Friday, March 30, 2012

Tonsil Yang Menyakitkan


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Kita ni sudah 2 hari tak sihat. Bermula malam Rabu
tonsil lama datang menyerang, kali ini paling teruk dalam tahun ini. 

Sejak tahun lepas kita sudah pandai mengelak agar tonsil tidak kerap meyerang
dengan mengambil vitamin C 1000mg setiap hari. Tetapi bulan ini selalu sangat 
lupa nak makan vitamin C tu...ke mengelak makan sebab takut selera makan banyak..huhu~
Akibatnya tonsil kali ini datang sekali dengan pakej selsema....ha...ambik kau ..ahak!
Aduhai...memang tak larat sangat nak bangun. Semua kerja jadi tergendala tetapi
sebangai suri ni mana boleh nak M.C. kan kenalah juga buat secara perlahan-lahan.

Dalam pada itu ada lagi orang yang ingatkan tonsil ini hanya sakit biasa...tak sakit
mana pun! Jadi pada mereka-meraka itu mari baca kesan-kesan dari penyakit tonsil ini

1. Sakit tekak yang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Berdengkur pada waktu tidur

Maklumat lebih terperinci ada dalam blog INI. Jadi pada yang kata kita ni macam 
saja buat-buat sakit tu...SILALAH FAHAM...apapun terima kasih!


Akibat banyak kali terlelap kerana makan ubat selsema...tak sedar ada Poslaju
datang....jadi pagi ini kena pergi ambil di Banting...^________^


Wednesday, March 28, 2012

F1 Year 2012: 1st Time Tonton Live


Assalamualaikum,

Lebih Kurang 5 tahun kami tinggal berdekatan di KLIA. Tahun inilah pertama kalinya
dapat menonton F1 secara live. Rezeki terpijak namanya kerana secara kebetulan 
pagi hari ahad kawan hubby yang telah membeli tiket 'Hillstand' yang ada bumbung,
ada hal di Kuala Lumpur. Jadinya 2 tiket itu menjadi milik kami.




Tercapai juga hajat hubby nak sangat bawa hero kesayangannya pergi sekali.
Sekejap saja dia boleh duduk diam, kalau boleh 1 bukit ni Syahmi nak pusing.
 


Merasa juga mengalaman menonton F1 di litar Sepang, suasana bagaikan orang sedang
berkelah ada yang bawa tikar, ada yang bentang surat khabar dan yang pasang khemah
(emm....boleh ke yek...?)


Ketika ini hujan di sebelah Hillstand C2 hanya renyai tapi di sebelah sana rupanya
hujan sudah lebat dan selepas ini saja perlumbaan pun di hentikan....boringgg!
 

Hillstand tak berbumbung, rasanya tiket untuk situ hanya RM50 tapi leceh bila
hujan begini. Masing-masing dah boring, sampai ada yang tidur. Selepas ini
saja kami pun balik, malas nak tunggu, balik tonton di rumah lagi syokkk...hik3



Pada hari sabtu ramai tetamu berkunyung ke rumah melawat Syahmi...semua gara2
cerita INI . Terima kasih buat Wan, Pakngah, Makngah dan anak2, Maksu, Maktam dan
Zila. Macam ada majlis pula bila berkumpul ramai2...seronok! ^________^

Friday, March 23, 2012

Tersenyum Simpul Melihat Gambar Ini


Assalamualaikum,

Bagi orang yang bukan fotogenik macam kita ni memang sukar nak dapat hasil gambar
yang berkenan di hati. Tetapi gambar ini membuat kita tersenyum simpul dan suka.
3 sebab-sebabnya ialah....

1. Mestilah kerana bergambar dengan hubby yang tercinta. Bergambar berdua begini
    mengingatkan pada zaman cintan cintun semasa berkerja di Regent Hotel dulu...hihi~

2. Kerana latar belakang yang menghijau sejuk mata memandang. Memang diantara 
    tempat-tempat kegemaran kita.

3. Sekali pandang kita nampak lebih kurus daripada biasa...hik3 





Pendinding Daripada Perbuatan Syirik


Assalamualaikum,

Kegemaran kita yang suka menyimpan keratan akhbar yang menarik untuk
simpanan. Ada yang dari tahun 2000 lagi dan semua itu kita simpan didalam 
kotak yang besar.

Ini antara yang terbaru dalam simpanan dari akhbar Utusan tentang Datuk Ismail Kamus 
yang memberi perkhidmatan di Darussalam, Gombak. Dia mengeshorkan umat Islam 
mengamalkan beberapa ayat dalam al-Quran sebagai pendinding daripada perbuatan 
syirik. Sangat elok kita semua amalkan kerana zaman sekarang banyak sangat perkara
yang tidak disangka berlaku.

