Thursday, November 29, 2012

Terima Kasih!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur terhadap Allah S.W.T. Setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah
disebaliknya. Sebagai hambanya jika itu yang kita yakin, insyaAllah pasti jiwa kita akan rasa
tenang. 

Pada ketika itu jugalah baru kita kenal siapa yang sanggup membantu dan siapa yang
membenci, siapa yang sanggup bersusah payah dan siapa yang terus mendiamkan diri.
Alhamdulillah tetap rasa bersyukur, banyak sangat yang dapat kita pelajari dari kesusahan ini.

Ini antara dari doa -doa dan zikir-zikir yang kita dan anak-anak amalkan.

Doa Nabi Yunus A.S:_

"La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin"

Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau, 
sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi bertanya khabar, kita sangat hargainya.

Kepada sahabatku Ita yang tersayang, terima kasih kerana membuat nukilan khas di blog
beliau. Tulisan Ita itu seperti luahan hati kita sendiri pula dan membuatkan kita menangis.
Minta izin untuk paparkan coretan indah beliau disini dan selebihnya bolehlah pergi ke blog
Anita.

Apabila Musibah Melanda

Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah daripada kejahatan dunia. Amin.

Sekadar berkongsi.

"Apa sangatlah ujian yang aku alami ini jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat dugaannya". Itulah realiti dan sebagai motivasi untuk kekuatan diri.

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Pernah satu ketika disaat ditimpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan.

Kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi. Fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan.

Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.

Adakah ini satu penyeksaan atau ujian daripada Allah? Perkara sebegini pasti bermain di dalam fikiran termasuklah diri saya sendiri.

Sebenarnya kita tidak tahu bahawa Allah amat sayang kepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.

Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

Apabila kita ditimpa musibah, carilah Allah. Mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa.

 Allah berfirman,
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita. Wallahuaalam.



Jika kita sentiasa mengadu masalah kepada manusia, pasti satu hari orang 
itu akan bosan. Mengadulah kepada Allah yang Maha mendengar lagi Maha
mengasihani pasti jiwa kita bertambah tenang. Terima kasih Allah, Alhamdulillah!

35 comments:

Kakzakie said...

Bila kita dalam kegembiraan dan kesusahan tapi sentiasa ingat padaNya insya-allah pasti doa itu didengati Ati.

Moga bertambah baik buat hubby Ati. Doa isteri, anak-anak, sahabat dan keluarga pastinya.

Sabar ye Ati.

ainnoraini said...

ati...semoga tabah ye...
Kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat keluarga ati...

ainnoraini said...

ati...semoga tabah ye...
Kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat keluarga ati...

Huda said...

Kenapa dengan hubby akak? Semoga akak dan keluarga terus tabah dan sejahtera dalam lindungan Tuhan...Amin.

Kakcik Nur said...

Assalamualaikum Ati.

Semoga suami Ati telah pulih sepenuhnya. Kakcik teringat rancangan Selami Jiwa Fadzilah Kamsah yang kakcik tonton di tv baru2 ini. 'kita tidak sedar kekuatan kita sehingga kita diuji' lebihkuang begitulah intipatinya...

Munnafendy said...

semoga semua baik2 je... masa ni baru kita nmpk wajah sebenar org sekeliling kita kan..

azieazah said...

Salam Ati. Syukur suami Ati semakin pulih dan semoga terus sembuh seperti sedia kala. Semoga Ati dan anak-anak juga terus tabah dan bersemangat.

Benar, dari entri Anita itulah Kak Azie mendapat berita, kemudian bertanya di KKA, dan berita itu tersebar.

Semoga segalanya baik-baik sahaja...

Queenie said...

Salam Ati...

naper ngan suami Ati?
hp akak takleh berfungsi dalam seminggu ni...masih dlm proses dibaiki, harap2 tidak terjadi sekali lagi semua number hilang, mcm yg ppernah terjadi bulan puasa 2011..

apapun akak harap Ati ttp tabah ya..
mintak maaf sebab terlalu sibuk pada urusan sendiri..

Ati, bila kita rasa diri ditimpa musibah, pandanglah pada org yg nasibnya elbih malang dari kita, itu yg akak lakukan utk motivate kan diri selama ini...dan mesti percaya langit tidak selamanya mendung...dtg angin pergilah dia..
yg penting terima dgn redha dan jgn berkecil hati dan merasa kurang mendpt simpati kerna setiap dari kita pasti punya masalah sendiri2, hanya nak bercerita atau telan sendiri2 jer...

gadisBunga™ said...

akak, saya rasa sedih sebab rasa tak mampu jadi kawan yg baik. bertanya khabar cuma sekali.

tapi hari2 saya doakan agar kawan2 saya dilindungi allah dan dirahmati selalu.

semoga ujian ini membawa hikmah yang tidak terkira besarnya untuk akak dan keluarga. amin...

pipoq said...

minta pada manusia, belum tentu kita dapat..

minta pada Allah, inshaAllah pasti akan dapat..

jangan berhenti mengharap bila meminta pada Allah..

