farah
yang suka bercakap selain prestasi pelajaran turun sedikit. 

sayang tau ...dia antara pelajar harapan ...kokurikulum dah bagus..itu bonus! kata cikgu

Bagus juga jumpa guru-guru yang perihatin macam ini. Walaupun sudah berasap juga vontot
duduk di hadapan depan guru kelas dan guru sains. Maaflah para ibu bapa yang lama menunggu, kelat saja muka masing-masing tu.

Pasal mulut Farah tu apa nak buat ye...Masa mengandungkan dia, kita cukup menyampah rakan 
ofis yang mulut becok. 2 minggu sebelum bersalin pula burung datang buat sarang dalam dapur rumah...huhu~

 nantilah Farah ye...mummy belum ada mood nak 'cakap panjang lebar' lagi....



Kelakar dgn hubby smlm...masa nak berbuka ajak makan sekali ...katanya
kenyang lagi... sekali lihat mummy hidang ayam masak lemak dan sambal
tumis sotong ...terus ambil pinggan nak makan...hehe ^______^ 

Wednesday, June 27, 2012

WW: Candid!


Assalamualikum,


Apa yang papa buat ...








Syahmi mesti nak copy n paste...hik3  ^_________~
 

Tuesday, June 26, 2012

Suri Rumah Memang Takde Kerja!


Assalamualaikum,

Tertarik dengan cerita dari blog Mak Encik minggu lepas. Nak kongsi disini sebab rasa macam 
lawak sewel saja En. Zainal ni dan gatal rasanya tangan ni nak ulas serba sedikit. 
Baca dululah ye....

*************************

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja.
Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor     : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor     : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor     : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor     : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor     : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor     : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah
kan tak bekerja.
Kaunselor     : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor     : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.
Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

*********************************

Rasanya bukan hanya segelintir lelaki saja yang kadang fikir gitu. Ada juga 'orang lain' yang
kata surirumah ni macam takde kerja saja kat rumah. Tapi percayalah selagi duduk di rumah,
celik saja mata sehinggalah waktu nak tidur malam nanti ....kerja tak pernah habis!

Paling kita hormat kepada seorang Dr. Pakar Tangan di Hospital Serdang yang mengatakan
Surirumah adalah kerja yang paling susah dalam dunia! Cayalah Prof. Mano!



Sedang mencari resepi2 kek yang best untuk birthday papa next week...ada sesiapa 
nak kongsi resepi dgn kita ....?? ^_________~

Monday, June 25, 2012

Ahad Kami...


Assalamualaikum,


Biasanya di waktu pagi, jika kami berlima ada di rumah. Air tidak boleh buat seteko kerana
masing-masing suka minum air yang berlainan. Semua guna mug kecuali hero bucuk Syahmi tu...hehe  





Setelah berkali-kali hujung minggu sibuk keluar memenuhi jemputan. Ahad semalam 
kami mengerjakan kawasan luar rumah. Dari pagi sampai 3.00 petang tak sedarkan 
diri di luar....



Sebenarnya kita yang mula dulu sibuk membersihkan kabinet kasut dan membuang
kasut-kasut yang buruk tapi sayang nak buang...makin besar kabinet makin tak muat 
pula....geram..hihi~
Lepas itu ada pula orang yang mood rajin membawa keluar semua tin-tin cat yang ada 
dibelakang rumah. Rupanya nak kikis dan cat semua pagar dan dinding di luar rumah
yang dah tercabut tu. berseri-seri pula!



Itu buah hati kita yang terlebih rajin. Mengecat semasa matahari terpacak...sampai merah 
muka tu...hik3



Hutang sudah selesai ye....
Itu kata-kata papa, setelah beli coklat yang betul. 

Ini baru betul coklat kegemaran mummy!
Sebabnya minggu lepas papa tersalah beli coklat jenama lain...hehe~

Best juga melepak di rumah dan mengemas-gemas. Cepat rasanya masa berlalu.


Hari ini ...adehhh...sakit kat pinggang sebab mengemas tak ingat semalam...
nampak sangat jarang2 bersenamkan...huhu ^______^

Thursday, June 21, 2012

Serik Sudah!