Katanya, sebelum tidur:

Amalkan membaca bismillah (21 kali), membaca tiga Qul (surah al-ikhlas, al-falaq,
dan an-nas) kemudian tiupkan pada tangan sehingga habis nafas dan sapukan pada
seluruh badan (3 kali).

Di susuli dengan membaca ayat kursi, ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr dan empat
ayat terakhir surah al-Mukminun.


Jika ada yang nak berkongsi lagi...sila2kan. Selamat beramal.... ^________^

Thursday, March 22, 2012

Degupan Jantung Mummy & Papa Bagaikan Terhenti!


Assalamualaikum,

Hari sudah jauh malam, kami sudah pun masuk ke dalam bilik tidur tetapi
Syahmi masih nak membuas,lari ke sana dan lari ke sini...sekali....

Kelukukk!!

Syahmi terjatuh ke lantai dan meraung sambil memegang kepalanya.
Mummy berpaling melihat dan tanya sakit kat mana..? Bila pegang kepala Syahmi
habis penuh darah kedua tapak tangan....panik!! jerit panggil Papa di luar bilik.



Bila Syahmi tengok tangan Mummy penuh darahnya, dia pun menjerit..
tolong...tolong...bawa Nel gi klinik besar! (maknanya Hospital Putrajaya...suka sangat
kat hospital tu...huhu~)



Papa berlari bawa peti kecemasan dan Farah bawa towel nak stopkan darahnya dahulu. 
Sampai tertidur hero ni menangis. Panik punya pasal sampai talifon Angah di Sabah
untuk bertanya. Padahal boleh je talifon kecemasan di Hospital Putrajaya tu.



Towel, baju Syahmi dan Mummy habis penuh darah. Baru tahu beginilah bau hanyir
darah. Tak lena tidur Mummy, takut dia tertekan luka di kepala tu.



Pagi-pagi kami dah sampai klinik. Tengok tu Syahmi tengah posing untuk
di cuci. Tak mahu jahit ...katanya. 


Tertonggek-tonggek menahan sakit, ketika kena cuci. Nasib baik tak perlu 
dijahit kalau tak jenuhlah Mummy...sudahlah Papa kena kerja pulak tu.


Itu dia bertambah lagi tanda pangkat hero kesayangan kami sekeluarga ini.
Alhamdulillah tak teruk sangat cuma doktor suruh pantau kalau jadi demam
dan mesti makan ubat antibiotik.


Di klinik tadi semua orang menggeleng kepala tengok betapa aktifnya Syahmi...
habis lari keliling klinik...depa tak tau mummy dia dah nak fengsan...hik3 ^________~

Wednesday, March 21, 2012

Kejadian Misteri Dalam Surau Di Tol Putrajaya


Assalamualaikum,

Kejadian ini terjadi pada hari rabu lepas. Ketika itu kami dalam perjalanan nak
pulang ke rumah dari lebuhraya Shah Alam ke Putrajaya. Berhenti sebentar 
di perhentian sebaik saja melepasi Tol Putrajaya kerana nak menunaikan solat Maghrib. 

Disebabkan Syahmi dan Syirah sedang tidur, kami ambil giliran untuk menjaga mereka
dalam kereta dan kita bersama Farah pergi dahulu. Sebaik saja memasuki surau yang 
amat sempit. Ketika itu ada 4 orang wanita dan seorang kanak-kanak sedang solat
berjemaah sudah tak boleh nak masuk lagi. Kami pun ambil wuduk dan bersiap memakai 
telekung dahulu sementara menunggu dengan penuh sabar mereka habiskan doa yang 
panjang lebar itu.

Sebaik saja mereka selesai, kami pun terus mengambil tempat untuk bersolat. Beg kain
sembahyang pula di letak di sebelah kanan. Setelah selesai ada tinggal lagi 2 wanita tadi
yang sedang bersiap memakai tudung. Sebaik saja mereka keluar dan ketika hendak 
memasukkan kain sembahyang ke dalam beg. Barulah kita menyedari yang sebentuk cincin 
emas kita telah hilang dari dalam beg. Ketika hendak mengambil wuduk tadi kita telah 
menanggalkan 2 bentuk cincin, 1 gelang mutiara dan 2 keronsang mutiara. Semuanya 
disimpan di dalam beg kain sembahyang dan di atasnya kita letakkan tudung kami berdua.  