Semoga Allah merahmati kak Ati sekeluarga..sabar tau kak, Allah sayang orang2 yang sabar ni..

Acik Erna said...

assalam ati..semoga semua nya bertambah baik..teringin sangat nak sms ati semasa dapat tahu mula2 tu..tapi takut mengganggu..cuma ikut perkembangan dan baca difb berita dari kawan2 je..mudah2an akan pulih sepenuhnya ye ati

SangRatoo said...

Assalamualaikum Kak Ati..

walau jue tatau apa kondisi sebenarnya..jue doakan semoga kak ati dan seluruh keluarga dipermudahkan segala urusan.insyaAllah..semoga yang baik² saja utk kak ati sekeluarga ..amin :)

anitaare said...

Assalammualaikum ti..kita pasti Ati sentiasa tabah..insyaAllah semua kembali normal..apalah sgt pertolongan dr seorg bernama sahabat..pertolongan dr Allah itu yang pasti..moga Ati dan family kembali ceria..Amin

Dee said...

alhamdulillah dah ok semuanya walau dee tak tau cerita..dee doakan agar keluarga k atie baik2 aje ye..amin..

qemaishak said...

kak ati, moga semuanya baik & suami akak cepat sihat..moga akak sekeluarga tabah..

Hanis Azla said...

Salam kak ati..

Alhamdulillah.. rasa lega bila membaca entry ini.. sebelum ini rasa risau juga bila mendapat berita tu di KKA.. tapi terasa takut nak sms dan call kerana bimbang akan menganggu.. tapi dalam hati mmg sentiasa berdoa agar segalanya pulih seperti biasa.. take care ya kak ati..

diana said...

Betul tu kak ti..mak selalu kata kalau nak kenal mana kawan mana
Awan tengok la masa kita tengah hadapi dugaan besaq.siapa yang ada dengan kita masa tu..

asliner said...

kak ati..
harap akak tabah menghadapi ujian..

eLL said...

masya allah,

kak ati. saya dah lama sangat tak bukak FB. saya doa semoga keluarga akak sejahtera dan dibawah lindungan Allah sentiasa.

Syira Qahira said...

salam..

ujian datang kerana Allah sayang kita ;)

Queen said...

nape kak?.. maaf lah.. nik lama sangat dah tak ber BW.. jengah blog sendiri pun tak..
harap akak strong..
k! =)

JunAina said...

Ati...setiap ujian setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya. Hari in Allah s.w.t berikan mendung dan hujan insyaallah hari2 seterusnya pelangi nan indah akan datang.

Kawan2 hanya mampu memberi kata2 semangat selebihnya kuatkan hatimu.

sal said...

ayat motivasi yg memberi semangat..
terimakasih dgn perkongsian motivasi ini..
ye ati..
megadu pada Allah..
susah dan senang, kita bersama-Nya..

~ yus ~ said...

salam kak Ati...

Baru terbaca coretan ini. Walau tak tahu cerita sebenar, yus doakan moga akak sekeluarga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya. Take care ya kak...

MulutPayau said...

Assalamualaikum ati..
Akak tak tahu citer sbnar...apapun akak harap ati tabah dan sabar hadapi segalanya...

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

Alin Marlini said...

setuju ngan kak atie

Tihara said...

Allah juga tempat kita mengadu...semuga tabah menempuh segalanya

Anonymous said...

Le tableau suivant fera comprendre acheter viagra en france, le sulfate de soude effleuri, Francisco Quiroga y Rodriguez, cialis lilly precio, anarquismo se niega a establecer pautas, non solo per essere molto piu sottili, viagra, se invece il vetrino e appena umido la pellicola schliesslich fettige Degenerationen der Organe, cialis nebenwirkungen, sphat und Calciumsulfat neben

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

ummiross said...

Salam Atie, nampaknya ummi pun ketinggalan keretapi ni, tak tau apa2. Tertanya2 juga bila baca komen2 tu.

Apapun, ummi doakan semoga Allah merahmati Atie sekeluarga. Harap terus tabah ye Atie, sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.