Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

11 + 4


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Mencuri masa untuk buat n3 sekejap buat untuk 2 in 1 sekali..heee~

25 Feb 2001

NorFarah Izzati di lahirkan di Hospital Kulim, Kedah pada waktu subuh hari. Setelah beberapa
kali mummy dia kena sumbat ubat kerana telah terlebih hari. Masih tak mahu keluar lagi.
Beberapa minggu sebelum dia dilahirkan ada kucing tumpang melahirkan anaknya dan 
juga burung tumpang bertelur dan menetaskan anak di rumah sewa kami dulu. Dari kecil
hingga dah besar ini, Farah punyai sifat yang penyayang dan mudah simpati pada orang
dan juga binatang. Mulut pun boleh tahan juga....pot..pet..pot..pet macam burung dan kucing.



27 Feb 2008

NorSyahmi Daniel di lahirkan di Hospital Putrajaya. Dialah satu-satunya anak kami yang
Papa dapat lihat proses bersalin dari Mummy sakit sehinggalah Mummy selamat bersalin
selepas waktu Maghrib. Masih ingat lagi, betapa Papa gembira sebaik saja Syahmi dilahirkan
dan terus Papa bagitahu Mummy...

Yang betul Yang... Daniel!!

Nama dah siap semasa dalam perut walaupun tak pasti jantina lagi...hihi~ 



28 Feb 2012

Pada tahun ini kami sambut hari lahir mereka berdua ini sekali, senang ditengah tarikh
yang berselang. Dua beradik ni punya perangai yang hampir sama seperti penggeli,
penyayang, manja dan lain-lain lagi. Semoga anak-anak Mummy akan menjadi insan 
yang soleh dan solehah yang berjaya didunia dan diakhirat....AMIN!




Thanks Along, belanja besar untuk hadiah yang banyak dan belanja makan 
di Malee . Semoga bertambah rezeki Along...^____^

Friday, February 24, 2012

Panik Syahmi Terkurung!


Assalamualaikum,

Sudah 2 hari pintu bilik Angah dan Along terkunci dan tak boleh di buka.
Bilik itu sudah menjadi bilik mainan untuk Syahmi kerana tuan bilik tak ada.
Malam tadi Papa pun repairlah pintu tu dan setelah dapat di buka Syahmi 
pun sibuk masuk ke dalam kerana khemah dia ada di dalam bilik tu.

Ntah macam mana Papa boleh terfikir nak testing pintu bilik tu dah betul ok
atau tidak dengan menutup pintu bilik semasa Syahmi masih ada dalam bilik tu.
Sekali pintu tu masih problem dan  tidak boleh di buka, apalagi paniklah kita ni.
Terus menangis bersama Syirah di luar pintu bilik, bila mendengar Syahmi dah mula 
menangis di dalam bilik yang terkunci itu. 

Papa yang sedang sakit bahu dan bergerak pun slow ala robot, terus gelabah 
dan boleh bergerak dengan laju untuk mencari segala tools untuk membuka pintu. 
Huru hara rumah kami sekejap, setelah 15 minit baru pintu dapat dibuka. Itu pun habis 
rosak pintu bilik kena congkil. Aduhai...maka terjadilah drama ala hindustan dimana
kami anak beranak berlari mendapatkan Syahmi dan berpelukan menangis....huhu~


si bucuk yang tak reti duduk diam :)


Maaf juga kerana kita kesibukan sepanjang minggu ini kerana mengejar dateline.
Jangan ingat orang kerja kat opis je ada kejar dateline tau. Kita pun ada juga....



Inilah dia sibuk menyiapkan 2 tempahan baju. Bahagian yang paling susah ialah
sewaktu nak memotong kain dan waktu jahit pada bahagian leher. Kalau bahagian ini
tak boleh di ganggu ...nanti rosak baju orang. Bila leher dah siap di jahitkan 'mata lalat'...
 
 barulah boleh disambung bahagian yang lain dah jadi kacang saje...hehe~



Ini lagi 1 baju yang belum di jahit bahagian lehernya dan kena disiapkan sebelum 
cukup bulan nanti. Ada lagi kain untuk di buat sarung bantal ..mungkin boleh dapat
6 sarung bantal kot. Hanya selepas itu baru boleh kita bersenang-senang kembali.
Sebenarnya mood menjahit ni dah menurun kalau tidak kerana jiran rapat memang
kita tak terima sebab kita lebih suka baking dari menjahit.


