Thursday, April 26, 2012

Bila Boring Masak Di Dapur!


Assalamualaikum,

Bila sudah boring memasak dan makan sambil mengadap dinding dapur.
Mana mampu asyik nak makan di luar saja, mahu semput sebelum waktunya.

Jadi cara lain ialah main bakar-bakar kat luar rumahlah sambil menikmati
angin malam yang sepoi-sepoi tu ...kununnya berangin sangat...hik3


Syahmi tolong mengacau saja tapi anak-anak memang enjoy sambil
main bunga api pula tu ...hihi~


Bahagian air dan nasi ...memang nak makan di luar saja.


Kita hanya masak sayur campur dan black paper sos untuk di makan
bersama ayam panggang dan sosej. Main campak-campak je semua tu...
janji boleh makan di luar dan enjoy :)


Ini mummy punya...jemput makan ...hik3

Syahmi baru jatuh dari atas katil 2 tingkat, menangis tak berhenti...seriau jantung 
den...budak initak boleh ada benda yg tinggi semua nk di panjatnya

Kisah Seram Di Pantai Morib


Assalamualaikum,

Sebulan dua ini, Hubby sangat sibuk hinggakan cuti pun pada hari weekday saja.
Baru minggu yang lalu dapat cuti pada hari Sabtu. Maka kami pun pergilah ke tempat
kegemaran kami sekeluarga, apalagi Syahmi dah berminggu menuntut nak ke pantai.

Lewat petang dalam pukul 6.00 baru sampai ke pantai Morib. Sekali lihat air pasang
besar dan laut bergelora lain daripada biasa. Jadi Syahmi dan Syirah yang sudah siap
pakai baju mandi dari rumah hanya main korek pasir di tepi pantai. Sesekali depa
pergi ambil air laut di tepian pantai saja.

Kebanyakan orang ramai yang datang pun hanya mandi di tepi pantai saja. Mummy
dan Papa duduk atas batu pantau anak-anak sambil menikmati angin yang kuat dan
pemandangan yang indah.

Terpandang seorang gadis berbaju blouse kapas berbunga kecil, berseluar biru dan
bertudung bawal. Ayu saja gadis ni sambil berdiri di tepi pantai dan melambai-lambai
pada 4 orang kawan atau saudara lelaki yang sedang mandi di dalam laut.

Sekejap lagi gadis itu dengan baju yang sama datang ke pantai lagi tapi kali ini rambut
sudah terjurai ke pinggang ...agaknya tudung bawal tadi sudah terbang di bawa angin kot.
Kali ini dia terus masuk ke dalam laut untuk mandi bersama teman-temannya tadi.

Pemandangan itu sudah cukup buat mata pemandang kepada mereka tetapi ...
keadaan gadis itu sudah buat akak dan wanita lain nampak sangat menyeramkannnn....
keayuannya tadi pun sudah hilang....seram...seramm!!

Peringatan untuk anak-anak dan diri sendiri juga kalau nak mandi di public janganlah
pakai pakaian yang berwarna cerah apalagi blouse kapas yang jarang....jadi seram orang
melihat.


teringat kat Angah bila balik bercuti, dia cukup marah kalau Farah jemur baju di luar
tanpa pakai tudung...huhu ^________~

Wednesday, April 25, 2012

WW: Roti Sulong


Assalamualaikum,

 Pertama kali buat roti, inilah hasilnya ...


 


Potato Bun...yummiiiii .... ^_________~

Tuesday, April 24, 2012

Sudah Mati Tapi Tak Sedar


Assalamualaikum,

Tiba-tiba saja semalam mood rajin nak mengemas bag duit. Banyak sangat
sampah sarap didalamnya. Segala macam resit pasaraya ada ...Tesco, Giant,
Care4... bil KFC yang makan dua tiga bulan lepas pun ada juga. Duit saja yang 
tak ada...huhu~

Bila sibuk membelek wallet ni baru teringat nak tengok lesen memandu expired
bila. Sekali lihat...aduhai...dah mati pun bulan lepas. Jadi selama sebulan ini kita
dengan selambanya memandu ke sana sini tanpa rasa bersalah. Nasib tak ada 
polis yang menahan kalau tak...selamat...hihi~


Hari ini Along final exam...semoga semuanya di permudahkan dan akan 
berjaya dengan cemerlang...amin!

Monday, April 23, 2012

Misi Tahun Ini


Assalamualaikum,

Pengajaran yang kita dapat dari pengalaman tahun lepas, dimana pada bulan
Ramadhan kita masih sibuk menghabis jahitan baju sendiri dan anak-anak.

Jadi misi pada tahun ini ialah untuk membeli kain dan memulakan acara jahit-
menjahit seawal yang mungkin.

