Wednesday, January 18, 2012

WW: Syahmi Semput


Assalamualaikum,





Doakan hero kecik kita cepat sembuh ye...



Aktiviti bw ...tergendala sementara ....

Monday, January 16, 2012

Fening...


Assalamualaikum,



 Cantik awan pagi ini...ini awan di waktu awal pagi...sejuk saja



Selepas setengah jam ..dah terang. Awan dah jadi macam lautan yang berombak 
pula...cantik!

Tapi perasaan kita macam awan yang pertama...emm ..tak best betul perasaan ini.
Nak share nanti kata mengutuk secara berjemaah pula tapi terbuku lama kat dalam ni.
Sudahlah sebagai manusia, kita ni tak lari dengan pelbagai masalah tapi jiran sebelah
kita sudah menambah lagi 1 masalah.

Kalau dapat cakap dengan dia ( kalau aje..rasa tak mungkin...) teringin nak bagitahu...

Cik kak ...kita ni berkongsi dinding. Apa yang awak terpekik dan marah-marah  tiap hari tu, 
dapat kita dengar dengan jelas. Tiap-tiap hari kita kena juga 'terdengar' ...tolonglah kita dah
tak sanggup! Bibik pun manusia biasa juga...tolonglah!


Kadang tu orang hanya tahu mencari kesalahan orang lain saja...kesalahan diri sendiri..?
uhh...muhasabah diri kita sendiri yg serba tak sempurna....


Friday, January 13, 2012

Nel...Boy!


Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat yang indah!

Baru-baru ini terjumpa teman yang sudah lama tak berjumpa. Kali terakhir kami
berjumpa ketika dia melawat kita selepas bersalinkan NorSyahmi Daniel. Ketika 
duduk bersembang, Syahmi pun datang duduk sebelah kita. Kawan kita memandang
kehairanan sambl bertanya ...


kawan: bukan anak hang yang kecil tu lelaki kah?

kita : betuilah! lelakilah ni

lucu sekali ada suara kecik dan pelat menyambung...

syahmi : nel...boy!


Inilah hero kecik kita pakai baju apa pun, orang akan tetap ingat dia girl. Mungkin 
kerana rambut dan wajah tu manis ...hehe~Tapi bab rambut tu kita dan hubby tak mahu
potong lagi tunggulah kerana rambut ini 'rambut kenan'.



Masa mengandungkan Syahmi, kita telah terpandang seorang anak lelaki arab yang
comel dan rambutnya gulung-gulung kebawah. Dalam hati terus berkata ...bestnya kalau
dapat anak rambut macam tu!


 Alhamdulillah..... dapat! ..hehe...^_______^
 

Thursday, January 12, 2012

Ayat Yang Disukai Oleh Murid Sekolah


Assalamualaikum,

Tersenyum kita bila membaca Kelab Peminat Ustaz Idrus yang menulis semalam.
Teringat ketika belajar dulu...kalau dengar cikgu ada mesyuarat saje. Terus meriah 
suasana, yang tadi mengantuk pun boleh jadi segar...kenangan-kenangan...hehe~



99% pelajar sekolah suka mendengar ayat di bawah ini:

(1) "Cikgu ada mesyuarat"

(2) "Cikgu tak datang"

(3) "Cikgu pergi kursus"

(4) "Cikgu ada hal"

(5) "Cikgu suruh buat kerja sendiri"

Sila LIKE jika anda rasa begitu semasa di sekolah dulu. :) Wakaka..


Dekat 5000 orang like tau...huhu.. ^_________~

Rumah Wardina Safiyyah Kena Rompak!


Assalamualaikum,

Pagi subuh kita telah dikejutkan berita yang ditulis oleh artis Wardina Saffiyah
yang rumahnya di rompak. Teringat kembali akan kata jiran yang rumahnya juga 
baru lepas kena rompak. 

"Biar perompak masuk rumah, semasa kita tiada dirumah. Daripada perompak 
masuk, semasa kita ada dirumah!".

Walaupun barang-barang kita tetap akan dirompak tetapi perasaan trauma itu
tidak akan sama jika kita ada dalam rumah ketika dirompak.


Berikut diantara kata-kata Wardina dalam twetter:



We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. 
Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hpless too.


Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan, takut sgt dia apa-apakan kami,
sbb marah tak de brng kemas...Kids trauma sikit.
 
It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was
hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah
 
Amna trauma..muntah-muntah.. still very shaky, pasukan K9 dah sampai trace sampai
jalan besar lepas tu hilang...Forensics here.



 
Melihat pada deretan tulisan dalam twitter beliau, sudah menggambarkan betapa traumanya
Wardiana dan keluarganya. Semoga mereka diberi kekuatan dan semangat juga ditabahkan hati.

 

Wednesday, January 11, 2012

Artis Itu Ialah.....


Assalamualaikum,

Pagi tadi blog kita problem lagi. Bila buat n3 baru di blog orang lain masih 
lagi n3 lama...geram betul!

Jadi bila n3 baru tak keluar di bloglist masing-masing, pengunjung pun kuranglah.


Inilah gambar WW pagi tadi. Adatak cam artis mana tu....?


Dia ialah penyanyi Ruhil Amani. Ingat lagi tak...?


Sekarang ni dia dah tak menyanyi dah tapi yang kita tertarik sangat ialah 
hubby dia pemuzik mat saleh tu ( sori nama tak tahu ) sangatlah fasih cakap 
bahasa melaysia kalau kita tak pandang ingat memang orang melayu yang 
sedang bercakap...suka sangat!


Ruhil ada baby baru ...comel sangat! Sebijik ikut papa dia macam rupa mat saleh
dan kita tengok mereka ni sangat loving dan happy!




Ingat nak minta ambil pic bersama...tapi maluuuu pula ...hihi..^_____~

Ombak Rindu...Hairanlah Dengan Pengomen Itu!


Assalamualaikum,

Sebelum ini dah baca macam-macam komen tentang kisah filem Ombak Rindu.
Ada yang kata sedih, menyayat hati dan macam-macam lagi tapi yang paling kita
tertarik sekali, terbaru ni ada pengomen wanita yang mengatakan cerita ini langsung 
tak menyedihkan. Malah dia ketawa saja sepanjang tonton cerita itu.





Semalam ketika ke Alamanda ternampaklah dvd original Ombak Rindu telah pun keluar.
Murah pula tu hanya 19.90 je, apalagi belilah. Masa ini jugalah kita ternampak dan snap
gambar yang WW: Paparazzi pagi tadi. Orang dalam gambar tu ialah seorang artis wanita!
dah dapat teka siapa...?


Berbalik pada cerita Ombak Rindu, malam tadi kita pun tonton cerita ini dengan hubby.
Kita juga telah bersedia untuk tidak menaruh apa-apa perasaan bila tonton cerita ini...
perasaan sedih atau best ke...


Separuh cerita ini kita tengok saja sudah berjurai-jurai airmata keluar dalam diam.
Malu kat hubby sebab tu nangis senyap-senyap...huhu~ 


Jadi pada pendapat kitalah pengomen yang kata cerita Ombak Rindu ni tak sedih langsung. 
Mungkin dia ni terlebih tonton cerita peperangan, action movie atau cerita hantu.

Tak ada perasaan ke dia ni...? Atau kita ni yang terlebih cengeng....hihi.. :P

WW: Jadi Paparazzi




Assalamualaikum,


Sudah tak ada kerja lain ke .... Ati? hehehe~





Siapa agaknya tu .... ^__________~