Monday, August 27, 2012

Syawal Ke-8..Baru Dapat Beraya!


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat!

Raya tahun ini hubby bertugas sehingga raya ke-7. Kami hanya beraya disini
sambil jadi 'jaga' untuk jalan di kawasan perumahan yang sunyi sepi ni...hihi~


Syahmi di raya pertama

Hanya Hari Raya pertama saja keluar untuk bawa mak ke kubur arwah nenek 
di Sungai Tua, Selangor. Lepas itu pergi ke rumah sepupu di Batu Caves ...
tak ada rumah kemudian ke rumah bapa saudara di Sungai Pusu pun tak ada rumah.
Selalunya raya pertama mesti mereka ada di rumah...haru betui...huhu~ 

Tapi tidak menjadi masalah kerana yang penting kami sekeluarga ada bersama-sama.
Itu lebih bermakna di Hari Raya bagi kita. Siaran TV pun semuanya best-best belaka 
dan tak sedar pun hari cepat berlalu dan tiba hari Syawal ke-8 baru kami pulun beraya
sakan kerana hubby bercuti....hik3



Tradisi memohon ampun dan maaf adalah antara acara yang dinanti kerana semuanya
kena lafaz maaf yang panjang lebar dan lepas tu dapat duit raya...mummy pun dapat juga..hik3

 
 
Kalau kami beraya di kampung, acara ini akan dibuat selepas pulang ke rumah nanti.
Maklumlah anak ramai nak tunggu giliran lambat nak habis satu pusingan ni...hihi~


Kering idea nak karang cerita bila dah lama tak buat n3 ni...huhu ^____~

17 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

klu suami kne keje time raya, alahaiii....huhu.YM dh biasa dh...huhuhu, sgt tk best kn...

Huda said...

suami akak kerja apa? takpelah kak raya kelapan pun raya jugak kan..

Acik Erna said...

assalam ati..raya keberapa pun tak kisah..janji raya kan.

Kesuma Angsana said...

tetap raya jugakan! kemeriahan tetap dirasa

Rinna said...

Tak kisah laa janji dpt beraya bersama2kan

Selamat Hari Raya Ati sekeluarga..

nyanyisunyi said...

semestinyA salah satu distinasi raya kat rumah akak.kan hehe

kakcik said...

Raya Kali ini tak ada satu pun rancangan di tv yang dapat kakcik ikuti..

gadisBunga™ said...

salam kak ati...lama tak bertandang ke sini.

selamat hari raya akak...maaf zahir batin..

ayah akak cemana sekarang?

kasihredha said...

selamat hari raya atie
encem nya shahmi..

lepas ni boleh beraya sakan atie...sebab suami dah cuti :)

Aishah Jahirah said...

salam aidilfitri...asalkan bersama family ttp raya...:)

MulutPayau said...

Salam Aidilfitri utk Ati dan famly....tak pe, lepas ni boleh beraya sakan....

pipoq said...

takpe..syawal kan sebulan..

seronok dapat duit raya ye..

Dr Singa said...

salam Syawal Ati
:)

eLL said...

selamat hari raya kak ati. tahun depan sy berazam nak raya sakan. haha

anie said...

comeinye syahmi..tang rambut tue yang geram tengoknye

nabilah_2908 said...

bape buah rumah akak serbu pada raya ke 8 tu...hehe.. ;)

~ yus ~ said...

mesti rasa kurang kick je bila cik abang kena kerja di hari raya ya kak...

dah tak nampak suasana raya sangat masa minta maaf dan dpt duit raya tu, sbb semua dah pakai baju biasa je..., tapi yang penting keikhlasan dan still dapat berkumpul sekeluarga kan kak....

selamat hari raya aidilfitri kak ati