Minggu lepas sudah pun selesai membeli kain-kain untuk di buat baju kurung dan
baju melayu Syahmi.  Minggu lepas juga sudah selesai menjahit baju sekolah baru
untuk Farah dan Syirah. Jadi minggu ini cuba nak menghabiskan jahitan sepasang
baju kurung untuk kami bertiga dahulu. Baju melayu Syahmi dan baju sedondon kami
untuk tahun ini pula, plan nak potong dan jahit pada minggu ke-2 bulan Mei.

InsyaAllah bila tiba bulan Jun semuanya sudah pun selesai. Bila tiba bulan Ramadhan
nanti hanya nak tumpu pada buat kuih raya dan beribadah sahaja...insyaAllah!

Pada tahun ini juga buat pertama kalinya selepas berkahwin, kita menempah baju
kurung moden. Di mana kali terakhir kita menempah baju moden ini ialah semasa
menempah baju untuk majlis bernikah kita dulu. Mak oiii...lama bebenor yek...hik3!
Bukan tak konfiden dengan badan sendiri tetapi lebih selesa pakai baju kelambu tu...
hehe...ayat cover :P

Setahun dua selepas berkahwin kita pun dah belajar menjahit baju, selepas itu semua
baju pun jahit sendiri. Jadi sewaktu menempah baju minggu lepas, terkejut juga harga
tempahan untuk baju kurung moden ialah RM58.00 ...emm takpelah sekali ini saja nak
beralih angin. Selepas ini bolehlah belek-belek cara nyonya tu potong dan jahit baju
tu...bolehlah copy saja...huhu~

Laptop kesayanganku masih rosak...hari tu hantar repair tapi orang tu tak boleh buat
pulak. Mana pulak nak cari orang yang boleh buat... ini yang buat  hilang mood nak online... ^______~

Friday, April 13, 2012

Ingatan Di Hari Lahir ...Penting Kah?


Assalamualaikum,

Jika dulu pada kita tak kisah sangat.  Setiap hari lahir insan-insan yang kita sayang dan 
rapat kita pasti ingat hari lahir mereka. Kita berusaha untuk talifon atau sms untuk
mengucapkan selamat pada hari lahir kepada mereka. Hang ada ingat atau ucap selamat 
pada hari lahir kita ke... ITU NO PROBLEM!

Tapi sejak usia dah semakin naik dan terus naik tak turun kembali ...hehe~
Kita jadi lebih peka dan sensitif. 

Buat apa aku seorang saja yang nak ingat hari lahir mereka semua dan terhengeh-
hengeh nak ucap selamat ....sedangkan mereka semua tak pernah pun berusaha 
nak ingat hari lahir aku!

Jadi sejak tahun lepas kita sudah berhenti membuang masa membuat sesuatu yang tak
pernah orang hargai dan ingati. Sensitifkan.... memang sensitif sejak setahun dua ini..huhu~

Insan-insan yang tak pernah lupa pada hari lahir kita sejak dulu hanyalah suami, 
anak-anak, kakak dan juga sahabat baik kita Syerah. Bukan hadiah atau wang 
ringgit yang di minta. Cukup sekadar ucapan sebangai tanda ingatan yang kita ini
juga penting di hati mereka.




Sori pada sahabat2 yang tak sempat ziarah. Laptop pula rosak petang smlm.
Notebook ni tak boleh nk upload gambar! Dugaan!! ^________~

Thursday, April 12, 2012

2 Hari Line TM Rosak, Macam Tinggal Dalam Hutan


Assalamualaikum,

Pada hari Isnin dan Selasa minggu ini, line Telekom dan juga Steamyx rosak.
Bila laporan di buat pada talian 100, menurut kata customer service tu talian
di semenanjung memang sedang bermasalah.

Korang ada alami problem yang sama tak?

Jika tak tahu adanya masalah talian ini. Tak online ke atau tak talifon sesiapa berhari-
hari pun rasa ok saje. Tapi bila dah tahu talian tak boleh di gunakan dan tak boleh pula
masuk ke dalam alam maya tiba-tiba rasa semacam saje. Rasa macam terkurung dan
rasa macam duduk dalam hutan pun ada...pelik pula kan hehehe~

Masa itu jugalah tiba-tiba rasa perlu google somethings ...nak cari resepilah...
nak cari punca penyakit itu dan inilah...macam-macam rasa nak google masa line 
tak boleh nak masuk....aduhai! 

Van TM pun 2 hari jugalah ada di taman perumahan kami ini. Syabas pada kakitangan
TM yang berusaha tanpa jemu membaik pulih masalah yang ada. Pada pukul 10 malam 
hari selasa line TM telah ada kembali dan barulah rasa tinggal dekat dengan semua...hik3


Semoga ancaman Tsunami tidak berulang lagi....