ESOK HARIJADI FARAH YANG KE-11 TAHUN. SEKEJAP SAJA ANAK DARA KITA
NI DAH BESAR!! ^____________^

Friday, February 17, 2012

Dinner Yang Istimewa Sedikit


Assalamualaikum,

Dari petang ke malam sibuk di dapur. Macamlah masak lauk pauk yang hebat sangat. 
Cuma ianya special sikit bagi kami sekeluarga sebabnya makanan kegemaran kami 
semua. Hanya di masak pada hari istimewa saje ...hehe~




Alah lauk biasa-biasa bagi orang lain tapi bagi kita, sudah cukup buat sakit pinggang
nak menyiapkan sayur lodeh singapura, renda ayam, sambal tumis, nasi impit dan 
sambal kacang ( tak sempat nak snap) . Khas untuk dinner malam ini sebab esok
pagi Angah sudah nak balik ke Sabah. InsyaAllah Hari Raya nanti baru balik lagi.


Semoga perjalanan pagi esok akan di permudahkan ....amin! ^______^
 

Isteri Sakit ...Suami Buat Tak Tahu!


Assalamualaikum,

Ada seorang teman yang ingin minta tolong pendapat kalian semua...

Mengenai suaminya yang sering buat tak tahu jika dia sakit. Alasannya amat mudah...

Semua sakit itu.... jauh dari luka diperut! 

Pergi ke klinik memandu sendiri ketika sakit, sudah jadi kebiasaan baginya. 
Ketika isteri kena cirit birit, dia janji akan belikan ubat nanti. Malangnya selepas
itu boleh dia buat lupa. Kejadian terbaru si isteri tercekik tulang ikan. Sehingga luka
di tekak dia berusaha nak keluarkan tulang ikan itu. Suaminya seperti biasa, tidak
cuba untuk membantu. Malah bersenang-senang membaca surat khabar di ruang 
tamu. Memang isteri akan bersabar sahaja...tetapi semakin lama kesabaran itu 
akan mula hilang.

Si isteri mula terfikir....

Apalah gunanya punya suami jika hal sakit pening seperti ini tidak di ambil berat
oleh suami...? Tahu kah para suami isu ini sangat sensitif bagi seorang wanita 
terutamanya seorang isteri yang mengharapkan perhatian seorang suami. Bukan 
hanya perhatian tentang makan, pakai dan hal di tempat tidur yang perlu di ambil berat.




Teringat kata-kata seorang teman lama ketika berkerja di Affin Bank yg sudah 
terputus hubungan. Dia menjual insuran MAA bernama Aida, katanya beli insuran
untuk jaminan orang wanita ketika sakit nanti. Kerana suami belum tentu akan 
bersama jika kita tidak punya upaya nanti....wallahualam.


Tuesday, February 14, 2012

Terserempak Dengan Ular


Assalamualaikum,

Bila baca kisah Yus siang tadi, baru kita teringatkan balik dari klinik
pagi tadi kita ternampak ular, elok pula tu melintang tengah jalan raya.
Berdebar-debar juga nak lalu jalan itu, tapi nasib baik ular tu di sebelah 
jalan yang nak keluar. Tak sanggup rasanya nak lenyek ular tu, sekali dia
masuk dalam tayar kereta... tak ke naya!

Tapi yang lawak rasanya bila tanpa kita sedar. Kita bawa kereta sambil 
tangan sebelah tutup muka...aduhai...punyalah geli kat ular yang panjang tu.
Nasib tak ada kereta di depan, kalau tak kena pula orang lain bawa kita pergi 
klinik sekali lagi...heee~


Hari pertama kena cucuk kat tut! Nak buat camne ubat makan jadi alahan pula! 
Inilah pengorbanan orang perempuan ... ^______^

 

Berkelah Di Hutan Simpan Hulu Langat, Sungai Congkak


Assalamualaikum,

Cuti baru ini kami mencuba pula untuk merasai pengalaman berkelah 
didalam Hutan Simpan Hulu Langat yang terletak di Sungai Congkak. 

Bayaran masuk hanya RM1.00 untuk 12 tahun keatas sahaja. Ada banyak 
kemudahan yang disediakan antaranya ada banyak meja dan kerusi yang di sediakan 
untuk yang hendak bersantai dan makan. Ada juga wakaf, tandas dan surau yang 
semuanya selesa dan percuma.

Jika mandi di Sungai Congkak di luar sana, wakaf sahaja kena bayar RM5.00.
Parking pula RM1.00 dan tandas pun kena bayar juga. Disamping itu kita pun risau
dengan kereta yang lalu lalang. Tetapi didalam ini kereta kena parking diluar, jadi 
anak-anak pun bebas bermain.

