Friday, September 14, 2012

Kisah Sesat Di Seremban


Assalamualaikum,

Baru hari ini berkesempatan masuk. Sejak dari hari Isnin di serang penyakit open house
iaitu ceri beri... aduhai seksanya...padan muka tu kan, makan banyak lagi...hihi~

Walau terlambat, tetap nak tulis di sini al-kisah Sabtu lepas untuk kenangan diri sendiri.
Kisah bagaimana kami sekeluarga berusaha mencari rumah Kak Erna di Seremban dengan 
hanya berpandukan map nan secuit. Kak Erna sudah pesan ,sampai tol Senawang talifon
nanti suami akak datang ambil. Tapi hubby kita pula kata jangan menyusahkan, kita cuba 
cari sendiri dulu.

Akhirnya kami tersalah jalan juga dalam waktu hujan susah nak cari jalan...alasan baik tak...hik3
Terpaksa juga talifon Kak Erna, katanya tunggu situ nanti suami akak datang tau. Terperanjat
kami, bila tengok suami Kak Erna datang dengan menaiki motor dalam hujan. Semata-mata
nak tunjuk jalan ke rumahnya. Dalam kereta kami tak habis bercakap...aduhai kita dah
susahkan orang ni! Rasa bersalah sangat-sangat.

Bila sampai di rumah Kak Erna cakap, memang suami dia macam itu. Kalau orang datang
rumah, dia akan suruh orang tu tunggu dan dia akan datang dengan motor. Aduhai...memang 
baik sangat dan juga ramah suami Kak Erna ni. Berbesar hati kami dapat datang ke rumah 
Kak Erna dan dijamu pula dengan makanan yang enak belaka.



Banyak sangat makanan yang Kak Erna masak. Masakan nogori memang kita suka,
semuanya sedap-sedap.

 

Kita tak suka sangat kuah kacang, kalau hari raya tak makan pun tak kisah. Tapi kuah kacang
Kak Erna ini, kuah kacang yang paling sedap pernah kita makan...terus belajar dengan Kak Erna ...hehe~



Banyak tempat cantik di rumah Kak Erna ni, bawah meja juga Syahmi suka posing.
Panik semua orang Syahmi suka main luar rumah Kak Erna yang sibuk dengan kereta.

 
   
Kak Erna ni sangat handal memasak dan tak lokek pula kongsi resepi. Kita juga dapat
berkenalan dengan 2 lagi blogger.


Ada banyak lagi undangan open house tapi yang paling di nanti Gathering Bloggers
Edisi Raya 2012. InsyaAllah, jika tiada aral...jumpa semua di rumah Dato'....^____^

22 comments:

Rai Ourkizuna said...

sedap sungguh kan masakan kak erna.. sempat jumpa kejap je aritu.. tak sempat nak borak.. insya allah ada rezeki lain kali kita jumpa lagi ya..

pipoq said...

assalam kak ati..

lain kali kena bawak kompas sekali la kot baru tak sesat..hehehe..

syawal pun tinggal berapa hari je lagi ni..memang dalam minggu ni banyak betul jemputan open house..

Daddy Ziyyad said...

teringin nak gi rumah kak erna..heheheh dah dekat tu dgn nilai :)

atty's said...

Meriah ati beraya..

kasihredha said...

bestnya dapat beraya rumah kak erna...
dari tutur kata di blog pun dah tau kak erna seorang yg baik :)

gadisBunga™ said...

alaa...teringinnya nak rasa kuah kacang acik....~

Kakzakie said...

Kakak tak pernah makan dan hanya ikuti dari N3 pun dapat rasakan memang acik erna memang pandai masak dan airtangan dia memang sedap..

Acik Erna said...

Assalam Ati..jangan la puji2 sangat tak baik.he he..
mungkin kena dengan tekak ati..orang lain belum tentu kan.
akak tau masak masakan kampung je..masakan canggih2 pun tak tau jugak ati..

Kesuma Angsana said...

wah bestnyer, makanan pulak sedap2!

Irfa said...

hai ;)
mmg air tangan kak erna sedap2 belaka
anak awak tu lari terus ke jalan raya..naik bulu roma saya tgk dia
sib baik x apa2

mohamad rivai said...

ada gathering??

kapan?

:: Mrs.Eady :: said...

seksaaa :)

ummiross said...

waa Ati, bestnya menjamu selera, ummi nampak pun kecur air liur ni, hehe..

siti said...

oooooo gi senawang tak sudi singgah umah kite yeeee....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Ati minggu nie kemana pula open house?

Aishah Jahirah said...

mesti berderet2 dapat undangan open house ni...

Tihara said...

huhi ceri- beri..tc ey :)

sal said...

seronoknya dpt jumpa erna..suatu hari nnti....alhamdulillah,moga ukhuwah berpanjangan..amin

azieazah said...

Ramai tahu ACIK ERNA memang pandai masak, wpun katanya masakan kampung tapi sangatlah penuh kasih sayang!

- GC - said...

itu la, kalo pegi mana2, malas nak susahkan tuan rumah. usaha dulu cari. last2 sesat. terpaksa jgk mintak tlg tuan rumah lps tu. hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

bestnya raya kt rumah kawan blogger :))..rajin juga suami sis teman pegi raya rumah kawan blog..kalau hubby kita mesti x mau sbb dia pemalu

Alin Marlini said...

dah tau dah syahmi suka posing katner...hehehehe..