Friday, April 6, 2012

Imej Baru!


Assalamualaikum,


Sudah berimej baru anak dara kita ni...


Rupa ikut Papa tapi tang rabun juga nak ikut Mummy...alahai!
Tapi Mummy pakai cermin mata bila dah kerja tau...huhu~


Sempat snap gambar sebelum depa pergi sekolah petang pula. Syirah jangan
ikut Mummy rabun tau...ikut Papa...mata line clear...hik3


Budak2 zaman sekarang ni ...awal2 dah kena pakai cermin mata ... ^_______~
 

Buah Hati Lama Dan Baru


Assalamualaikum,

Setelah lama berkhidmat, rasanya 12 tahun. Banyak berjasa pada kita kerana
kita suka buat kek, walaupun kek biasa-biasa saja tapi perkhidmatannya amat
di perlukan pada bulan Ramadhan untuk membakar kuih raya kerana anak-anak
suka kuih yang mummy buat sendiri...uwekk puji diri sendiri nampak...huhu~



Sejak tahun lepas dah mula meragam tapi awal tahun ni langsung tak boleh digunakan
lagi. Buah hati yang banyak berjasa ni dah selamat duduk kat luar tak tahu nak buang 
kat mana lagi. Bye-bye sayangku!





Buah hati baru dah sampai. Papa kata hadiah Anniversary yang jatuh hujung bulan ini.
Senyum lebar dan berbunga riang di hati ....hehehe... Sudah pun selamat mencuba 
bakar kek dan buat Lasagna. Cuma masih tak biasa dengan cara baru ni dan di harapkan
dapat berkhidmat lama macam buah hati lama tu. 

Thank you sayang, belikan mummy OVEN baru yang dah lama di idamkan!!


Tengah fikirkan something....  ^_________~

 

Thursday, April 5, 2012

Sejarah Yang Di Tinggalkan Di Bukit Jugra


Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat semua. Tentang kita dan cik TON malas nak cerita! Memang 
SUPER 'A' class dah nak masuk 2 minggu nih ....memang dugaaannnn!!

Ingat tak, cerita tentang Bukit Jugra yang pernah kita katakan. Ada lagi satu story yang 
menarik di sana selain dari Paragliding. Kalau tengok pada jalan nak ke situ, memang 
macam tak ada apa dah. Semak samun, suspen pun ada  dan jalan yang ada pun kecil 
saja. Tapi jika jalan terus hingga ke hujungnya, anda akan berjumpa dengan ....



Menakutkan lalu jalan yang dah tak terjaga ini tapi pasal nak tahu apa ada di hujung
sana...kami redah sajalah.



Juga di kenali sebagai 'PASKAU'. Kalau ikut sejarah yang kita baca pada 1971
TUDM Bukit Jugra dibuka untuk menempatkan Pusat Pertahanan Udara II dengan
sistem Radar Marconi S600. Kedudukannya adalah dipuncak Bukit Jugra berhampiran
dengan bandar Banting, Selangor. Pada tahun 1993 radar di PPU2 dipindahkan
ke Kuching dan pangkalan TUDM Jugra diambil alih oleh Markas Rejimen TUDM.
  
Kawasan kem ini sangat luas tapi berpagar walaupun telah di tinggalkan. Ada lagi gambar
yang kita ambil tapi tak berani pula nak siarkan sebab di situ ada ditulis tak dibenarkan 
mengambil gambar. Tapi tak tahulah arahan itu semasa kem ini masih di buka atau tidak.
Cuma kita tak tahu bila pula kem ini telah di tinggalkan sepenuhnya dan kenapa tak buat
apa-apa lagi di situ. Jadikan Mizium ke untuk tarikan pelancong.

Sayang juga lokasi yang cantik mengadap ke laut nan membiru, mungkin mereka masih 
gunakan sekali sekala kot...? Ada sesiapa yang tahu tak...silalah berkongsi cerita.

Sunday, April 1, 2012

Gathering Hari Ini..Jagan Lupa Tempek Gambar!


Assalamualaikum,

Pada sahabat-sahabat yang pergi gathering breakfast di rumah Dato' 
silalah share gambar-gambar. Termasuk gambar makanan-makanan yang 
semestinya best tu ...hehe~

Maaf tak dapat nak join, walaupun memang teringin nak pergi. Tapi apa boleh
buat hubby kerja dan kita pun belum sembuh lagi dari sakit tonsil. Semoga gathering
di kemudian hari akan di rancang lebih awal supaya senang nak uruskan waktu
cuti hubby.  Sememangnya kita sangat rindu nak jumpa dengan kalian semua.


tonsil...silalah pergi dari tekakku ini...huwaaahhh....sakittt!