Assalamualaikum,

Kenangan suka menangguh kerja jahit menjahit menjelang Hari Raya tahun 2008, telah
membuatkan kita serik. Akibat lambat memulakan menjahit baju raya pada tahun itu 
sehingga masuk ke bulan Ramadhan, sudah banyak kerja lain pula yang menanti. Akhirnya 
pada malam raya baju-baju yang sudah siap dan sepatutnya di sembat dengan tangan. 
Semuanya kita pulun dengan mesin jahit saja...hihi~

Alhamdulillah, belajar dari pengalaman tersebut. Setiap tahun selepas itu, 2 atau 3 bulan 
sebelum Ramadhan kain sudah siap di beli. Jahitan pun bermula sedikit demi sedikit kerana
selalu saja ada halangan. Ada kendurilah, nak kena balik kampunglah, nak jalan-jalanlah dan 
macam-macam lagi. Memang kena buat dateline kalau tak terbabaslah jadinya.

Tahun ini dateline terlebih 21 hari tetapi tetap lega sebab sudah siap sepenuhnya sebelum
Ramadhan menjelang. Mana tak terlambatnya, tahun ini mengada-ngada nak cuba berfesyen
sikit kunun. Untuk 2 anak dara, baju kurung pesak gantung dan kain kipas belakang. Kita pula,
baju kurung pesak pahang dan kain kipas belakang bersama lagi 3 pasang baju kurung biasa. 
Syahmi seperti biasa baju melayu johor saja, selesa sikit untuk budak.



Tinggal lagi 2 pasang baju orang dan selepas itu bolehlah kita mengemas rumah yang 
sudah sakit mato memandang...huhu~ ^______~

Wednesday, June 20, 2012

Majlis Kahwin di UIAM


Assalamualaikum,

Ini adalah majlis perkahwinan yang terakhir dalam list yang kami dapat sepanjang cuti
dan seminggu lepas buka sekolah. Mulanya malas nak pergi sebab sudah 2 minggu kami
asyik berulang ke KL untuk hadiri majlis walimatul urus. Tetapi di sebabkan majlis dibuat
di dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebab tak pernah masuk dan juga sebab
nak beri sedikit motivasi pada anak dara kita, Farah. Gagahkan diri juga turun ke KL lagi.

Rupanya dewan di dalam UIAM ini juga di buka untuk sewaan sebarang majlis dari
pihak luar. 



Sebelum masuk dewan tu, Syahmi dah lari pusing keliling padang ni beberapa
kali tau...cantiklah UIAM nih!
 

Dewan ini sangatlah besar dan nampak grand sangat. Banyak meja yang di sediakan
 

Meja untuk VIP dan pelamin ...banyak bunga sakura...pink semuanya!
 

Pintu gerbang keluar...cantik sangat hiasannya...Syirah suka!
 

Farah teruja bergambar depan dewan tempat budak2 U buat persembahan
 

Ini kita punya...sedap-sedap makanannya dan dihias dalam buffet yang grand!
Tetapi sayang seribu sayang....bukan salah tuan rumah tetapi lebih kepada salah
dan kecuaian pihak kateringlah!

Boleh agak tak berapa sewa dewan yang nampak grand ini....?


Harga nya pun...wow!! boleh buat bayar kateringlah untuk 700 orang  ...^_____^

WW: Seni Tersembunyi


Assalamualaikum,






Setelah puas di sental...huwaaa~



2 hari perut kami sekeluarga meragam...akibat makan kenduri...nasib badan..^_____~

Thursday, June 14, 2012

Tahi Punya Kucing!!


Assalamualaikum,

Masalah sampah semalam telah pun selesai, dengan segera kontraktor sampah
datang selepas hubby talifon bos mereka. Tinggallah bau-bauan yang harus kita 
kerjakan sehingga hilang segala haruman itu.

Masalahnya sampai ke petang bau yang seakan-akan tahi kucing masih menusuk 
ke hidung. Tidak puas hati, kita pun buatlah tour sekitar laman nan secuit depan rumah 
tu...akhirnya terjumpalah selambak tahi kucing di dalam pasu kita. Maka terkeluarlah
perkataan...

cit!! tahi punya kucing!!




