Tuesday, May 29, 2012

23hb Mei Setiap Tahun


Assalamualaikum,

23hb Mei ialah hari lahir Angah yang telah pun berlalu tapi tetap nak abadikan cerita ini.


Sejak 4 tahun yang lepas telah pun menyambut hari lahirnya jauh dari keluarga.
2 tahun di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. 1 tahun di Matrik Gopeng, Perak.
Tahun ini dan 4 tahun akan datang insyaAllah Angah akan menyambut di Kota Kinabalu,
Sabah pula. 


Seorang anak yang pandai berdikari sejak sekolah lagi dan tidak suka meminta-minta
kalau bukan keperluan pelajaran sahaja. Dia tahu kami bukan orang senang dan kerana
kesusahan ini jugalah Angah kuat semangat untuk berusaha dan berjaya.


Mummy berdoa Angah sentiasa sihat dan pandai membawa diri di tempat orang. Semoga
Angah akan berjaya mencapai cita-cita dan terus berjaya di dunia dan di akhirat....amin!


Angah dan Farah dulu2. Seorang yg mendengar kata dan suka melayan budak2.


Kembali sibuk menjahit untuk baju raya ke-2 kami berempat dan tempahan jiran.
Harap dapat siap semuanya sebelum Ramadhan menjelang ^_____^

Monday, May 28, 2012

TM Dan Streamyx...Ada Masalah Ke??


Assalamualaikum,

Kejap timbul kejap tenggelam saje kita ni. Begitu juga dengan dengan talian
Telekom dan talian Streamyx di kawasan kediaman kami. Sejak minggu lepas
nak buat n3 pasal birthday Angah dan macam-macam lagi tapi semuanya terbantut
kerana masalah talian ini.

Kenapa ye ...PIHAK TM dan PIHAK STREAMYX??
5-6 hari tak ada line, selepas itu malam tadi tiba-tiba ada dan pagi ini tak ada semula
dan petang ini ada semula. Kalau Streamyx saje tak apa juga ini dengan talian TM pun
sekali hilang.


Selamat bercuti pada yang bercuti di musim sekolah ini...kita tak kemana2 coz
hubby sangat sibuk dan tak dapat bercuti pun...huhu~

Friday, May 18, 2012

Kem Smart BKBRP, Bentong


Assalamualaikum,

Sejak Syahmi dapat keluar dari Hospital Putrajaya setelah kena tahan
di wad selama 2 hari. Mummy pula kena sentiasa pantau dia ...takut memanjat
lagi ...takut lari dan jatuh lagi. Akhirnya blog cayang bucuk kita ni pun terabai,
selain dari alasan laptop masih rosak dan kamera pun buat hal...menyebabkan
banyak kenangan indah tak dapat nak di rakam, kesian betul...huhu~





Sabtu lalu kami ke Kem SMART BKBRP, Bentong untuk majlis reunion sekolah
hubby.  Meriah juga kerana puan penganjurnya ada membuat banyak acara permainan
untuk anak-anak dan juga untuk ibu dan bapa. Walaupun cuaca amat panas tapi bila
lagi nak merasa pengalaman berada di SMART KEM, bagi kami sekeluarga ini merupakan
pengalaman yang pertama kali.

Di sini ada di sediakan chalet-chalet yang comel untuk di sewa, di mana di dalamnya
ada 2 buah katil 2 tingkat. Ada juga anak sungai yang di dalamnya ada batu yang unik.
Kita ingatkan batu buatan tetapi rupanya batu asli yang berbentuk seperti gua. Rugi tak
dapat snap semua kenangan yang indah ini.



Syahmi kalau boleh semua acara dia nak join, walaupun untuk orang yang
lebih besar

Nasib ada gambar-gambar dari FB kawan hubby...dapat juga nak menempek
kat sini. Tengok tu Syahmi sunguh-sunguh mengigit sudu tu...walaupun tak menang
dia dapat hadiah juga kerana peserta paling cecik :)


Suatu ketika dahulu mereka ini adalah pelajar sekolah dan sekarang semua
dah jadi bapak orang dan perut pun dah membuncit...jangan marah papa...hihi


Pada yang bercintan cintun masa sekolah dulu...lupakan saja kenangan lapuk
tu...kan lani masing2 dah berkeluarga...enjoy sajalah! ^_____~