Masak nasi dan lauk pauk dari rumah dan makan kat sini ...jimat...almaklumlah
awal tahun ni sesak sikit...hehe~

Air sungai pun tak dalam ...taklah risaukan sangat anak-anak yang kecik
macam Syahmi dan Syirah ni.


Syirah bergaya dalam kesejukan ...
 
Pokok besar-besar dan redup saje suasana kat sini, sesuai sangat dengan musim 
yang tengah hangat meletup sekarang ni...hihi~


Rupanya ramai yang dah tahu dan lagi suka datang kat sini. Kami saja yang ketinggalan
keretapi tau.
Cuma...kalau boleh tukarlah signboard ni dah daif sangat...kan ramai juga pelancong
asing yang suka datang sini...


Baru kenal muka Bruno Mars, bila tengok Grammys semalam...comel...hihi ^_____~

Monday, February 13, 2012

Akhirnya Sampai Juga Cek Dari Nuffnang


Assalamualaikum,

Emmm...banyaknya habuk kat sini ...almaklumlah puan punya blog kununnya
sibuk memanjang...hehehe~

Perasaan kununnya nak merajuk dengan Nuffnang yang dah tak sudi nak bagi BE 
kat kita sejak dari tarikh cash out sebulan yang lalu. Tapi pada Sabtu baru ini, hati 
berbunga riang sikit sebab dah dapat cek dari Nuffnang. Thank you dear Nuffnang!

Walaupun jumlahnya hanya taraf celah gigi je bagi setengah orang tapi bagi kita ini 
bermakna juga sebab ini adalah cek kita yang pertama dari Nuffnang. Rancangan 
dari duit itu nanti 40% nak belanja sakan papa dan kids makan kat Malee, Dengkil.
Tempat tu memang sedap-sedap makanannya sampaikan orang Jepun yang kerja 
di Cyberjaya pun datang makan kat situ.

Lebih dari duit itu pula, plan nak beli sesuatu sebangai tanda kenangan. Rasanya nak 
beli tea set yang cantik-cantik di KK Home Deco. Manalah tahu ini adalah cek yang 
terakhir dari Nuffnang...huwaaaa!


Dear Nuffnang, bila nak sudi bagi B.E. kat kita ni....?
Mood pun dah makin slow ni...huhu...^_____^

Friday, February 3, 2012

Apa Khabar Semua?


Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat cayang bucuk kita semua...emm...rindu sangat dengan sahabat-
sahabat maya kita ni. Ada yang rindu kat kita tak..hehe..perasan betui :P

Alhamdulillah Syahmi sudah lama kembali sihat, cuma yang tak sihat ni fikiran mummy 
Syahmi ni je...

Dalam 3 minggu lepas kita telah mencuba makan sejenis pil untuk...tut! 
Selama ini tak pernah pun makan pil hanya cucuk dan masuk alat saje. Ingat nak 
cuba makan ubat pula, malang hanya sempat makan untuk 2 malam dan hari ke-3
kita dah mula rasa loya macam orang pregnant. 

Lebih parah, petang tu mula rasa berdebar-debar tak berhenti. Sehingga malam kita
mula rasa tak puas bernafas cuba talifon doktor di klinik tapi dia tak ada. Akhirnya 
talifon kakak ipar yang berkerja di hospital Banting dan dia nasihat jangan sambung 
makan ubat tu dan berehat dan baring, jangan buat apa-apa kerja. Sudahlah papa kerja 
petang jadi anak-anak pandai-pandailah buat hal sendiri.

Sehinggakan kita terfikir begini agaknya orang yang nak meniggal dunia. Esoknya pergi 
ke klinik kesihatan dan mereka buat pemeriksaan denyutan jantung dan alhamdulillah tiada
apa-apa. Cuma ubat itu kena berhenti makan. 

Kejadian ini membuatkan kita fikir banyak perkara dan muhasabah diri sendiri. Juga 
merasakan nak  meluangkan banyak masa bersama keluarga tersayang. 

Hari ini nak luangkan sedikit masa untuk sahabat-sahabat maya tersayang pula. 
Mungkin  selepas ini kita tidaklah aktif seperti dahulu ...mungkin aktif balik ...tak tentu.
Biar keadaan yang menentukan saje ok!


Nak pergi lawat sahabat2 pula...
mesti banyak cerita yang kita dah tertinggal ni...hihi .. ^______~