Ntah siapa punya kucing yang melepas hajat kat pasu cun kita ni...boleh pulak
kucing tu hulur vontot dia kat dalam pasu kita...tak ada kerja betui...!! Padahal
melambak tanah kat luar sana....haru betul...huhu~






Hari ini kita rasa happy dan lega sangat...Alhamdulillah...harap semuanya
selesai dengan mudah. Thanks papa sayang!  ^_________^


 

Wednesday, June 13, 2012

Sampah!


Assalamualaikum,

Nampaknya makin hari makin menjadi-jadi. Selepas tukar kotraktor sampah 
yang baru. Semua jadi kelam kabut, hari dan waktu jadual pengambilan sampah 
sudah bertukar. Sudah lebih 5 tahun biasa dengan hari Isnin, Rabu dan Jumaat. 
Mereka tukar pula hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Kadang datang pagi kadang 
datang petang...suka hati mereka sahaja!

Baru beroperasi sebulan, sekarang sudah seminggu tak datang. Bayangkan berapa
banyak sampah sudah terkumpul...sampaikan tong sampah pun sudah termuntah.
Siapalah yang bertanggung jawab perihal kontrak sampah agaknya...



Sudahlah jalan raya macam jerawat batu, lori curi pasir ligat beroperasi 
dimalam hari...nasib badan tinggal di daerah ini...^_____~

WW: Almari Siti Nurhaliza...Meriah!


Assalamualaikum,






Sebahagian saja kot.... ^_______~

Tuesday, June 12, 2012

Seronok Sangat ke Pergi Melawat Istana Negara...


Assalamualaikum,

Sana sini semua sibuk nak pergi melawat Istana Negara lama tu...seronok sangat ke?



Mahu tak seronok...dapat bergambar dari dalam pagar di mana
selama ini hanya dapat bergambar kat luar sana sebelah kuda saja...hik3



Dapat bergambar ala-ala lepas dapat anugerah...seronok apa...hihi~



Lepas bebas ke sana sini ...buat dan berangan macam rumah sendiri saja...sebelum ni 
nak masuk pun tak boleh...hehe~



 yang kita minat...





yang hubby minat...



yang Syahmi suka... comel kucing istana ni!


Hangat betui lani kan....habis semua pokok bunga kering kontang kalau 
tak disiram air setiap hari ... 

Syahmi dan Keletahnya


Assalamualaikum,

Kalau ditanya... Syahmi sayang siapa?

Jawabnya mesti adil dan saksama iaitu ...sayang mummy dan papa!

Sayang banyak mana?

Jawabnya....big and high macam Giant!

Maksudnya pasaraya Giant...boleh jadi model untuk iklan pasaraya Giant tak...hihi~



Sejak papa beli kamera baru semata-mata kerana majlis kahwin anak abang minggu lepas. 
Syahmi sudah mula buat perangai lamanya....iaitu berposing ambil gambar sendiri.

 


Soroklah kat mana pun kamera itu, pasti dia akan jumpa. Sudahlah kamera lama
dia yang rosakkan...aduhai hero kecil kita ni....huhu~



Malam ini ada mesyuarat...bukan nak sokong mana2 pihak pun tapi sudah jemu dengan
masalah jalan yang teruk dan kes curi pasir yang kronik di sini....

Monday, June 11, 2012

Susah Kalau Jadi Begini


Assalamualaikum,

Semasa balik semalam lalu Kajang Silk, singgah solat di R & R selepas tol. Masa bertolak
keluar dari situ terserempak kereta ini...




Apalah nasib tuan kereta ini. Kalau tak jadi apa-apapun, susahnya kalau kereta
dah jadi begini. Patah kaki... boleh ke nak tuntut dengan pihak insuran yek?



 Mood malas nak mula balik menjahit...huhu~ ^_____^

Door Gift Unik


Assalamualaikum,

Sepanjang cuti sekolah ini hinggalah ke minggu hadapan kita mendapat 7 undangan 
walimatul urus. Setakat ini hanya dapat pergi 2 majlis sahaja...nak buat guano...sibuk sokmo..hik3

Semalam ke majlis perkahwinan kawan hubby. Majlis yang sangat meriah kerana dengarnya
pegantin perempuan itu anak perempuan tunggal. Menggunakan perkhidmatan live band,
pelamin yang sangat cantik dan katering dari Angsana katering yang memang terkenal 
dengan keenakan masakannya sudah tahu betapa tuan rumah bersungguh dalam meraikan
majlis anak mereka.