Tidak terlintas di hati ada orang yang mengambilnya kita pun segera memunggah semula
semua barang-barang dalam beg kain sembahyang, pergi semula ke tempat wuduk dan 
juga mencari di lantai surau tetapi masih tak jumpa. Terasa cemas juga kerana cincin itu
kalau ikut harga semasa mahu RM 700. Dalam hati yang sedih berkata dah tak ada rezeki.
Ketika hendak melangkah keluar surau tiba-tiba kita terpandang beg yang tergantung di 
balik kain-kain sembahyang yang tergantung di dalam surau. Hati terasa nak melihat pula
dalam beg itu. 

Kuasa Allah yang Maha besarkan, kita terlihat cincin kita elok terletak di atas kain 
sembahyang yang terlipat di dalam beg yang tergantung itu. Pada ketika itu timbul
rasa marah pada siapa yang buat begitu dan mengapa...??. Ketika itu juga kita tak
mahu memaafkan hamba Allah yang buat begitu kerana menyusahkan kita membuang
masa mencari sedangkan hubby sedang menunggu untuk bersolat pula. Tetapi kini kita 
sudah memaafkan sesiapa saja hamba Allah itu tetapi masih tak tau apa motif DIA 
berbuat begitu???


lebih berhati-hati sekarang ini, tak kira dengan siapa atau dimana tempatnya.... 
 

WW: Pokok Karot


Assalamualaikum,




Pertama kali tengok live....hihihi~


kata orang 'jauh berjalan luas pandangan'
ini kes punyalah tak jauh berjalan....hik3 ^_________~

Tuesday, March 20, 2012

Sarapan Yang Berkhasiat


Assalamualaikum,

Walaupun sudah 20 hari tak buat n3 baru tapi bila pergi melawat Nuffnang
tadi, alhamdulillah sangkut juga 1 BE. Bila periksa kadar pelawat minggu lepas
ada lebih 300 orang datang melawat...terima kasih banyak-banyak pada sahabat
yang sudi bertandang walau puan rumah takada.





Ini adalah breakfast kita pagi tadi dah 2 hari ubah menu breakfast. Selalunya
makan 1 keping roti bakar dengan 1 mug nescafe O, nanti bila lapar lagi makanlah
biskut janji sedikit-sedikit. Tapi menu baru ni sudahlah berkhasiat ianya sangat 
mengenyangkan tau. Harap-harap dapatlah kurangkan sikit berat badan....hik3!

 
 bila nak ada gathering lagi....ke kita dah ketinggalan ... ^____________~

Coklat Buatan Sendiri Yang Pertama


Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat kita semua. Lama betui kita ni bertapa...hehe~
Bermula dengan anak-anak tak sihat selepas itu mummy mereka pula
tidak sihat dan seterusnya penyakit MALAS datang melanda, sedar-sedar
sudah 2 minggu tak masuk ke dalam alam maya.

Inilah antara aktiviti kita semasa menghilang ni, nak buat kek asyik-asyik kek
kukus saja sebab oven dah lama rosak. Selepas belajar sikit-sikit dalam 
you tube jadilah coklat pertama kita ni.



Sebagai permulaan hanya guna apa yang ada dalam peti ais saja. Isi didalam kita
letak hazelnut yang di goreng ranggup. Selepas ini harap dapat beli pewarna dan
corak yang lain pula. Ini hanya untuk kepuasan diri sendiri saja disamping rasa seronok
pula bila anak-anak suka makan coklat yang mummy buat sendiri.


Semoga selepas ini tak malas...malas lagi.... ^_____________~
 

Thursday, March 1, 2012

Bukit Jugra Dan Paragliding


Assalamalaikum,

Inilah jawapan n3 WW semalam. Memenuhi permintaan birthday girl, Farah
yang teringin nak ke sana dan mummy pun memang lama nak lihat orang 
main paragliding di Bukit Jugra.

pic pinjam dari blog My Banting
Malangnya sampai sana pun dah pukul 6.30 petang yang ada hanyalah orang berjogging.
Jadi kami bersantai-santai sajalah disana. Bayangkan hampir 6 tahun kami tinggal 
berdekatan kerana nak sampai ke Bukit Jugra dalam 45 minit. Baru tahun 2012 ini kami
sampai ke sini.




 Syahmi sangat suka tapi paling seksa nak jaga dia di tempat macam ini...huhu~


Pemandangan memang sangat cantik! cuma.....sepanjang perjalanan nak naik ke atas.
Adalah pemandangan yang tak sedap dipandang, emm.. pada sesiapa yang pernah pergi
tentu sudah tahukan. Tapi yang lebih penting pihak yang bertanggung jawap kena pantau
dan jaga kebersihan sepanjang perjalanan hendak ke Bukit Jugra itu. 


Adalagi cerita yang menarik disini yg akan kita kongsikan lain kali.
Tak ada orang yg jawap betul, so tak dapat nak bagi FM.... hehe~ ^______~