Selalunya dalam majlis kahwin ni pasti dapat door gift cawan atau pun kek tapi majlis kali 
ini lain dari yang lain. Door gift ada kelainan dan kita suka sangat!


Bekas kaca yang comel 
 

Dapat 3 bekas...heee~ suka!
 
 
Boleh buat kawan bekas kaca dari Ikea yang sedia ada kat dapur. Nak isi 
apalah pula dalam bekas baru ye



Terima kasih buat pasangan mempelai. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.




Ada yang bertanya "baju raya ke-2 dah siap ke belum?". Jawabnya ...belum lagi...
rancangan tergendala sebab sibuk dengan majlis walimatul urus...hehe~ alasan ^____~

Friday, June 8, 2012

Berwarna-warni


Assalamualaikum,

Lebihan benang jahitan baju-baju sebelum ini. Banyak warnanya, ada yang warna 
yang hampir sama tapi tak boleh di gunakan. Setiap kali menjahit baju baru, mesti 
beli benang yang baru kerana warna nampak saja sama tapi tak serupa.




Begitu juga dengan manusiakan. Kalau dulu katanya rambut sama hitam tapi kini rambut
sudah lain-lain warna...hehe~ tapi yang pasti hati semua tetap tak sama. Sukar nak 
menilai dan menduga hati orang walaupun saudara sendirikan.


Cuti sekolah hampir berakhir...walau tak bawa anak2 jalan jauh, dapat jalan2
Kuala Lumpur pun mereka dah happy....lega... ^_____^

Wednesday, June 6, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Saudara Yang Pertama


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah segala debaran yang ada dalam dada.

Semuanya sudah selesai...

Segalanya berjalan dengan lancar, syukur pada NYA kerana mendengar segala
doa hamba yang kerdil ini... Alhamdulillah!

Abang sulong menyambut menantu yang pertama bererti cucu menantu yang pertama
dari keluarga Masrif. Sekejap saja terasa masa berlalu. Masih terdengar-dengar suara 
kecil dan riang mereka memanggil....maksu! maksu! setiap kali kita datang ke rumah.
Sekarang semua anak saudara kita yang dulu kecil dan lasak, sudah pun besar panjang.
Gembira pun ada, sedih pun ada melihat mereka semua.

Bertambah sayu melihat emak dan ayah yang semakin berusia. Hiba dihati melihat 
abang dan kakak ipar yang bertungkus lumus menjayakan majlis anak mereka. Tak sedar
airmata laju mengalir bila berada dalam situasi begini, tapi semuanya berakhir dengan 
kegembiraan dan kebahagian...Alhamdulillah!

Cengenglah kamu ni Ati! ya ...betul, rasanya hanya orang yang berada dalam situasi kita
saja yang faham bagaimana perasaan kita ini. 


 Ini abang sulong yang tersayang kita, Seorang abang dan anak yang sangat bertanggung
 jawab. Kami satu ayah dan emak tapi selalu orang tak percaya...hihi~



Mama dan Ayah bersama pengantin baru
 

Tak sempat nak bergambar semua sekali...kesian abang, sibuk sangat!
Bertudung kuning itu emak kita yang tersayang.


Hubby bersama abang ke-2 dari Singapura. Kami jarang sangat dapat berjumpa.
Terpisah diantara 2 negara, walaupun dekat lepas 10 tahun baru dapat jumpa lagi...sedih!
 

Ayahanda Masrif memberi restu buat cucunya...tua nampak ayah kita...hiba lagi..huhu~
 

Anak saudara sudah besar panjang dan cantik-cantik semuanya...sekejap lagi
Farah dan Syirah pula dah besar...huwaahh sedih lagi!


Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke anak cucu buat Lili dan Syukri! Begitu 
juga untuk keluarga besar Pak Masrif...AMIN!

Saturday, June 2, 2012

Debaran....


Apa yang akan berlaku hari ini ye...

Hati berdebar-debar...

Semoga semuanya hari ini akan di permudahkan...amin!